Thursday 24 December 2015

LIFESTYLE NABI MUHAMMAD SAW | MUHAMMAD TELADAN KESIHATAN ABADI


Muhammad Rasulullah SAW ditakdirkan berusia sehingga 63 tahun. Antara perkaran istimewa yang janrang kita bagi perhatian tentang kehidupan Baginda SAW ialah sifat fizikal baginda yang sangat baik. Dikatakan sepanjang hidupnya Nabi hanya pernah jatuh sakit sebanyak 2 kali sahaja.

Didalam penulisan Sejarah Hidup Muhammad oleh Haekal mengatakan 2 penyakit tersebut ialah Rasulullah tidak mempunyai selera makan iaitu pada tahun ke-6 Hijrah. Tersebar berita bohong kononya Baginda SAW telah disihir oleh seotrang yahudi.

Satu lagi penyakit yang dikatakan pernah dideritai Baginda SAW ialah termakan daging beracun yang menyebabkan Baginda SAW terpaksa berbekam pada tahun ke-7 Hijrah.

Pernah tak dalam hidup kita terjumpa orang yang tak pernah sakit dalam hidupnya atau pernah sakit hanya 2 kali je dalam hayatnya. Pernah tak? Part ni kalau doctor yang jawab baru best…hehe..sebab diorang yang banyak jumpa orang sakit yang pelbagai level kan?

Tapi Husna agak la kan siapa sahaja yang bertugas dalam dunia kesihatan sekalipun tidak mempunyai status kesihatan yang istimewa seperti Nabi. Rite?

Apa yang jelas sekarang ni semakin moden dunia perubatan semakin meningkat status masalah kesihatan manusia. Pelik kan? Patutnya bila dah maju, makin kurang jenis penyakit, kadar pesakit dan sebagainya.
Ibarat penyakit tu macam bayaran timbal balik atau pertukaran dengan tahap kemajuan kita nikmati sekarang..betul tak?

Salah satu RAHSIA Baginda SAW yang sememangny bukan menjadi rahsia lagi ialah “ mencegah itu lebih baik dari mengubati”..ini bukan sekadar pepatah, kata-kata hikmah atau peribahasa yang direka pada masa sekarang tau. Perkara ni  dah lama disebut dan disarankan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat Baginda SAW, iaitu kita.

Daripada kata-kata itu kita harus fahami sebaiknya. Kita mempelajari tentang memelihara kesihatan diri daripada cara & sunnah Nabi Muhammad dan Nabi kita bukannya mengajari kita ilmu perubatan seperti teknik-teknik merawat penyakit tertentu secara khususnya.

Apa yang nak ditekankan kat sini CARA MEMELIHARA KESIHATAN DIRI SEPERTI NABI MUHAMMAD SAW. Atau menfokuskan tentang amalan Rasulullah SAW yang bersifat preventif (mencegah) sebagaimana dalam al-quran dan sunnah Baginda SAW.

Tapi cuba perhatikan sekejap tema kesihatan zaman moden dalam perubatan moden: Doktor itu seorang “pengubat” atau “penganjur” kepada penjagaa kesihatan yang lebih baik?

Doktor sebagai “pengubat”.
Sepanjang proses pembelajaran ilmu kedoktoran, bakal doktor lebih banyak dididik dengan konsep-konsep penyakit. Mereka banyak mengetahui tentang bagaimana  sesuatu penyakit itu terjadi, simpton-simpton penyakit, kesan-kesan penyakit dan segalanya tentang penyakit.

Doktor sebagai “penganjur”kesihatan.
Apa yang dimaksudkan dengan penganjur kesihatan, in case kalau ada orang konfius saje ni Husna nak panjangkan. Kalau yang dah faham tentang penganjur boleh go on je pembacann korang..hehe..

Doktor sepaptutnya cuba untuk mempromosi cara hidup yang baik, sistematik, sihat dan gaya hidup yang jauh dari menjurus kepada penyakit. Contoh, bagaimana menjaga tema kesihatan, memberi panduan serta pola nutrisi yang baik, bagaiamana mengelakkan daripada penyakit, bagaimana nak memperkuatkan system imun tubuh, bagaimana nak membantu tubuh kita kekal cergas dan sihat, bebas penyakit.

Bukan nak cakap takde langsung tentang promosi kesihatan tapi kurang diberi perhatian sedangkan kita tak nak penyakit datang dulu baru nak cari penawar. Tapi kita nak elak perkara/pemakanan/gayahidup yang menyumbang kepada penyakit sejak dari mula lagi.

Selain tu, sikap seseorang dalam menjalani kehidupan juga akan pengaruhi kualiti kesihatan jugak. Korang tau tak perubahan tingkahlaku  seperti gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit menyumbang sebanyak 50% kepada tahap kesihatan. Manakala 10% tahap kesihatan masyarakat menyumbang dari segi perubatan di hospital. Faktor genetik mempengaruhi 1-3% tahap kesihatan fizikal, 2-3 %kesan daripada pemilihan gaya hidup, jenis pekerjaan yang dilakukan, pemakanan, pengurusan stress, hubungan social serta jenis personality seseorang (means kalau yang jenis marah, sedih atau bosan asyik nak makan je..hehe..contoh je ni)

Dan yang paling penting kita berusaha sepenuhnya untuk memelihara kesihatan dengan sebaiknya kerana kehidupan ialah rahmat, nikmat dan kurnian paling besar yang Allah bagi kat kita. Bayangkan bila tubuh sihat,


“ladang untuk kita kumpul pelaburan-pelaburan kebaikan makin luas dan selesa kerana apabila tubuh berpenyakit kita dengan sendirinya akan berasa tidak senang”
“kos perubatan juga lebih jimat lagi-lagi zaman ekonomi yang segalanya “melangit”..ekk

Yes prevent is better than cure. Bukan setakat lebih efektif, kos perubatan pun lebih murah, tahap sakit pun makin kurang even tugas doctor pun tak terbeban sangat kan. So conclusionya sama-sama kita promosikan gayahidup yang sihat, pemakanan yang suci dan bersih serta halal, menjalankan aktiviti kecergasan diri serta bersosial secara baik dan mesra alam.  

.

Salam sayang & Salam Maulidur Rasul Husna Rahman
011-255-9903 | husnasukahijau@gmail.com

Friday 18 December 2015

10 TIP UNTUK MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

Key:Suplimen untuk rambut cantik!

90% rambut terdiri daripada protein yang dipanggil keratin. Purata umur setiap rambut adalah 3-4 tahun selepas itu rambut akan gugur dan diganti dengan yang baru.

Sebagaimana diri kita memerlukan makanan untuk terus hidup makanya sama jugak dengan setiap sel dan organ dalam tubuh kita memerlukan “makanan” mereka masing-masing untuk tumbuh dan membesar dengan sihat. “Makanan” mereka didapati dalam bentuk nutrient, vitamin, zat galian dan mineral. Memang tidak dinafikan tubuh kita memang mampu menyediakan semua “makanan” yang diperlukan oleh tubuh. Namun faktor peningkatan usia,pendedahan kepada pencemaran dan radikal bebas, ketidakseimbangan serta jurang nutrisi, cara penjagaan kesihatan dan sebagainya telah memberi kesan terhadap tahap pengahasilan “makanan” asli ini oleh tubuh kepada tubuh. Satu-satunya penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan mencukupkan serta merapatkan jurang nutrisi melalui pemakanan dan pengambilan suplimen.

Ramai pakar rambut telah mendapati bahawa mineral penting seperti magnesium, sulfur, silica dan zink sangat penting untuk mengekalkan rambut yang sihat dan kuat.

Beta-karotena penting untuk pertumbuhan rambut. Ini kerana ia ditukar kepada vitamin A bagi membantu mengekalkan pertumbuhan normal dan perkembangan tulang, pelapis pelindung di sekitar gentian saraf di samping menggalakkan pertumbuhan  rambut dan kuku yang sihat. Beta-karotena didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan hijau dan kuning.

Oleh kerana rambut adalah sebahagian besarnya daripada protein, diet yang terlalu rendah dalam protein boleh menyebabkan beberapa penipisan rambut atau terencat dalam kitaran pertumbuhan. Jika anda makan diet yang kaya dengan protein ia mampu menyebabkan pertumbuhan rambut yang lebih baik dan lebih tebal.

Sesetengah pakar pemakanan mencadangkan pemakanan daging, benih gandum untuk memaksimumkan pertumbuhan rambut serta memberikan  kekuatan dan kecantikan kepada rambut. Lain-lain sumber makanan protein termasuk ikan, telur, kacang dan yogurt. Manakala protein soya (satu-satunya sumber protein paling kaya daripada tumbuhan) juga telah didapati dapat membantu dalam merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat.


Faktor rambut gugur.

Gaya hidup seperti  kesan  tekanan yang tinggi. Tekanan yang berlebihan  akan membantutkan pertumbuhan ambut yang sihat kerana ia mampu mengganggu system saraf.
Rehat dan tidur yang tidak mencukupi dan berkualiti. Untuk memastikan sel rambut tumbuh dengan sihat tubuh juga harus lebih sihat . Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti iaitu sekitar 5-8 jam.
Beberapa masalah  kesihatan yang boleh menyebabkan  keguguran rambut termasuk: Masalah  tiroid, anemia,Lupus, Diabetes
Tidak mendapat cara pemakanan yang betul- protein yang tidak mencukupi dalam diet
Ketidakseimbangan hormon (seperti tiroid kurang aktif atau terlalu aktif)                   
Jangkitan kulat (seperti kurap kulit kepala),
Kekurangan zat besi: Kurang vitamin dan mineral penting yang membantu menguatkan dan menyihatkan rambut seperti kekurangan Vitamin D, zink dan protein
Kehilangan berat badan yang ketara. Ini bermaksud badan anda tidak menerima cukup nutrisi untuk dibawa keseluruh tubuh.



Cara mengatasi masalah rambut gugur

1. Pengangambilan makanan tambahan yang baik yang mengandungi vitamin dan  mineral sangat  diperlukan  untuk memastikan rambut kita sihat dari dalam. Pastikan pengambilan diet yang berkhasiat & cara pemakanan yang betul dengan mengelakkan makanan yang tinggi gula atau lemak serta mengawal  paras glukosa dalam darah boleh membantu  menghentikan  keguguran rambut.

  CADANGAN VITAMIN OLEH PAKAR RAMBUT:
     ◈Vitamin B-kompleks – harus termasuk folat, Biotin dan inositol
            Vitamin B-6 - 50 mg. vitamin B-6
            Vitamin C dengan bioflavonoid - satu hingga dua gram setiap hari
            Vitamin E - 400 hingga 800 IU setiap hari
            Beta-Karotena - 10,000 hingga 15,000 IU beta-karotena setiap hari
            Magnesium
            Sulfur
            Zink

    Pengambilan  vitamin adalah antara langkah  penting untuk menjaga  kesihatan anda. Tetapi hanya dengan  pengambilan yang betul dan seimbang dapat mencegah atau menghentikan keguguran  rambut serta membantu menggalakkan pertumbuhan  rambut yang sihat dan tebal.

3 sebab utama anda perlu bekalkan vitamin untuk rambut anda:
#.Vitamin menghalang pengeluaran testosteron di-hidro atau DHT - salah satu masalah utama keguguran rambut.
#.Vitamin mencergaskan folikel rambut yang rosak dan dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut sekaligus mengurangkan kadar keguguran rambut.
#.Vitamin menyuburkan dan menyembuhkan kulit kepala.

Vitamin B
Sumber-sumber utama vitamin B adalah kacang,  bunga kubis, kacang soya dan telur . Ia adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kepala dan rambut. Menggalakkan pertumbuhan rambut

Vitamin B3-niasin, B5-Pantothenic asid dan B6 -pyridoxine perlu diambil sebagai makanan tambahan untuk merawat keguguran rambut. Manakala B9 atau asid folik bertindak mencegah kehilangan rambut

Biotin amat penting untuk rambut dan kulit yang sihat dan berkesan dalam  mencegah keguguran rambut terutama bagi  lelaki. Kacang hijau, kacang soya, biji bunga matahari, beras perang, yis, oat, kacang merah dan walnut adalah sumber besar vitamin Biotin utama. Selain  boleh digunakan untuk mengatasi rambut gugur, biotin juga membantu menggalakkan pertumbuhan rambut sihat. Biotin juga dikenali sebagai vitamin H dan juga merupakan sebahagian daripada keluarga B complex.

Vitamin B12 berfungsi untuk menggalakkan sistem saraf yang sihat dengan membentuk satu lapisan pelindung di sekitar saraf. Anda memerlukan kelapan-lapan  jenis vitamin B untuk memastikan  anda memperolehi cukup nutrient untuk rambut. Sebolehnya  anda digalakkan juga untuk mengunakan syampu yang mengandungi vitamin B kompleks untuk kulit kepala.

Vitamin E membantu meningkatkan pembekalan oksigen kepada kulit kepala dan rambut bagi menghalang keguguran rambut.

Vitamin C membantu dalam meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala dan memastikan folikel rambut mendapat bekalan nutrient yang mencukupi

Beta karotena atau dikenali juga sebagai Vitamin A penting untuk menghalang keguguran rambut dengan memperbaiki kulit kepala yang sihat.

Zat besi merupakan mineral yang amat penting bagi tubuh manusia. Ia mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan system peredaran darah. Ia membantu untuk membentuk hemoglobin dalam darah yang membantu menyampaikan oksigen ke sel-sel badan

Ia juga penting untuk protein otot terutamanya kepada sel hati, limpa dan sum-sum tulang. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan seperti anemia. Makanan seperti emping,bijan, daging, sardin, dan tuna dalam minyak adalah semua sumber utama besi dalam makanan.

2. Kurangkan merokok, kafein dan minuman berkarbonat yang mampu menyekat potensi maksimum      proses petumbuhan rambut

3. Elakkan penggunaan air panas, pengering  rambut dan terdedah kepada radikal bebas terlalu kerap. Kerana protein rambut akan cepat rosak dan akan menjadi keras (kdg2 dah macam bulu penyapu dah rambut sebab kasar dan keras..kan?)

4. Urut kulit kepala sekurang-kurangnya  seminggu sekali untuk memberi rangsangan kepada folikel rambut serta menggalakkan peredaran darah keseluruh kepala. Sn nutrient diterima oleh rambut dengan lebih sekata

5. Potong bahagian rambut yang bercabang supaya ia tidak merosakkan dan mengganggu bahagian rambut yang lain.

6. Pastikan rehat dan tidur yang cukup untuk membolehkan rambut berkembang dan tumbuh dengan bebas

7. Galakkan bersenam sekurang-kurangnya 2-4 kali seminggu bagi menggalakkan penyebaran oksigen dan nutrient oleh darah  keseluruh tubuh. Ni bukan rambut je cantik, kulit pun jadi cantik tau.

8. Pengambilan makanan yang kaya omega-3 yang mampu meneutralkan toksik dalam darah serta membantu melancarkan peredaran darah. Serta pastikan pengambilan protein yang cukup dengan kapasiti tubuh

9. Bebaskan rambut. Jangan ikat rambut dengan kerap kerana akan merosakkan struktur rambut. Elakkan bertudung atau berbungkus ketika rambut masih basah. Pastikan tudung atau scarf yang dipakai sentiasa bersih dan bebas bakteria. Sikat dan dandam rambut sebaiknya kerana ia boleh melancarkan perdaran darah dibahagian kepala.

10. Guna syampu yang sesuai. p/s:kat atas td ada mention seboleh-bolehnya carilah syampu yang mempunyai kandungan b complex penuh. Ia mampu membekalkan nutrinet kepada rambut secara luaran selain membekalkan melalui pemakanan multivitamin yang membantu merawat dari dalam.

**Makan dengan betul, senaman, mengurangkan tekanan, rehat, mendapat banyak tidur mampu  memaksimumkan potensi pertumbuhan rambut yang sihat,kuat dan bersinar

Wednesday 18 November 2015

KENAPA KORANG "WAJIB" AMBIL SUPLIMEN?


Husna nak ajak korang yang sihat makin sihat
Yang tak sihat start make a journey to SIHAT..
.
Boleh kan?
Untuk sihat perkara yang korang wajib take care ialah pemakanan (cara makan).
Korang tau tak? Keadaan tubuh yang normal memerlukan sebanyak 40 jenis nutrient yang diperlukan untuk SIHAT setiap hari. Bumi kita dah tersedia dengan kesemua jenis nutrient (galian dan vitamin) bermula dari vitamin A-Z. Peranan kita hanya memanfaatkan kurniaan yang dah ada kat bumi ni sebaiknya.



Untuk membentuk organisma sihat, SEL perlu sihat. Kalau kita makan tapi bukan apa yang tubuh perlukan maka kita akan keep nak makan sebab sel masih tidak menerima makanan yang sepatutnya.
Tu yang susah nak KURUS. Bila sel dah kenyang barulah organisma juga kenyang. Sel-sel memerlukan makanan protein untuk membahagi dengan sempurna dan "bahagia". Manakala tisu memerlukan perlindungan untuk terus berkembang dengan sihat. Organ juga memerlukan tenaga masing-masing untuk menjalankan fungsi dengan lancar. Kesimpulannya tubuh harus menerima makanan masing-masin untuk membentuk dan membesar dengan sihat.
Apatah lagi dengan beberapa faktor seperti pencemaran, toksik, pendedahan kepada radikal bebas, racun, bahan kimia dan sebagainya menyebabkan tubuh kita memerlukan "extra food and care". Then sape lagi yang nak jaga diri kita selain diri kita sendiri kan?
Husna tak nafikan korang boleh ambil melalui pemakanan setiap hari. Nasi, telur, ayam, ikan, daging, sayuran, buahan, jus, air dan sebagainya. Tapi cukup ke? Korang pernah terfikir tak anda mungkin makan HAMPAS NUTRIENT (GALIAN & VITAMIN) sahaja. setiap hari. Jadi apa yang korang bekal untuk tubuh korang?
Apa itu HAMPAS NUTRIENT?
Apabila makanan yang korang makan tu dah hilang khasiat & kebaikan. Contohnya sayuran dan buahan yang terdedah kepada semburan racun. 
Korang rasa la kan berapa peratus nutrient yang tinggal dalam jangka masa sayuran dan buahan tu membesar dalam masa sama disembur racun. 
Korang rasa la kan berapa peratus protein yang tinggal dalam telur apabila telur telah dimasak sedangkan kita maklum protein senang termusnah apalagi terdedah kepada tenaga haba tinggi semasa proses memasak.
Korang rasa la kan berapa banyak Vitamin B yang tertinggal dalam badan kita setelah kita terdedah kepada banyak faktor pencemaran dan radikal bebas. Sedangkan badan kita amat memerlukan Vitamin B untuk saraf, kulit, emosi dan banyak lagi. p/s: Vitamin B bersifat mudah termusnah.
Pernah dengar tak " most of us eat crap...." dengar macam kasar kan tapi hakikatnya itulah yang kita lakukan.. kesian kan diri kita..
Fikir-fikirkan apa yang korang harus buat untuk menyokong tubuh dapat berfungsi dengan sempurna malah bebas any penyakit.


Monday 16 November 2015

KENAPA PENGHIDAP DIABETES CEPAT PENAT?

Diabetes ialah gejala kadar gula/glukos dalam darah yang sangat tinggi. Namun kenapa kita memanggilnya kencing manis? Kerana peningkatan tahap glukosa dalam darah (hiperglisemia)  yang menyebabkan kepada "pertumpahan" glukosa kedalam air kencing. 

Secara normalnya insulin berfungsi untuk menormalkan paras glukosa dengan menggalakkan pengambilan glukosa oleh sel-sel badan. Namun bagi penghidap kencing manis ketiadaan atau kekurangan tindak balas insulin akan menyebabkan hiperglisemia. Atau glukosa tidak dapat dihancurkan malah terkumpul dalam darah.

Diabetes boleh dikawal malah jika anda konsisten menjaga pemakanan diabetes juga mampu sembuh!





Simptom-simpton penyakit diabetes:

1. Jumlah glukosa yang tinggi akan menyebabkan peningkatan pengeluaran air kencing. Jika dibiarkan tanpa rawatan atau tindakan kawalan ia akan mengakibatkan dehidrasi - iaitu tubuh akan kekurangan air. 

Based on previous post Husna ada mention kesan kekurangan air oleh badan kita. KLIK SINI untuk info lebih lanjut. 

2. Disebabkan dehidrasi, penghidap kencing manis kerap berasa dahaga.

3.Penglihatan makin kabur

4.Luka susah sembuh dan kadang-kadang melarat.

5.Kelesuan dan keletihan melampau.

Ok for this post Husna nak bincangkan lebih lanjut simpton yang kelima iaitu kenapa penghidap kencing manis cenderung untuk rasa letih dan lesu yang melampau walaupun tanpa lakukan apa-apa aktiviti atau kerja?

Just a simple understanding dan anda boleh faham dan fikir ikut logik..ok dah ready nak tahu puncanya?

Ok kita sedia tahu kan? Penghidap KENCING MANIS mempunyai KADAR GLUKOSA YANG TINGGI DALAM DARAH. 


GLUKOSA TINGGI ↦ KENCING MANIS

Glukosa sepatutnya dipecahkan untuk menghasilkan TENAGA, namun bagi penghidap kencing
manis GLUKOSA tidak dapat dipecahkan kerana kekurangan atau ketiadaan Vitamin B Komplek yang cukup oleh tubuh. 


Vitamin B Komplek merupakan sejenis vitamin yang sangat mudah termusnah. Contonya ia lebih mudah termusnah apabila terdedah kepada cahaya matahari, pencemaran udara, toksik daripada pemakanan, bahan-bahan kimia dan sebagainya. 

Apabila tubuh kekurangan Vitamin B Komplek maka lebih banyak glukosa tersimpan dalam darah seterusnya menyebabkan peningkatan tahap glukosa. Maksudnya proses pemecahan glukos tak jadi dan jugak proses penukaran tenaga pun tak dapat dilakukan. Apa yang jadi akhirnya menyebabkan kencing manis atau Diabetes. Sebab glukos terkumpul.

Kesimpulannya apabila apabila glukosa tidak menerima agen pemecahnya iaitu Vitamin B Komplek dan  Glukosa tak dapat dipecahkan maka tenaga tidak terhasil. Jadi anda akan merasa LETIH & LESU. 


Kenapa B Komplek?
Kerana B Komplek bertindak sebagai pembekalan tenaga untuk memecahkan GLUKOSA seterusnya ditukarkan kepada TENAGA.

KARBOHIDRAT/LEMAK/PROTEIN↦GLUKOSA  B Complex ↦Tenaga


Ciri-ciri Vitamin B Komplek paling lengkap

  • thiamin (vitamin B1)
  • riboflavin (vitamin B2)
  • niacin (vitamin B3)
  • pantothenic acid
  • vitamin B6
  • biotin (vitamin B7) 
  • folic acid
  • vitamin B12
TIP:
Sebelum beli mana-mana Vitamin B Komplek check dulu kandungannya, kalau ada 8 jenis Vitamin B yang kat atas tu maksudnya Vitamin B anda lengkap. Namun kebanyakan Vitamin B yang dijual dipasaran tidak lengkap mean tak cukup pun kelapan-lapan jenis Vitamin B dalam satu tablet. Dan biasanya anda perlu ambik asing-asing antara Vitamin B Folik Asid dan Vitamin B Biotin. 

Kenapa kebanyakan Vitamin B Komplek dipasaran tak lengkap (normally takde folik asid atau biotin atau kedua-duanya sekali)? Kerana folik asid dan biotin ni harganya sangat mahal.

Tak caye cuba pegi check...lengkap ke tak lengkap?

Kenapa pengambilan B Komplek amat penting untuk tubuh?

Penting untuk membantu memecahkan dan membebaskan tenaga daripada makanan (glukos) untuk mengekalkan sistem saraf yang sihat. Vitamin B tidak boleh disimpan didalam badan jadi anda perlu mengambilnya dalam diet setiap hari. Vitamin B Komplek juga bertindak untuk mengubah kalori menjadi tenaga. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam banyak-banyak pilihan Vitamin B Komplek kenapa anda MESTI pilih Shaklee B Complex with Folic Acid?

1.Kerana Vitamin B Komplek paling lengkap dengan kelapan-lapan jenis Vitamin B yang penting untuk badan. B complex yang bagus sepatutnya lengkap terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1),riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

2. Dihasilkan mealui sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjamin kualiti B Komplek (B Komplek merupakan Vitamin yang mudah termusnah)

3. Lengkap dengan Folik Asid dan Biotin.



Banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee:
  1. Menghasilkan tenaga serta berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku serta rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi badan.
  8. Penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.
So macam tula B Complex bekerja untuk menukarkan glukosa (gula) dalam darah kepada tenaga. Jadi glukosa takkan terkumpul dalam badan lagi dah..next apa jadi? Jadinya bacaan dalam darah juga akan turun..jelas kan? So tunggu apa lagi cegah sebelum kena, kawal dan rawat sebelum melarat.

Friday 11 September 2015

Jangan tinggalkan solat TAHAJUD!


Kelebihan orang yang bangun tahjud (ahlul lail):
1. Nur pada wajahnya.
Sabda Rasulullah ﷺ: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi).
2. Sangat dekat dengan Allah. Nabi ﷺ bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR: Muslim)

3.Abu Hurairah ra.berkata, bahwa Rasulullah bersabda : “Rabb kita Azza Wa Jalla tiap malam turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir, lalu Allah swt berfirman, Barangsiapa yang berdo’a kepada-Ku pasti Aku kabulkan. Barangsiapa yang memohon kepada-Ku pasti Aku beri dan barangsiapa yang meminta ampun kepada-Ku pasti Aku ampuni. (HR Muslim)

4. Suasana di padang mahsyar sangat menggerunkan. Manusia semenjak zaman Nabi Adam berkumpul dalam keadaan bersesak-sesak, sangat takut dan tertunduk. Sebahagian mereka berjalan dalam keadaan buta, pekak, bisu, ada yang berjalan dengan kakinya, sebahagian yang lain merangkak dengan tangannya, bahkan ada juga yang berjalan dengan wajahnya.

Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia sejarak satu jengkal hingga menggelegak otak. Maka manusia akan tenggelam dalam peluhnya sesuai dengan amalnya. Sebahagiannya tenggelam hingga ke mata kaki, sebahagian yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya. Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya (70 - 100 tahun) hingga Allah memulakan hisab dan penghitungan amal. Setelah sekian lama berdiri di padang Mahsyar yang penuh derita itu, semua manusia sudah tidak mampu lagi menunggu. Mereka segera mendatangi nabi-nabi kekasih Allah agar mereka diperkenankan permintaan bagi Allah memulai hisab. Namun semua nabi-nabi, mulai dari Nabi Adam hingga Nabi Isa as, tidak ada yang berani mengabulkan permintaan itu. Semua manusia akhirnya menemui kekasih Allah, pemilik wasilah dan syafaat terbesar, Baginda Muhammad ﷺ. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Baginda segera berjalan ke arah Arasy lalu bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan puja-pujian yang belum pernah beliau ucapkan sebelumnya. Allah s.w.t. lalu berfirman, “Wahai Muhammad, angkat kepalamu. Mintalah, Aku akan mengabulkan.” Rasulullah ﷺ segera meminta untuk dimulai hisab.

Allah segera menurunkan perintahnya kepada semua malaikat, maka hisab itu segera dimulakan. Maka berterbanganlah kitab2 amal dari langit. Beruntunglah sesiapa yang mendapat suratan amal dengan tangan kanan dan celaka bagi yang menerima dengan tangan kiri. Setiap manusia akan menyesal atas dosa2 yang dilakukan sehinggakan orang-orang kafir mengatakan, “Alangkah baiknya jika aku menjadi tanah.”


Tetapi ada golongan manusia yang Allah berikan keistimewaan yang layak menerima pujian dari Allah..siapakah mereka ini? Iaitu yang bangun bertahjud pada malam hari.
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩


Semoga kita tergolong dari golongan ahlul lail dengan baki usia yang ada, merasai kelazatan bertahjud dan dimasuki ke syurga tanpa hisab.. .aamiin ya rabb
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)



-Kulliah maghrib oleh Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi pada 9/9/15 di masjid Negeri Shah Alam.-
Iklan