Monday 13 April 2020

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN PROTEIN YANG TEPAT

  

Semenjak PKP ni ramai pulak yang mengadu berat badan naik kan?Tapi itulah dah takde nak buat apa-apa sekejap sekejap masuk dapur sekejap sekejap bukak peti ais sekejap sekejap bagaikan tercari-cari sesuatu, ada la tu yang dicarinya korang apa tau..keke. Tak buat apapun saje jela nak masuk dapur nak buka peti ais nak round round rumah 😏erk?? Saje je laa kan kan. Itu tak jadi masalah laaa tapi yang jadi masalahnya walau jalan ulang kali ke dapur pun takde pulak berat badan tu turun. Padahal dah jalan tuuu boleh kira esasais jugak laa.. kan???  Kan korang??? Ke tidak ???Takpe takpe jangan gaduh-gaduh jom kita belajar cara turunkan berat badan dengan mudah dan pasti berkesan. Legooo.. 💨

Sumber utama tenaga bagi setiap sel-sel tubuh badan manusia adalah dari glukosa dalam darah. Terdapat 3 sumber glukosa dalam darah:

🔽Sumber primer ialah melalui karbohidrat.
🔽Sumber kedua adalah melalui lemak
🔽Sumber tertier adalah melalui protein.




KARBOHIDRAT
LEMAK
PROTEIN


Tujuan kita kurangkan karbohidrat sehingga tidak lebih dari 35g/hari adalah untuk membolehkan sel-sel tubuh mula menggunakan lemak yg tersimpan banyak dalam badan.

LEMAK TENAGA
KARBOHIDRAT/PROTEIN TENAGA

Sepanjang proses pertukaran sumber dari karbohidrat ke lemak, beberapa tanda akan berlaku terutama rasa lapar di mana sel-sel akan saling beri isyarat melalui impuls ke sel otak untuk membolehkan sel otak arahkan kita ambil lebih karbohidrat. Maksudnya lagi meningkat selera dan rasa nak makan. Lemak memerlukan oksigen yang banyak untuk menukarkannya kepada tenaga oleh sebab itu tubuh memerlukan air yang mencukupi supaya proses pertukaran tenaga berjalan dengan lancar tanpa gangguan kepada sistem-sistem lain didalam tubuh. Kalau tak nak minum air hirup sebanyak mungkin udara segar supaya tubuh mempunyai cukup oksigen. Kalau anda mampu la kan..tapi kualiti udara sekarang ni kebanyakan sudah tercemar kan? Lagi banyak pencemaran…lagi bahaya untuk system tubuh kita kerana ia akan menjadi toksik. Apabila lemak mula digunakan akan berlaku pembebasan tenaga.

KORANG TAU TAK?

1g lemak membakar 9 kalori berbanding 1g karbohidrat atau protein membakar 4 kalori.Macam ni nak bagi clear..bayangkan kalori tu MANUSIA yang mengangkat batu-bata. Perpecahan 1gm lemak memerlukan 9 orang untuk mengangkat batu-bata. Manakala 1gm karbohidrat/protein hanya memerlukan 4 orang. Maksudnya pembakaran lemak menggunakan lebih banyak tenaga sedangkan kita juga perlukan tenaga sepanjang hari. Malangnya tenaga kebanyakannya digunakan untuk memecahkan lemak. Jadi kita pun keep feel hungry.

Jadi apa peranan protein dalam kes ni?
Protein adalah elemen asas struktur dan fungsi dalam setiap sel badan dan terlibat dalam pelbagai interaksi metabolik. Semua sel-sel dan tisu-tisu mengandungi protein , oleh itu protein adalah penting untuk pertumbuhan dan pembaikan dan penyelenggaraan kesihatan yang baik. Protein menyediakan tubuh dengan kira-kira 10 hingga 15 % daripada tenaga pemakanan dan ia adalah sebatian yang kedua paling banyak dalam badan selepas air. Sebahagian besar ini akan menjadi otot ( 43% secara purata) manakala sebahagian lagi  di kulit ( 15%) dan darah ( 16 %). Pemecahan protein tidak memerlukan banyak tenaga malah menyimpan lebih banyak tenaga untuk aktiviti harian. Sebab itu salah satu tujuan pengambilan protein ialah untuk membekalkan tenaga.


Protein sebenarnya adalah keperluan utama bagi setiap sel untuk melakukan fungsi tertentu. Dengan bahasa mudahnya semua sel-sel kita memerlukan protein untuk wujud. Selain itu, aktiviti metabolik di seluruh badan kita memerlukan enzim untuk berfungsi dengan betul dan semua enzim ini adalah protein. Hormon, sistem pesanan saraf ( neurotransmitter ),enzim penghadaman, tenaga yang menghasilkan enzimàsemua bergantung kepada protein.

Tanpa protein fungsi tubuh akan gagal laksanakan fungsi sel secara optima. Apa itu protein? Ok ringkasnya protein ialah gabungan amino asid yang yang didapati melalui pemakanan. Terdapat kira-kira 20 asid amino yang berbeza biasanya ditemui dalam protein tumbuhan dan haiwan.  8 asid amino adalah dianggap asid amino penting kerana mereka tidak dibuat oleh badan dan oleh itu mesti diperolehi daripada makanan. 12 asid amino dibuat oleh badan dan dianggap asid amino nonessential (tidak penting). Contoh 8 asid amino yang perlu dibekalkan melalui pemakanan tambahan/suplimen.
  • Leucine
  • Isoleucine
  • Valine
  • Threonine
  • Methionine
  • Phenylalanine
  • Tryptophan
  • Lysine
Sumber protein terbaik ialah berunsurkan soya seperti tauhu dan tempe. Dan Hsna pulak prefer protein ni di ambil setiap pagi🍷 👈 click

5 sebab mengapa protein boleh menjadi punca penurunan berat badan
  • Protein membantu simpanan kalori. Dalam proses penurunan berat badan peranan protein sangat penting untuk membantu membuatkan rasa kenyang dengan lama. Kehadiran protein yang mencukupi dapat melambatkan proses pencernaan dan menjadikan seseorag itu kenyang lebih lama. Kuncinya ialah simpanan kalori dapat membantu proses penurunan badan kita lebih senang.
  • Gabungan protein dengan makanan yang kaya karbohidrat dapat memperlahankan penyerapan glukosa dari perut ke dalam darah seterusnya menghalang keinginan “asyik nak makan” , “asyik lapar je..”
  • Makanan kaya karbohidrat: “Thermic Effect of Food” atau TEF ialah tenaga yang digunakan untuk mencerna makanan kepada lebih kecil atau ia bertindak sebagai agen penyerapan. Protein mempunyai TEF yang lebih tinggi berbanding dengan karbohidrat dan lemak. Ini bermaksud pemprosesaan/pemecahan protein dalam badan sebenarnya membakar lebih banyak kalori berbanding karb dan lemak.
  • Korang tau tak? Badan kita tidak mampu membakar dan menggunakan lemak sebagai tenaga tanpa bantuan karb dan protein. Semasa dalam proses penurunan berat badan, badan akan kehilangan otot dan lemak. Oleh sebab itu protein yang mencukupi oleh tubuh umpama bertindak sebagai bahan api pembekaran lemak. Apabila lemak yang ada di bawah lapisan kulit semakin menghilang ia akan menyebabkan kulit mengeleber. Jadi  sel-sel kulit memerlukan protein untuk  membolehkan ia bekerja bagi tujuan menganjalkan kembali struktur kulit.
  • Keperluan protein dalam tubuh akan  meningkat terutamanya selepas melakukan aktiviti seperti senaman. Ia bertindak untuk membaiki otot, meningkatkan fungsi otot serta menguatkan otot selepas melakukan aktiviti terutama aktiviti lasak. Sado tak sado!!


Sunday 5 April 2020

4 CARA MENGUATKAN PERTAHANAN BADAN UNTUK CEGAH COVID 19

Satu anugerah yang tak ternilai yang Allah kurniakan kepada kita sebagai manusia tapi kita jarang-jarang sedar akan kepentingannya antaranya ialah sistem pertahanan badan. Allah telah mencipta suatu benteng yang kuat dan kukuh bagi perlindungan kita. Sistem yang Allah persiapkan untuk kita ini memiliki cara kerja yang sangat bijak. Ia mampu mengenali pelbagai jenis zat samaada  yang bermanfaat ataupun yang merosakkan tubuh.

Apabila tubuh diserang dan berpotensi melakukan kerosakan, sistem imun terus merekod dan menganalisa  kemudian tanda isyarat dihantar untuk membentuk mekanisme perlawanan yang sangat canggih dan ajaib. Sistem hebat ni tak kenal erti rehat tau, pagi ke tengahhari ke malam ke, NO REST. Sistem ini sentiasa berjaga-jaga untuk kita. Sistem imun yang lemah akan menyebabkan patogen termasuk virus, bakteria dan parasit mudah menyerang.

Sistem imun yang kuat berupaya:
 Badan yang lebih kuat untuk mencegah jangkitan
 Tempoh  pemulihan yang lebih pendek 
 Tidak mudah mendapat jangkitan dan penyakit
 Jika sudah dijangkiti simpton yang timbul lebih ringan
 Kurang jangkitan  berulang

Lindungi kesihatan kita dengan 4 nutrien asas ini ! 

1. Vitamin C
Kehadiran vitamin C bertindak sebagai 'otot' kepada seluruh sistem imun tubuh manusia. Ia membantu meningkatkan aktiviti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing yang memasuki badan. Pengambilan Vitamin C secara konsisten dapat membantu menguatkan pertahanan tubuh dengan segera.

Istimewanya bawang putih ia mengandungi  alicin, iaitu komponen utama antibakteria yang membantu meransang sistem imun badan dengan menggalakkan aktiviti sel darah putih. Bawang putih sangat kaya dengan nutrien seperti Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin C, zat besi dan fosforus.

Tahukah anda karotenoid berfungsi untuk memberikan tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran  warna-warna yang menarik? Ada warna oren, merah, kuning, ungu, dll., Katotenoid tergolong dalam satu satu antioksidan yang kuat. Oleh itu pengambilan karotenoid sangat penting untuk meningkatkan  sistem imun tubuh manusia. 
Ia membantu melindungi sel darah putih daripada oksidatif tekanan dan keradangan
Ia membantu meningkatkan ketahanan dengan memperbaiki keupayaan mengesan dan memusnahkan sel yang tidak sihat

Hsna pasti yang ni majoriti tak  biasa dengar kan? Tapi ia sangat penting dalam tubuh kita. Inteferon merupakan sejenis protein yang dihasilkan secara semulajadi dalam sistem imun badan tubuh kita sebagai tindak balas terhadap jangkitan seperti virus, bakteria dan parasit.  

Ia boleh diransang dengan rangsangan inteferon esktrak tumbuhan yang dibuat daripada bunga safflower, biji plantago, honeysuckle Jepun dan biji labu. Inteferon berupaya mengaktifkan ketahanan sistem imun dengan pantas serta merangsang tindak balas imun supaya sel imun boleh menyerang patogen dan menguatkan ketahanan sel. 

Amalkan Tabiat Kebersihan Untuk Kesihatan Lebih Baik #CegahCovid19

1. Cuci tangan dengan kerap menggunakan sabun atau cecair pembersih tangan berasaskan alkohol
2. Tutup mulut dengan tisu bila batuk dan buang selepas digunakan. Jika tiada tisu, batuklah pada lengan anda
3. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak bersih








4. Elakkan mendekati individu yang mengalami demam dan batuk
5. Jika anda batuk atau hidung bera berair, pakai penutup muka apabila berada di tempat awam
6. Jika anda demam, batuk dan sukar brnafas, segera dapatkan bantuan perubatan. 



Referen:
1. Shaklee Today | Informasi Bulanan | Kekalkan Kekuatan Pertahanan Badan dan Sentiasa Berwaspada | Isu 04| 2020
2. Dt. Tauhid Nur Azhar, 2014. Rahsia Tentera Imun 

Wednesday 1 April 2020

CHALLENGE


Bila duk lawat belog kawan-kawan ni teringin jugak nak buat satu challenge ni  [ To be exact selepas singgah belog KasihkuAmani ] Jeng jeng jeng challange apa tu ?? Sebenarnya setiap tahun buat je macam-macam challenge yang kengkonon nak memotivasikan diri cuma tahun ni tak sempat sangat-sangat nak menchallenge diri dengan apa-apa challenge. Unofficially sebenarnya dah complete dah pun untuk awal tahun satu challenge ni [read hobby] tapi rasa macam tak puas hati jeee, macam tak official je (Nak jugak tang officialnya tuh..kiki)


Jadi apa challenge nye?

1. READ CHALLENGE. Read challenge ni macam ni, kita cabar diri kita untuk baca berapa buah buku dalam masa yang ditetapkan. Contoh 70 buah buku dalam setahun atau 5 buku dalam sebulan atau make sure at least finish 1 book per week. Pemilihan genre buku terserah. Lain orang lain preferencenya kan lain pulak minatnya. Ada yang minat fact, ada yang minat science and fiction, ada yang minat buku-buku agama, ada yang minta horror, romantic, comedy, comic dll.  Terserah dehh. Asalkan MEMBACA go on saja dehh. Gituuu..  (Kenapa tiba-tiba jadi Indon neh)

2. QUOTE CHALLENGE. Quote Challenge ni pulak macam kita full summarize semua bacaan kita tu then kita buat one sentence yang kita rasa boleh memotivasikan diri kita dan orang lain bila membacanya. Kalau rasa lama sangat nak tunggu full summarization untuk semua buku buat la one book one motivation quote lagi bagus. By the end of the read challenge tu kita boleh nampak improvement kita. Kita nampak hasil daripada apa yang kita duk buat tu. Kita rasa kita lebih menghargai diri kita. Sambil-sambil kita improvekan diri kita, kita bantu sedarkan orang lain atau jentikkan hati orang yang baca quote kita tu, Insyaallah.  Nak cakap banyak pun tak reti jugak tapi once you buat you automatic rasa improvement tu, rasa 'lain' tu, feel special? Let say macam tu la ye, FEEL SPECIAL. Rasa makin matang? Rasa makin open minded? Hurmmm boleh laa kalau nak letak macam tu pun. Apa rasa pun booooleh la. But ! Surely ! You will feel the difference hasil buat these two simple challenges.

Bunyi dah menarik dah. Tapi bila nak officially start ni Hsna ? Hah bila ? Now Hsna ! Make it NOW. Kes nya pulak stok buku yang belum baca dah habissss. Yang ada semua yang dah repeat dua tga kali dah. Sejenis perangai pulak prefer physical book rather than baca online. Online tadeee feel la...hilang nikmat pegang buku, fefeling dengan buku 😔 Pulakk dahh 😵😴 Perangai  ke alasan ni ? Gulp... 🙈

By Allah's permission, I will. By His guidance, I will do my best. 

#Books, Nescafe and Rain: Enough is enough. Damage is done.Khalas.   
Iklan