Tuesday 12 January 2016

URUS BERAT BADAN IKUT JENIS DARAH | CARA DIET IKUT JENIS DARAH | GAYA HIDUP IKUT JENIS DARAH | A, B, O & AB



Korang perasan tak ada sesetengah kawan kita makan apapun takdenya berat badan naik mendadak, ada pulak asal makan lebih sikit ada je jarum penimbang tergerak melebihi had… hukhuk…susahnya!! 

Atau ada sesetegah tu amal pengambilan suplimen cepat aje kesannya ada setengah tu pulak ambil lebih banyak masa untuk nak tengok hasilnya..korang pernah tertanya-tanya tak kenapa? Menurut Dr. Peter D’Adamo katanya semua ni bergantung kepada jenis darah individu: A, B, O atau AB.

Mengetahui jenis-jenis darah memainkan peranan penting untuk kita fahami bagaimana tubuh kita akan bertindak dengan pemilihan makanan, kecenderungan menghidap jenis-jenis penyakit tertentu, tindak balas semulajadi hormone terhadap tekanan serta pendedahan kepada persekitaran. 


p/s: Bila ditengok-tengok table kat atas ni semua jenis makanan yang tersenarai untuk AB semua yang aku tak suka makan...ceh boleh caye ke ni??? hikhik...

haha..lawak la!! tp aku setuju..
Gaya hidup yang disarankan pemilik darah jenis A

Rangsang otak untuk lebih kreatif
Rancang aktiviti harian dengan lebih tersusun dan ikut dengan konsisten
Pastikan tidur yang cukup: sekurang-kurangnya 8 jam atau lebih, jangan lengah-lengahkan masa setelah bangun dari tidur sebaliknya mulakan rutin harian secepat mungkin
Dapatkan rehat sekurang-kurangnya 20 minit setelah seharian bekerja dengan melakukan regangan, jalan-jalan, senaman pernafasan, meditasi.
Lakukan senaman selama 30 -45 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 
Jangan skip makan malam
Makan lebih banyak protein di permulaan hari dan kurangkan pengambilan protein di malam hari
Jangan makan bila keadaan anda cemas atau stress
Makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap
Lakukan pemeriksaan kesiahtan secara berkala terutama sekali penyakit jantung dan pencegahan kanser
Kunyah makanan dengan sempurna untuk meningkatkan penghadaman kerana asid perut rendah membuatkan pencernaan lebih sukar untuk memperoses.

Gaya hidup yang disarankan pemilik darah jenis B

Visualisasi merupakan teknik yang paling sesuai untuk pemilik darah jenis B. Bagi mereka apa yang boleh dibayangkan tiada benda mustahil yang boleh dicapai.
Bijak mencari penyelesaian bila keadaan tertekan/bijak mengubah situasi tegang kepada tenang
Luangkan sekurang-kurangnya 20 minit dalam aktiviti yang kreatif kerana aktiviti ini dapat membantu pemilik darah jenis B menajamkan fikiran mereka.
Tidur yang cukup (8jam atau lebih) dapat membantu mengekalkan irama circadian
Meditasi merupakan salah satu aktiviti yang sangat sesuai untuk mereka.
Dikenali sebagai networking person, mempunyai ramai kenalan dari pelbagai arah kerana bagi mereka bersosial itu baik untuk mereka.
Semakin meningkat usia mereka cenderung untuk mengalami kehilangan ingatan oleh itu lakukan banyak aktiviti yang memerlukan tumpuan seperti teka silang kata atau belajar bahasa.


Gaya hidup yang disarankan pemilik darah jenis O

Setkan goal dan plan dalam setiap perkara yang akan dilakukan untuk mengelakkan tercicir
Ubah gaya hidup secara berperingkat berbanding ubah secara mendadak kerana tubuh pemilik darah O memerlukan masa untuk penyesuaian kepada sebarang perubahan. Mereka perlu ready!
Hindarkan membuat sebarang keputusan kalau dalam keadaan tertekan.
Kunyah makanan secara perlahan dan teratur.
Alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti fizikal jika tertekan.
Hadiri aktiviti aerobic 3-4 kali seminggu
Jika ingin berseronok and have fun elakkan pengambilan alcohol, gula sebaliknya lebihkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.


Gaya hidup yang disarankan pemilik darah jenis AB

Digalakkan untuk sentiasa memupuk sifat sosial dalam persekitaran yang mesra
Elakkan keadaan yang sangat kompetitif
Elakkan terlalu fokuskan perhatian terhadap satu-satu perkara dengan berlebihan. Luaskan minda tenangkan hati.
Pastikan matlamat serta plan yang jelas dalam setiap perkara yang nak dilakukan- elakkan melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa
Ubah gaya hidup/cara hidup secara berperingkat dan jangan cuba lakukan setiap perubahan secara drastic kerana tubuh mungkin  tidak mampu untuk menangani situsai tertekan dengan baik.
Pemilihan aktiviti aerobic sangat sesuai untuk pemilik darah jenis AB. Selain aerobic boleh juga lakukan mediatasi, regangan atau yoga. Kesimpulannya pilih aktiviti yang menenangkan
Perbanyakkan aktiviti visualisasi dalam amalan harian kerana dengan bervisualisasi mereka jelas tentang apa yang mereka nak dan akan lakukan.
Lebih cenderung menghabiskan masa dengan membuat aktiviti sendirian. Sebaliknya cuba untuk bersosial dan jangan fokus kepada aktiviti individu sahaja.
Bahagikan masa kerja dan peribadi dengan sebaiknya untuk memastikan anda sentiasa bertenaga.

Korang perlu follow mana satu? Husna pemilik darah jenis AB...orang cakapkan AB ni pelik...agaknya betul la kot..Tapi semestinya semua ni bukan pengukur utama yang membentukkan diri kita...kita perlu jugak belajar berubah kepada yang lebih baik...tak mustahil pun sebenarnya..harap-harap entry ni sedikit sebanyak dapat memanfaatkan anda..kalau nak lagi detail boleh klik sini, banyak lagi info lain berkaitan jenis darah effect kepada tubuh malah personaliti kita...just check it out guys!! 


sape-sape jenis darah AB,kita geng...
Iklan