Thursday, 27 February 2020

SYURGA

Assalamualaikum.

Kalau sebut SYURGA semua pasti membayangkan yang indah indah saja. Kalau ditanya siapa yang nak masuk syurga rasanya semua nak kan? Hampir setiap hari sebut nak masuk syurga, doa nak masuk syurga dan berharap kitalah antara penghuni syurga. Tapi...

Kenalkah kita dengan syurga? Kalau ditanya semua nak masuk syurga. Syurga mana? Hampir semua akan jawab Jannatul Firdaus iaitu syurga yang tertinggi sekali. Tidaklah salah dan tidaklah berdosa untuk berdoa masuk syurga Firdaus malah memang kita disarankan dan digalakkan untuk meminta yang terbaik dariNya. Dan Jannatul Firdaus adalah tingkat tertinggi dan paling mulia. Dimana disinilah istana-istana para Nabi, sahabat dan para solihin ditempatkan.

Dan jarang-jarang kita ambil tahu tingkat-tingkat syurga yang lain sebab kita dibiasakan untuk meminta dan diceritakan dengan Jannatul Firdaus tidak nama-nama dan tingkat-tingkat syurga lain. Atau kita hampir tidak tahu nama-nama syurga lain selain syurga Firdaus. Marilah kita luangkan sedikit masa untuk kenal tingkat-tingkat syurga lain dan Insyaallah disinilah bakal menjadi rumah dan istana kita semua sehingga suatu saat dan ketika nanti. Biiznillah.

1. Syurga Firdaus
2. Syurga Adn
3. Syurga Naim
4. Syurga Ma'wa
5. Syurga Darussalam
6. Syurga Darul Moqamah
7. Syurga Muqomatul Amin
8. Syurga Khuldi

Abu Hurairah r.a melaporkan, ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya,

" Wahai Muhammad, beritahu aku jikalau syurga luasnya sama dengan luas langit dan bumi lalu dimanakah neraka berada?"
 Lantas Baginda menjawab, "Beritahulah aku tentang malam yang menutupi segala sesuatu, dimanakah posisi siang hari?"

Orang itu menjawab, "Hanya Allah yang mengetahuinya." Lalu Baginda mengatakan, "Begitulah, Allah mahukan apa sahaja yang dikehendakinYa."

(Direkodkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

"Ya Allah masukkanlah kami semua ke syurgaMu tanpa hisab dan azab dan masukkanlah kami ke syurga yang paling baik disisiMu Ya Rabb"


Monday, 10 February 2020

TIADA YANG LEBIH PASTI DARIPADA KEMATIAN !

People basically spend more time under the ground than above it!
Assalamualaikum untuk Isnin yang indah Insyaallah.

Semalam dikejutkan dengan berita kematian ex schoolmate yang tiba-tiba sebab eksiden. Tak expect langsung sebab beliau masih muda sesangat. Belum 30 pun. Tapi kalau KEMATIAN sape je yang boleh expect kan? No one! Kalau boleh expect kematian tu bila-bila dan kat mana-mana mesti ramai duduk bertafakur atas sejadah je memperbanyakkan ibadat then get ready kat tempat yang dijanjikan kematian tu (ehem ada ke??)  But again no one boleh expect semua tu. No one!

Yang pasti setiap yang hidup pasti merasai KEMATIAN. Even malaikat-malaikat pun mati even malakul maut sekalipun kecuali Allah Ya Hayyu Ya Qayyum. Dan kematian akan terus ada dan terus berlaku sehingga Allah SWT sendiri yang mematikan MAKHLUK KEMATIAN di padang mahsyar nanti.

Sebab tu ahli-ahli neraka yang diseksa teruk macam manapun takkan mati dah. Takde kematian kedua! Takkan ada lagi yang experience KEMATIAN. Tapi kesakitan seksaan alam barzakh keep repeating sampai bila-bila. Sekali disiat kulit kemudian elok balik pastu siat lagi, lagi, lagi dan lagi. Tapi kematian takkan pernah terjadi dah. Hanya kesakitan dan keseksaan dirasai. Sebab MAKHLUK KEMATIAN dah dimatikan oleh Allah SWT dihadapan semua makhluk yang pernah hidup di padang mahsyar. Dan kita semua soon enough akan menyaksikan sendiri peristiwa ni. Wallaua'alam !

Jadi apa persiapan kita untuk menghadapi kepastian ini untuk memastikan neraka bukan tempat kemudian bagi kita ?  *sobsobs*








Thursday, 6 February 2020

BLESSING WORD TO COMFORT SOUL













[Bahagiakan Dia]

Maka rezeki akan mengalir dengan maha dahsyat umpama rezeki membanjiri hidupmu!