Friday 24 September 2021





Apabila syaitan melihat seorang mukmin terus-terusan melakukan amalan-amalan baik itu tepat pada waktunya maka syaitan ini akan menghasut pula supaya orang itu melaksanakannya dengan gopoh-gapah dan terburu-buru supaya dia tidak lagi mendapat keberkatan mengerjakan amalan dengan hati, dengan penelitian, dengan pengkajian. Dan syaitan akan membisikkan kepadanya ,

"Cepat ! Cepat-cepatkannya saja"

Kerana syaitan yang jahat mahu agar amalan-amalan ibadat itu dikerjakan pada lahirnya saja tanpa mempunyai jiwanya dan dengan demikian pahala amalan-amalan itu akan berkurangan.

Maka berjayakah kita atau berjayakah syaitan laknatullah?

Dari Allah SWT kita mohon rahmat, dari Nabi SAW kita tagih syafaat

 


Selawat kepada Nabi SAW, istighfar [mohon ampun] daripada Allah SWT.

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسٌوْلُ اللهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

"Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan keluasan ilmu Allah"

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

" Bila engkau ingin berdoa, sementara waktu yang kau miliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi begitu banyak keinginan, maka jadikan seluruh isi doamu istighfar, agar Allah memaafkanmu. Kerana bila Dia memaafkanmu, maka semua keperluanmu akan dipenuhi olehNya tanpa engkau memintanya."

[Ibnul Qayyim Rahimahullah]

Iklan