Tuesday 25 January 2022

Maafkan Aku Allah !








Seluruh jasa kebaikan adalah terpulang kepada Allah seluruhnya; aku,  tidak lebih dari seorang hamba yang mempunyai sekelumit ketaatan. Oleh itu segala hutang kepada Allah saja; kerana Dialah yang memberi hidayah dan taufiq kepadaku. Tanpa kemurahan Allah amal-amal ibadatku tiada lagi bernilai. 

Apakah nilai amal ibadatku disamping kecuaian-kecuaianku terhadap amal ibadat ? Astaghfirullah maafkan aku Allah.  

Rabbiku, dengan rahmat dan kasih sayangMu Allah, jadikan seluruh hidupku, matiku, cintaku, kasihku, sayangku, rinduku, ingatanku, perasaanku, seluruh hatiku dan jasadku, semuanya, segalanya dariMu, denganMu dan kepadaMu, bersamaMu selamanya. 

Aku; perinduMu ! 

Iklan