Tuesday, 22 November 2016

MENJADI KAYA SEPERTI NABI SULAIMAN PART II



Assalamualaikum..tamau intro panjang sebab entry ni dah super panjang..just nak sambung next tip macam mana nak kaya macam Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam.  Bismillah

p/s: tip paling last adalah tip yg paling best…hadam betul2 tip last [9] tuh sebab Hsna berani bagi jaminan 1000% yg tip ni akan bantu korang sungguh-sungguh untuk senang dan mewah both dunia dan akhirat…siyess just put ur 1000% trust on me (regardin’ this writin’ la).. sungguh tak rugi!!

4. Tawakkaltua’alaAllah >> meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah. Allah Maha Kaya lagi Maha Memberi Kekayaan >> Dan orang bertawakkal tidak bergantung pada amalnya tetapi kepada Allah SWT

Sebagaimana  dalam doa Nabi Sulaiman seperti dirakam dalam Surah An-Naml  [27]:19 

Yang mengajar kita untuk membentuk rasa syukur dan menyerahkan segala urusan dalam tadbiran Allah. Nabi Sulaiman memberi contoh kepada sesiapa sahaja yang nak rezeki dan kekayaan dalam segena aspek untuk sentiasa panjangkan rasa syukur dan tawakkal kepada Allah. Pecayalah Allah PASTI bantu!

Bab tawakkal ni sebenarnya ramai yg salah faham..kalu dan serah ke Allah yakinlah Allah pasti bagi, no need to do anything instead of just waiting for that doa to come je la..  kan kita dah yakin giler nih!

Pls jgn buat ikut sedap ati sesedap #Vivix..eh?

Nabi Muhammad gambarkan sebenar-benar tawakkal ialah seperti burung yang keluar bepagian dgn perut lapar dan pulangnya sebelah petang dgn perrut yang terisi .terbangnya burung-burung tersebut seawal pagi yg masih gelap, sejuk sebagai usaha.

Usaha untuk ilangkan lapar.usaha untuk pergi dapatkan makanan .bukan hanya menunggu makanan yg jatuh ntah dari mana. Memang takde melainkan korang ni wali Allah atau nabi Allah yg makanan boleh turun dari langit macam air ujan.. kita. terlalu jauh beb! maksiat tiap ari duk commit.. kan?

Ibadah adalah satu pelaburan yang panjang!

5. Ibadah kerana Allah – org yang rajin beribadah sebagai manifestasi cintanya terhadap Allah akan dimudahkan rezeki dan dikeluarkan dari segala jenis kesusahan

Abis tu selama ni aku buat sebab apa klu bukan sebab Dia yang suruh kita buat > solat, puasa,sedeqah – segalanya lillah! Ok jgn cepat sangat judge weh.. sabo..

Cer perhatikan diri sendiri jap (xyah duk byg org lain sgt la..cer tgk bayangan diri kat cermin sendiri duluh) > adakah ibadah yg kita lakukan semata-mata untuk mengekpresikan rasa syukur kepada Allah atau ….. tujuan untuk memperoleh kekayaan/kesenangan/kegembiraan sendiri semata?

Cth tiap ari amal AsmaulHusna Ya Wahhab 300x sehari semata-mata supaya Allah cepat kabulkan doa kita, bagi apa yang impikan dgn cepat atau kita memang nak puji Dia sebab dah banyak sangat nikmat dan rezeki yg kita kecapi selama hidup nih?  (ok aku sendirik sentap giler bila aku byg diri aku…allahu!!)

3 golongan ibadah yang dikatakan oleh Ali bin Abi Talib:

1.      Org yg beribadah krn mengharapkan balasan dari Allah. Semakin byk ibadah semakin byk rezeki. Golongan ini mcm peniaga. Kiraan untung rugi menjadi perhatian utama dalam setiap ibadah yg dilakukan.. buat sebab nak dpt faedah!

2.    Org yg beribadah krn takut akan seksaan Allah. Mrk nih masih ada kesedaran as a hamba. Kalau tak buat takut akan ditimpa seksaan dan kesusahan. Maka sebenarnya ibadah golongan nih hanya untuk menggugurkan dan bebas drpd murka Allah semata-mata.

3.     Org yg beribadah krn dilandasi rasa cinta dan kasih sayang. Krn dia sedar tugas manusia adalah untuk beribadah sebagai bentuk penghambaan dan rasa syukur krn telah diberi satu nikmat kehidupan.. yg nih ibadah para Nabi, Rasul dan org soleh!  Dan sebenar-benar definisi ibadah ofkos..

Dan Nabi Sulaiman beribadah serta berdoa memohon kekayaan semata-mata untuk sebarkan dakwah! Ye krn Allah semata-mata bukan untuk kepentingan diri baginda sendiri sebab zaman pemerintahan Nabi Sulaiman pada masa tuh ialah ditengah-tengah pemimpin yg kekayaan mereka melimpah ruah dan kerajaan yg besar like Ratu Balqis.. bygkan kalau Nabi Sulaiman miskin mesti xde org nak ikutkan..mesti org igt Nabi Sulaiman nak kejar kekayaan dgn mempengaruhi pemimpin2 kaya ..sebab tu Allah bg kekayaan super hebat kat Nabi Sulaiman


6. Syukur kepada Allah > Dalam doa Nabi Sulaiman bukan harta yg diminta tapi kemampuan untuk bersyukur. Kerana Allah memberi nikmat dalam setiap detik yg tidak dapat dinafikan

Sebenarnya kan semasa seseorang sudah mampu bersyukur pada masa tu lah sebenarnya kekayaan telah datang.

Rahsia kaya dengan rasa syukur ialah dengan selalu je rasa cukup.  Bagaimana mungkin Nabi Sulaiman tegolong dalam manusia paling kaya jika baginda masih rasa kekurangan betul tak?

Puncak kekayaan seseorang terletak sejauh mana dia mampu besyukur!

klik sini untuk continue... 

Part I
Part II
Part III

10 comments:

  1. semakin byk kita dilimpahkan rezeki selagi itu kita dia uji dengan ksyukuran :) wallahualam..nice sharing husna

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang amat bagus sekali.. semoga kita dilimpahi kekayaan yang diberkati oleh Allah

    ReplyDelete
  3. Syukur selalu insyaAllah kita akan dapat lebih lagi :D

    ReplyDelete
  4. segalanya yg dilakukan adalah KERANA DIA!

    ReplyDelete
  5. sebab rezeki, kejayaan semua datang dari Dia. jadinya kena lah betul2 sandarkan harapan dan doa tu pada Dia. betul tak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.betul.

      Sandarkan hanya kepada Pemberi kita!

      nice wor dear..=)

      Delete

Iklan