Sunday 18 October 2020

! يَا رَسُول ٱللَّٰه‎


 


Tak pernah bertemu tapi rindu sentiasa menyapa, untukmu Ya Rasul Allah Muhammad Kerana pertemuan bukanlah syarat cinta !


اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ

 وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ


Hai Tuhanku, beri rahmat oleh-Mu dan beri selamat oleh-Mu dan beri berkat oleh-Mu atas tuan kami Nabi Muhammad S.A.W dan atas ahlinya pada tiap-tiap pandangan mata dan nafas sebanyak yang meliputi  ilmu Allah.

 



Wednesday 7 October 2020

! الله


 




"Ingatlah jika sekiranya kebajikan yang dilimpahi Allah kepada Adam, kesucian Malaikat Jibril, kemulian Ibrahim, rindu dendam Nabi Musa dan cinta Nabi Muhammad SAW dikurniakan kepadamu, maka janganlah kamu suka, kerana semuanya itu adalah hijab. Carilah Dia dari Dia sahaja maka yang lain itu semuanya kamu dapat" - Abu Yazid


🌹Hatimu itu rumah Allah. Jangan biar yang lain duduk di dalamnya selain Allah.

Thursday 1 October 2020

ADA REZEKI DALAM ISTIGHFARMU !

 






 Kita yakin rezeki Allah itu banyak tapi kenapa kita rasa sedikit ?
Kita sedar rezeki Allah itu mudah tapi kenapa kita rasa susah ?
Kita tahu rezeki Allah itu luas tapi kenapa kita rasa sempit ?

Kerana dosa menggunung, istighfar jarang-jarang !

أستغفر الله العظيم

 
Iklan