HSNA RAHMAN
Hatimu itu milik Allah. Jangan biar yang lain duduk didalamnya selain Allah.
Wednesday, 3 January 2024
Cinta Zikr
Ahli ibadah berjalan kaki ke syurga;
Ahli zikir terbang menuju Tuhannya.
~Syeikh Abdul Qadir Jailani~
Bahagikanlah masamu dengan menyusun zikirmu dari pagi hingga malam !
Monday, 17 July 2023
DOA SAYIDATINA AISYAH R.A
"Gantung hatiku hanya padaMu ALLAH"
Ya Allah jagakan aku;
pelihara hatiku daripada kesedihan terhadap selainMu.
pelihara hatiku daripada kesedihan terhadap selainMu.
Saturday, 2 April 2022
Thursday, 24 March 2022
24 MARCH 199X
Aku untuk aku : Selamat Ulang Tahun !
Aku untuk kamu : Untuk kamu yang terlalu banyak doa yang telah diminta, harapan yang dipohon, keinginan yang belum terlaksana ; Moga Allah menenangkanmu, mengabulkan dan membahagiakanmu atas segala yang kau idamkan ツ
Tuesday, 1 March 2022
Saturday, 12 February 2022
DOA NABI YUSUF A.S
Kalau rindukan seseorang,
angkat tangan dan berdoalah kepada Allah;
“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada
(nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya.. " ♥
Ibnu ‘Athailah berkata, “ Doa mempunyai rukun-rukun, sayap-sayap, waktu-waktu dan sebab-sebabnya. Apabila doa memenuhi rukun-rukunnya, menjadi kuat. Apabila sayap-sayapnya dipenuhi, ia terbang di langit. Apabila ia sesuai dengan waktu-waktunya, ia beruntung. Apabila ia bertepatan dengan sebab-sebabnya, ia berhasil.”
لا تنسنى في دعاءك !
[La Tansani fi dhua'ik]
Jangan lupakan aku dalam doamu !
Tuesday, 25 January 2022
Maafkan Aku Allah !
Seluruh jasa kebaikan adalah terpulang kepada Allah seluruhnya; aku, tidak lebih dari seorang hamba yang mempunyai sekelumit ketaatan. Oleh itu segala hutang kepada Allah saja; kerana Dialah yang memberi hidayah dan taufiq kepadaku. Tanpa kemurahan Allah amal-amal ibadatku tiada lagi bernilai.
Apakah nilai amal ibadatku disamping kecuaian-kecuaianku terhadap amal ibadat ? Astaghfirullah maafkan aku Allah.
Rabbiku, dengan rahmat dan kasih sayangMu Allah, jadikan seluruh hidupku, matiku, cintaku, kasihku, sayangku, rinduku, ingatanku, perasaanku, seluruh hatiku dan jasadku, semuanya, segalanya dariMu, denganMu dan kepadaMu, bersamaMu selamanya.
Aku; perinduMu !
Subscribe to:
Posts (Atom)