Wednesday, 3 January 2024
Cinta Zikr
Monday, 17 July 2023
DOA SAYIDATINA AISYAH R.A
"Gantung hatiku hanya padaMu ALLAH"
pelihara hatiku daripada kesedihan terhadap selainMu.
Saturday, 2 April 2022
Thursday, 24 March 2022
24 MARCH 199X
Aku untuk aku : Selamat Ulang Tahun !
Aku untuk kamu : Untuk kamu yang terlalu banyak doa yang telah diminta, harapan yang dipohon, keinginan yang belum terlaksana ; Moga Allah menenangkanmu, mengabulkan dan membahagiakanmu atas segala yang kau idamkan ツ
Tuesday, 1 March 2022
Saturday, 12 February 2022
DOA NABI YUSUF A.S
Ibnu ‘Athailah berkata, “ Doa mempunyai rukun-rukun, sayap-sayap, waktu-waktu dan sebab-sebabnya. Apabila doa memenuhi rukun-rukunnya, menjadi kuat. Apabila sayap-sayapnya dipenuhi, ia terbang di langit. Apabila ia sesuai dengan waktu-waktunya, ia beruntung. Apabila ia bertepatan dengan sebab-sebabnya, ia berhasil.”
لا تنسنى في دعاءك !
[La Tansani fi dhua'ik]
Jangan lupakan aku dalam doamu !
Tuesday, 25 January 2022
Maafkan Aku Allah !
Friday, 24 September 2021
ღ
Apabila syaitan melihat seorang mukmin terus-terusan melakukan amalan-amalan baik itu tepat pada waktunya maka syaitan ini akan menghasut pula supaya orang itu melaksanakannya dengan gopoh-gapah dan terburu-buru supaya dia tidak lagi mendapat keberkatan mengerjakan amalan dengan hati, dengan penelitian, dengan pengkajian. Dan syaitan akan membisikkan kepadanya ,
"Cepat ! Cepat-cepatkannya saja"Kerana syaitan yang jahat mahu agar amalan-amalan ibadat itu dikerjakan pada lahirnya saja tanpa mempunyai jiwanya dan dengan demikian pahala amalan-amalan itu akan berkurangan.
Maka berjayakah kita atau berjayakah syaitan laknatullah?
Dari Allah SWT kita mohon rahmat, dari Nabi SAW kita tagih syafaat
Selawat kepada Nabi SAW, istighfar [mohon ampun] daripada Allah SWT.
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسٌوْلُ اللهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
"Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan keluasan ilmu Allah"
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
" Bila engkau ingin berdoa, sementara waktu yang kau miliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi begitu banyak keinginan, maka jadikan seluruh isi doamu istighfar, agar Allah memaafkanmu. Kerana bila Dia memaafkanmu, maka semua keperluanmu akan dipenuhi olehNya tanpa engkau memintanya."
[Ibnul Qayyim Rahimahullah]
Sunday, 20 December 2020
RAHSIA REZEKI MENGALIR DERAS
Sunday, 22 November 2020
NABI SULAIMAN MEMOHON KEPADA ALLAH UNTUK MEMENJARAKAN IBLIS
Seperti yang diketahui, Nabi Sulaiman adalah raja yang agung dan memiliki kerajaan yang besar sekali. Wilayah kekuasaannya sangat luas dan banyak musuh yang tunduk kepadanya dari berbagai golongan, dari golongan manusia, binatang, jin, bahkan iblis. Suatu ketika, Nabi Sulaiman memohon kepada Allah untuk menangkap iblis dan memenjarakannya.
Monday, 16 November 2020
LELAKI BUTA YANG DI HANTAR PERGI KE MASJID OLEH IBLIS
Dialah Abdullah bin Umar bin Syuraih. Karena ia buta sejak lahir, orang-orang memanggilnya Abdullah bin Umi Maktum. Ia tergolong sebagai pemeluk Islam golongan pertama. Abdullah turut menanggung siksaan dan penganiayaan dari kaum Quraisy. Namun, kekuatan imannya serta kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya lebih agung sehingga ia tidak pernah menyerah sekalipun siksaan kaum Quraisy kepadanya begitu sadis. Di balik kebutaannya, Abdullah tetap rajin memanfaatkan waktunya untuk menimba ilmu tentang Islam. Bahkan sekalipun ia buta, ia tidak pernah meninggalkan shalat berjama’ah di Masjid.
Hingga tiba pada suatu waktu, Abdullah datang menemui. Rasulullahﷺ.la ingin meminta izin pada beliau untuk tidak menghadiri jamaah shalat Subuh lantaran tidak ada yang menuntunnya ke masjid.
Sunday, 18 October 2020
! يَا رَسُول ٱللَّٰه
Tak pernah bertemu tapi rindu sentiasa menyapa, untukmu Ya Rasul Allah Muhammad ﷺ. Kerana pertemuan bukanlah syarat cinta !
اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
Hai Tuhanku, beri rahmat oleh-Mu dan beri selamat oleh-Mu dan beri berkat oleh-Mu atas tuan kami Nabi Muhammad S.A.W dan atas ahlinya pada tiap-tiap pandangan mata dan nafas sebanyak yang meliputi ilmu Allah.
Wednesday, 7 October 2020
! الله
"Ingatlah jika sekiranya kebajikan yang dilimpahi Allah kepada Adam, kesucian Malaikat Jibril, kemulian Ibrahim, rindu dendam Nabi Musa dan cinta Nabi Muhammad SAW dikurniakan kepadamu, maka janganlah kamu suka, kerana semuanya itu adalah hijab. Carilah Dia dari Dia sahaja maka yang lain itu semuanya kamu dapat" - Abu Yazid
Thursday, 1 October 2020
ADA REZEKI DALAM ISTIGHFARMU !
Thursday, 24 September 2020
PASSWORD REZEKI
Rezeki hanya akan datang kerana pertolongan Allah buat hati yang tenang. Dan hati hanya akan tenang bila kita bergantung kepada Sang Pemilik Rezeki serta yakin denganNya sepenuh hatimu tanpa sedikitpun ada ragu. Sesungguhnya ikhtiar itu upaya manusia, rezeki adalah ketetapan Allah!
Monday, 24 August 2020
SYUKUR
Sayidina Ali pernah berpesan ;
Sesungguhnya nikmat bertalian dengan kesyukuran.
Kesyukuran pula bertalian dengan pertambahan.
Kesyukuran dan pertambahan selalu seiring.
Maka tidak akan terputus pertambahan daripada Allah sehinggalah terhenti kesyukuran daripada hamba.
•Riwayat al-Baihaqi •
Thursday, 16 July 2020
Monday, 13 April 2020
TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN PROTEIN YANG TEPAT
Semenjak PKP ni ramai pulak yang mengadu berat badan naik kan?Tapi itulah dah takde nak buat apa-apa sekejap sekejap masuk dapur sekejap sekejap bukak peti ais sekejap sekejap bagaikan tercari-cari sesuatu, ada la tu yang dicarinya korang apa tau..keke. Tak buat apapun saje jela nak masuk dapur nak buka peti ais nak round round rumah 😏erk?? Saje je laa kan kan. Itu tak jadi masalah laaa tapi yang jadi masalahnya walau jalan ulang kali ke dapur pun takde pulak berat badan tu turun. Padahal dah jalan tuuu boleh kira esasais jugak laa.. kan??? Kan korang??? Ke tidak ???Takpe takpe jangan gaduh-gaduh jom kita belajar cara turunkan berat badan dengan mudah dan pasti berkesan. Legooo.. 💨
Sumber utama tenaga bagi setiap sel-sel tubuh badan manusia adalah dari glukosa dalam darah. Terdapat 3 sumber glukosa dalam darah:
🔽Sumber tertier adalah melalui protein.
LEMAK
PROTEIN
KARBOHIDRAT/PROTEIN ↠TENAGA
Jadi apa peranan protein dalam kes ni?
- Leucine
- Isoleucine
- Valine
- Threonine
- Methionine
- Phenylalanine
- Tryptophan
- Lysine
- Protein membantu simpanan kalori. Dalam proses penurunan berat badan peranan protein sangat penting untuk membantu membuatkan rasa kenyang dengan lama. Kehadiran protein yang mencukupi dapat melambatkan proses pencernaan dan menjadikan seseorag itu kenyang lebih lama. Kuncinya ialah simpanan kalori dapat membantu proses penurunan badan kita lebih senang.
- Gabungan protein dengan makanan yang kaya karbohidrat dapat memperlahankan penyerapan glukosa dari perut ke dalam darah seterusnya menghalang keinginan “asyik nak makan” , “asyik lapar je..”
- Makanan kaya karbohidrat: “Thermic Effect of Food” atau TEF ialah tenaga yang digunakan untuk mencerna makanan kepada lebih kecil atau ia bertindak sebagai agen penyerapan. Protein mempunyai TEF yang lebih tinggi berbanding dengan karbohidrat dan lemak. Ini bermaksud pemprosesaan/pemecahan protein dalam badan sebenarnya membakar lebih banyak kalori berbanding karb dan lemak.
- Korang tau tak? Badan kita tidak mampu membakar dan menggunakan lemak sebagai tenaga tanpa bantuan karb dan protein. Semasa dalam proses penurunan berat badan, badan akan kehilangan otot dan lemak. Oleh sebab itu protein yang mencukupi oleh tubuh umpama bertindak sebagai bahan api pembekaran lemak. Apabila lemak yang ada di bawah lapisan kulit semakin menghilang ia akan menyebabkan kulit mengeleber. Jadi sel-sel kulit memerlukan protein untuk membolehkan ia bekerja bagi tujuan menganjalkan kembali struktur kulit.
- Keperluan protein dalam tubuh akan meningkat terutamanya selepas melakukan aktiviti seperti senaman. Ia bertindak untuk membaiki otot, meningkatkan fungsi otot serta menguatkan otot selepas melakukan aktiviti terutama aktiviti lasak. Sado tak sado!!











