Monday 8 June 2015

LA TAHZAN : LA TAI ASU





Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak ALLAH SWT

Didalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak 
dengan ALLAH SWT

Didalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung
bertemu dan berjumpa denganhNya

Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan 
suruhan dan laranganNya serta Qada dan Qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Didalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan 
kepadaNya dan bermohon kepadaNya


...===...





LA TAHZAN : LA TAI ASU

Kita hanya berusaha tapi Dia yang menentukan rezeki berupa kejayaan, kesenangan, kesihatan dan kegembiraan. 
Namun jika masih bukan masanya lagi Dia memberikanmu rezeki itu jangan kau kecewa dan putus asa .
Kerana Allah amat membenci hambaNya yang mudah berputus asa.
Kerana Allah lebih lagi Maha Mengetahui tempat letak dirimu. 
Kerana Allah lebih mengetahui bila waktu dan ketika kau layak dikurniakan rezeki itu. 
Mungkin
Jika Dia mengurniakanya.....sekarang!!!
Mungkin saat itu kau berjaya kau akan melupakanNya. 
Mungkin saat itu kau berjaya kau kan jauh dariNya...

Dan mungkin itu satu peluang dariNya. 
Peluang untuk kau melihat dirimu kembali. 
Peluang untuk kau memperbaiki dirimu kepada yang lebih baik lagi. 
Mengapa tidak kau menghargainya? 
Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku adalah dalam aturanNya. 
Jadi mengapa harus kau lepaskan peluang yang diberikanNya.

Yakni pengajaran dan petunjuk hikmah khusus dariNya....SUBHANALLAH
Betapa bertuahnya dirimu mendapat pengajaran dariNya. 

Jadi mengapa tidak kau belajar bersyukur terlebih dahulu?

Bersyukurlah atas setiap apa yang kau dapat kerana 
Kau lebih mengetahui usahamu. 
Kau lebih mengetahui kemampuanmu.

Dengan itu belajarlah bersyukur. 
Rasailah nikmat bersyukur nescaya kau kan bahagia. 

Belajarlah bersyukur kerana
Saat kau merasai nikmat ertinya syukur kau kan menangis kerana apa yang kau dapat hakikatnya jauh lebih baik dari nilai usahamu. 
Saat kau merasai nikmat ertinya syukur kau hanyalah insan kerdil yang hanya hidup atas belas rahmat dan kasihNya. 

Belajarlah bersyukur kerana dengan itu kau kan bahagia. 
Rasailah kebahagian dari rasa syukur itu kerana kebahagian itu adalah nikmat dan anugerah berharga lagi maha hebat dariNya. 
Percayalah setiap kurnianNya kepada kamu adalah yang terbaik buat kamu kerana Dia tidak akan pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungi oleh seseorang dari kamu. 
Kerana Dia lebih arif mengenai dirimu sendiri. 

...
::Andai kau masih lemah ingatlah::
Tidak bergerak satu zarah kecuali dengan izinNya
Tuhan tidak pernah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia
Setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya kerana sebaik-baik pengatur hanyalah Allah
Dia mengikut sangkaan hambaNya - fikirkan hanya yang terbaik untuk hidup dan amalmu!
Tiada daya upaya kita melainkan dengan izinNya.
...

Jadikan hanya Dia sandaranmu wahai teman soleh dan solehahku.
-SignatureHusnaRahman-


No comments:

Post a Comment

Iklan