Wednesday, 28 December 2016

TIP PALING PENTING UNTUK ELAK JERAWAT NAIK BERTERUSAN

TIP BEBAS JERAWAT
Sumber:Pinterest
Assalamualaikum untuk sharing hari ni Hsna just wanna share some tips untuk sesiapa sahaja mostly adik-adik remaja atau sobat2 yang menjangkau awal dewasa (juz like me?) kat luar sana yang sedang deal dengan isu jerawat yang bagaikan tak nampak dead end..nak-nak lagi area muka..adeh!

Akak Hsna takla nak ngaku expert giler dengan isu masalah kulit muka terutama sekali masalah jerawat dan parut..tapi bebekalkan pengalaman hakak yang tak seberapa ni (mungkin la bebelas tahun gituw) bulih la nak share serba sedikit kan?

Live experience kot ni dik… kalu hakak share ni pun memang solely based on self experience la…jadi hakak faham bebenor la …

tentang faktornya > ada jenis yang ekstrem ada jugak jenis yg biasa2 je > depend pada sensitivity kulit masing-masing

tentang kesan-kesan tertentu bila asyik duk kacau aje kesan jerawat tuh > langkah-langkah nak atasi

tentang apa cara yang paling sesuai untuk korang supaya tak payah lagi nak deal dengan masalah jerawat > hakak ada #TipMudah nya taw..

tentang pantang larang supaya jerawat tak lagi jadi igauan ngeri korang  > ada #Petua nya ..jengjengjeng

serba sedikit  hakak Hsna akan bincangkan kat entry ni taw… kalau bukan adik2 Hsna pun kawan2 atau akak2 Hsna pun bulih jugak nak continue  baca untuk nak tahu tip nak elak jerawat tumbuh bagai cendawan selepas ujan…atau mungkin jugak ada para ibu yang punya anak lelaki ke perempuan ke yang baru nak masuk fasa matang pastu ada masalah jerawat nih .. bagi perhatian penuh taw mak-mak.. jangan sampai rosak kulit muka anak-anak tu baru nak cari jalan nak baiki.. better cegah dari baiki kan?? Kos pun jimat sebenarnya > feeling pun tak steghes sangat… betul!

Tip yang paling utama yang ramai pandang ringan jew
#Jaga kebersihan muka

1.Bersih-bersih ni bukan sekadar basuh je gosok-gosok je sayangs semua, kalau nak kata basuh muka je wudhuk paling kurang 5x sehari pun dikira basuh jugak (tu pun kalau betul cara bewuduknya > basuh sampai rata > gosok-gosokkan dengan teliti supaya semua area  wudhuk tu cover dengan sempurna dan sampai ke ‘destinasi’ yang sebetulnya untuk sah wudhuk).

Maksud hakak Hsna basuh sini basuh dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita >tamau lepas basuh rasa pedih,kering dan menyakitkan .. kalau lepas basuh je muka (gdn pencucimuka pilihan korang t) ada rasa cirri-ciri kat atas tu buang teruih beb..bahaya dan insyaallah tebukti tak sesuai la tu untuk korang.

Pilih yang organic, beasaskan tumbuhan semata, tanpa tambahan bahan kimia pewarana atau pewangi sekalipun..pilih yang natural gituw, macam Hsna guna ni je #GentleDeep Foaming Cleanser..

Basuh dengan pencuci ni pun paling kurang 2xsehari ..tu pun dah cukup ekceli..tak payah banyak-banyak..nanti kang cepat je abis pencuci muka korang tuh… eh?

2. Bila dah basuh konpem-kompen la nak lap kasi kering kan? So guna tuala khas untuk muka je..jangan campur segala tuala..tulah untuk badan yang tulah untuk rambut tu jugaklah untuk betis dan tu jugaak la untuk muka…no no no..a BIG NO hokey…jangan buat cenggitu..

Cari tuala kecik satu khas untuk lap muka…kalau bulih la beli la 3 helai tuala khas untuk muka…pastu tuala tu kena la basuk secara berkala…jangan tunggu gelap ‘zulumat’ baru nak tukar next tuala…agaknya dah penuh kuman dan kotoran…pastu nak harapkan jerawat tak naik…memang harem la dik oi… bacteria tu ler yang menjadi punca jerawat…

(nak kurangkan jerawat kesan bacteria cenggitu akak sajes korang ambik #Garlic Complex sebagai antibakteria nak cegah dari terus aktif membiak kat kulit nak-nak area muka)

3. Jangan kerap sentuh muka dengan barehand..korang tau tak tapak tangan la paling banyak bacteria..pastu duk gosok-gosok pastu cubit-cubit muka… tak masuk part picit-picit jerawat lagi….wow heaven la gamaknya jerawat tuh..hari ghaya kot gamaknya!

Nak sentuh bulih tapi pastikan basuh dulu tangan tu..basuh pakai sabun hokey..satu lagi part tangan > kuku kena jaga…kalau panjang sila ringan-ringankan tangan untuk potong kuku tu kasi pendek..panjang buat apa?? Nak buat tempat beteduh si syetonirrajim kew?? Amboi baik pulak korang kan? Haaa terasa-terasa…..

Makin panjang kuku makin banyak la kotoran dan bacteria tumpang setangan…mau ka?tamau kan?? Jadi sila potong kuku…

4. Tukar sarung bantal paling kurang 2minggu sekali.. korang tau tak malam-malam kita tido tu luruh tau kulit-kulit mati tu..kalau tak ke bantal kemana lagi kan area yang paling rapat dengan muka…jangan tunggu sampai wujudnya satu globe donia tu baru nak tukar,jangan tunggu bacteria dan kotoran berinci-inci tebalnya kat sarung bantal tu sampaikan kadang-kadang tu kalau pegang bantal macam belengas jehh…adeh!  Parop la….

Sama jugak dengan tudung.. bila bepeluh tu kang banyak bacteria dan kotoran telekat so kalau dah bekali-kali guna tu dah bulih masuk mesin basuh la kan..

5. last sekali part kebersihan ni > rajin makeup kena rajin cuci tu satu hal..barang-barang makeup tu kena dijaga jugak kebersihannya..jangan pandai duk sapu – calit je..mana yang guna sponge tu kalau yang bulih dibasuh, basuhlah, mana yang pelu ditukar secara berkala, tukarlah..sama jugak dengan brush ke apa-apa ke .. bab barang makeup ni Hsna tak bulih nak share panjang lebar sangat sebab Hsna sendiri pun tak penah makeup..barang makeup pun tak kenal..kah!

Nak buat caner?? Akak lahir tahun 90-an dik….bukan macam korang umur 16 tahun dah lawo dah.. sob sob sob…syukur ajo la dik oi
Sumber:Mr.Google

Haha..akak biasa-biasa jeh dik…yang penting kulit bersih sihat tanpa jerawat yang belengaih-lengaih merimaskan tuh.. fuh lega tau dak bila bebas isu jerawat-parut kat muka ni…breakup terus dengan steghes!  Haha..ekelleh poyo lebih.. ada haku kesah??!

Oklah wasalam all 







Thursday, 22 December 2016

SWEET DOA OF THE DAY



#Assalamualaikum

Kalau dah jodoh tak kemana,

kalau memang rezeki akan sampai jua


Doa dalam sabar, usaha sampai tecapai!
Yakin padaNya juga yakin pada diri sendiri!

INSYAALLAH


Tuesday, 20 December 2016

GIGI PENENTU KESIHATAN KITA?

Struktur anatomi dan fisiologi manusia sebenarnya secara natural menjelaskan komposisi makanan yang patut dimakan oleh manusia ..eh macam pelik jew? 

Wokey sebelum tu assalamualaikum & helo kesayangan semo..  eh macam pelik aje intronya...term2 pun macam fedap nak paham.. ooorite elex la..simple je ni ekceli..  nak cakap pasal gigi je pun.. (apaapa jela Hsna nih) .. lets diggin gayis


Daripada 32 batang gigi lengkap yg dimiliki oleh manusia hanya 4 batang sahaja yg tajam atau gigi taring yang berfungsi memotong/kunyah any daging iaitu around 12.5%. maksudnya limit la tu kalau la korang meat lover tahap langit ke-7 sekalipun takat tu je yang kita patut ambik..bila ambik lebih2 haa silalah tanggung sendiri kesannya.. darah tinggi? kolestrol? lemak?.. dunno..

Kalau terambik lebih which mean tak berapa elok la untuk tubuh..untuk kesihatan


Selebihnya adalah 20 batang gigi geraham bagi mengunyah makanan yang berasal daripada biji-bijian spt nasi, roti dan sebagainya!  Manakala 8 batang gigi seri yang berguna bagi mengunyah sayur dan buah-buahan.



Dalam anatomi gigi manusia pun tersirat bagaimana kita patut ambil..which one yang dominan dan which one yang perlu dikurangkan... so nak sihat kena ikut aturan alam ni.. kalau bak kata Nabi SAW kita makan sebelum lapar behenti sebelum kenyang..maksud situ ialah bepada-pada..bukan mentang-mentang feveret abih nak dimakannya... haa gituww



Dan betapa hebatnya alam ni tuhan cipta saling bergantungan satu sama lain ialah kita lebih mirip haiwan herbivor (hewan yang makan tumbuh-tumbuhan sahaja) compare dengan hewan omnivor dan karnivor ..Manusia lebih dominan untuk memiliki pola makanan herbivor dan bukannya karnivor. Pulak dah…


Maksudnya cengginih kita perlu perbanyakkan makanan yang berasaskan tumbuhan compare dengan hewan..

Even anatomi usus manusia yang panjang jugak mirip haiwan herbivor berbanding karnivor yang memiliki usus pendek.

Dan dalam air liur kita terdapat sejumlah enzim penghadaman yang mampu menguraikan zat karbo sederhana iaitu ciri khas yg dimiliki haiwan herbivor

so the point sininya nak gitau perbanyakkan makan sayuran dan buahan compare dengan makanan berasaskan haiwan.. hee tu aje nak sharenya..

Haaaa itu ajeeee

Tuesday, 22 November 2016

MENJADI KAYA SEPERTI NABI SULAIMAN PART II



Assalamualaikum..tamau intro panjang sebab entry ni dah super panjang..just nak sambung next tip macam mana nak kaya macam Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam.  Bismillah

p/s: tip paling last adalah tip yg paling best…hadam betul2 tip last [9] tuh sebab Hsna berani bagi jaminan 1000% yg tip ni akan bantu korang sungguh-sungguh untuk senang dan mewah both dunia dan akhirat…siyess just put ur 1000% trust on me (regardin’ this writin’ la).. sungguh tak rugi!!

4. Tawakkaltua’alaAllah >> meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah. Allah Maha Kaya lagi Maha Memberi Kekayaan >> Dan orang bertawakkal tidak bergantung pada amalnya tetapi kepada Allah SWT

Sebagaimana  dalam doa Nabi Sulaiman seperti dirakam dalam Surah An-Naml  [27]:19 

Yang mengajar kita untuk membentuk rasa syukur dan menyerahkan segala urusan dalam tadbiran Allah. Nabi Sulaiman memberi contoh kepada sesiapa sahaja yang nak rezeki dan kekayaan dalam segena aspek untuk sentiasa panjangkan rasa syukur dan tawakkal kepada Allah. Pecayalah Allah PASTI bantu!

Bab tawakkal ni sebenarnya ramai yg salah faham..kalu dan serah ke Allah yakinlah Allah pasti bagi, no need to do anything instead of just waiting for that doa to come je la..  kan kita dah yakin giler nih!

Pls jgn buat ikut sedap ati sesedap #Vivix..eh?

Nabi Muhammad gambarkan sebenar-benar tawakkal ialah seperti burung yang keluar bepagian dgn perut lapar dan pulangnya sebelah petang dgn perrut yang terisi .terbangnya burung-burung tersebut seawal pagi yg masih gelap, sejuk sebagai usaha.

Usaha untuk ilangkan lapar.usaha untuk pergi dapatkan makanan .bukan hanya menunggu makanan yg jatuh ntah dari mana. Memang takde melainkan korang ni wali Allah atau nabi Allah yg makanan boleh turun dari langit macam air ujan.. kita. terlalu jauh beb! maksiat tiap ari duk commit.. kan?

Ibadah adalah satu pelaburan yang panjang!

5. Ibadah kerana Allah – org yang rajin beribadah sebagai manifestasi cintanya terhadap Allah akan dimudahkan rezeki dan dikeluarkan dari segala jenis kesusahan

Abis tu selama ni aku buat sebab apa klu bukan sebab Dia yang suruh kita buat > solat, puasa,sedeqah – segalanya lillah! Ok jgn cepat sangat judge weh.. sabo..

Cer perhatikan diri sendiri jap (xyah duk byg org lain sgt la..cer tgk bayangan diri kat cermin sendiri duluh) > adakah ibadah yg kita lakukan semata-mata untuk mengekpresikan rasa syukur kepada Allah atau ….. tujuan untuk memperoleh kekayaan/kesenangan/kegembiraan sendiri semata?

Cth tiap ari amal AsmaulHusna Ya Wahhab 300x sehari semata-mata supaya Allah cepat kabulkan doa kita, bagi apa yang impikan dgn cepat atau kita memang nak puji Dia sebab dah banyak sangat nikmat dan rezeki yg kita kecapi selama hidup nih?  (ok aku sendirik sentap giler bila aku byg diri aku…allahu!!)

3 golongan ibadah yang dikatakan oleh Ali bin Abi Talib:

1.      Org yg beribadah krn mengharapkan balasan dari Allah. Semakin byk ibadah semakin byk rezeki. Golongan ini mcm peniaga. Kiraan untung rugi menjadi perhatian utama dalam setiap ibadah yg dilakukan.. buat sebab nak dpt faedah!

2.    Org yg beribadah krn takut akan seksaan Allah. Mrk nih masih ada kesedaran as a hamba. Kalau tak buat takut akan ditimpa seksaan dan kesusahan. Maka sebenarnya ibadah golongan nih hanya untuk menggugurkan dan bebas drpd murka Allah semata-mata.

3.     Org yg beribadah krn dilandasi rasa cinta dan kasih sayang. Krn dia sedar tugas manusia adalah untuk beribadah sebagai bentuk penghambaan dan rasa syukur krn telah diberi satu nikmat kehidupan.. yg nih ibadah para Nabi, Rasul dan org soleh!  Dan sebenar-benar definisi ibadah ofkos..

Dan Nabi Sulaiman beribadah serta berdoa memohon kekayaan semata-mata untuk sebarkan dakwah! Ye krn Allah semata-mata bukan untuk kepentingan diri baginda sendiri sebab zaman pemerintahan Nabi Sulaiman pada masa tuh ialah ditengah-tengah pemimpin yg kekayaan mereka melimpah ruah dan kerajaan yg besar like Ratu Balqis.. bygkan kalau Nabi Sulaiman miskin mesti xde org nak ikutkan..mesti org igt Nabi Sulaiman nak kejar kekayaan dgn mempengaruhi pemimpin2 kaya ..sebab tu Allah bg kekayaan super hebat kat Nabi Sulaiman


6. Syukur kepada Allah > Dalam doa Nabi Sulaiman bukan harta yg diminta tapi kemampuan untuk bersyukur. Kerana Allah memberi nikmat dalam setiap detik yg tidak dapat dinafikan

Sebenarnya kan semasa seseorang sudah mampu bersyukur pada masa tu lah sebenarnya kekayaan telah datang.

Rahsia kaya dengan rasa syukur ialah dengan selalu je rasa cukup.  Bagaimana mungkin Nabi Sulaiman tegolong dalam manusia paling kaya jika baginda masih rasa kekurangan betul tak?

Puncak kekayaan seseorang terletak sejauh mana dia mampu besyukur!

klik sini untuk continue... 

Part I
Part II
Part III

Wednesday, 16 November 2016

MENJADI KAYA SEPERTI NABI SULAIMAN A.S – PART III

Sambungan...

7. Membaca istighfar > Istighfar menjadi penghapus dosa yg menyekat doa kita dari dimakbulkan. Org yg banyak melakukan istighfar doanya lebih segera dimakbulkan serta mampu meluaskan dan memudahkan datangnya rezeki!

Istighfar mampu menjadi pintu pembuka bagi melimpahkan rezeki Allah SWT di muka bumi.
Dan Nabi Sulaiman adalah antara Nabi yg byk beristighfar dan menjaga hubungan mesra dengan Allah.

Igt make it kerana Allah taww…


8.Berbakti kepada kedua ibubapa > Ibu bapa adalah kunci segala rahmat Allah SWT!
Pecayalah even amal ibadah setinggi langit ke tujuh tapi bab bebakti ke ibubapa kelaut halnya sama mcm curahkan garam dlm air laut.. effect nothing ok..sia-sia!

Daripada Atho’ bin Yasar drpd Ibnu Abbas diriwayatkan bahawa ada seorg lelaki menemuinya dan bekata “ aku mengkhitbahkan seorg wanita dan dia menolak untuk bekahwin dgnku tapi datang seorg lelaki lain mengkhitbahkannya lalu dia bersetuju. Aku cemburu lalu membunuhnya lalu adakah aku masih layak untuk betaubat”

Ibnu Abbas pun Tanya,”Adakah ibumu masid hidup?”

Dan dia jawab “Tidak”

Ibnu Abbas kemudian menyuruh beliau bertaubat kpd Allag dan beribadat sekuat tenaganya.
Lalu pergilah org itu dan Atho’ Bin Yasar bertanya kembali kpd Ibnu Abbas “Kenapa ditanya tentang ibunya masih hidup atau sudah tiada?”

“Kerana aku tidak mengetahui sesuatu amalan yg lbh dekat kpd Allah selain dr berbakti kpd kedua ibubapa”

Sebesar-besar dosa membunuh boleh hilang, boleh ditebus dengan buat baik kpd ibubapa! 

Subhanallah
Camna bagi yang ketiadaan ibubapa? Ibnu Abbas menjawab “Tetaplah berbakti dgn melunaskan segala bentuk kewajipan jika ada uzur/nazar atau cita-cita ibubapa yg belum tercapai cth tunai haji atau sedekah kpd anak yatim”.


9.Sedeqah

Korang kena hadam citer ni sebab siyes kisah sedeqah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman ni mmg akan menginspirasikan korang tahap tangkai hati lubuk jantung paling dalam .. betul xrugi..


Kisah ni berlaku dalam zaman pemerintahan Nabi Daud sebelum naiknya kerajaan Nabi Sulaiman.
Ada seorang wanita membawa keluar dr rumahnya 3 potong roti beserta 3kg gandum. Ditengah jalan wanita ni jumpa seorang pengemis then disedeqahnya ketiga2 potong roti tadi.

Dia bekata kpd dirinya “ Gandum ni akan ku masak menjadi roti”

Tiba-tiba …

Angin betiup kencang menerbangkan gandum tadi sehingga habis. Betapa sedihnya wanita tu lalu dia cuba berjumpa dengan Nabi Daud untuk mengadu. Lalu Nabi Daud utuskan untuk berjumpa dengan Nabi Sulaiman untuk cari jalan keluar.

Setelah menceritakan kpd Nabi Sulaiman kemudian Nabi Sulaiman memberi 1000dinar kepadanya.
Kemudian wanita tersebut pergi kembali kepada Nabi Daud untuk memberitahu bahawa anak baginda telah memberikannya 1000dinar untuk gentian gandum tesebut.

“Pergilah ke tempat Nabi Sulaiman dan kembalikan wang 1000dinar tadi dan katakan kepada Sulaiman saya tidak mahukan dirham sebaliknya saya mahu mengetahui sebab kejadian ini”

Pergilah wanita tesebut untuk bejumpa Nabi Sulaiman kembali, berkatalah Nabi Sulaiman
“Saya sudah memberikanmu 1000dinar dan janganlah kamu meminta sesuatu yg lbh dariku”

Maka kata wanita tersebut dia bukan mahukan dinar. Dan sekali lagi Nabi Sulaiman menambahkan 2000dinar dan kembalilah wanita tersebut kepada Nabi Daud.'

Sekali lagi Nabi Daud arahkan wanita tesebut untuk mengembalikan dinar tesebut  dan katakanlah kpd Nabi Sulaiman “ Saya tidak mahukan dinar. Akan  tetapi memohonlah kepada Allah untuk membawa angin dan betanya kepadanya adakah ia menerbangkan gandum itu dengan izin Allah SWT atau tidak”.

Wanita itu kembali kepada Nabi Sulaiman dengan soalan tersebut. Lalu Nabi Sulaiman memanggil malaikat yg mengatur angin dan bertanyakan kepadanya ttg gandum wanita tadi.

Angin berkata “Saya menerbangkan gandum dengan izin Allah SWT. Sebabnya selama beberapa hari seorang peniaga terkapai-kapai diatas kapalnya ditengah lautan luas dan binatang peliharaannya kelaparan. Lantas peniaga itu bernazar bhw apabila seseorang memberinya gandum pada masa itu maka dia akan memberi 1/3 drpd brg dagangannya. Kemudian aku menerbangkan gandum tesebut dgn perintah Allah agar dia memenuhi janji dan nazarnya.”

Selang beberapa lama peniaga tersebut ditemui. Nabi Sulaiman betanya kepadanya perihal keadaannya ditengah lautan. Kemudian Nabi Sulaiman memanggil wanita tersebut dan menyuruh peniaga menepati nazarnya. Dan nilai nazar yg diserahkan kpd wanita itu mencapai   360,000 dinar!!! Berganda-ganda dari nilai sedeqahnya malah dari jauh lbh byk dari nilai yg diberi oleh Nabi Sulaiman..

Subhanallah berganda-ganda balasannya. Sedeqah dgn 3 potong roti dibalas beratus ribu dinar??? Tak logic kan? Itulah jalan Allah kita memberi dan Allah juga memberi tapi lagi besar lagi beganda dan tak disangka-sangka caranya..untung tak “niaga” dengan Allah?

Pada masa itulah Nabi Daud berkata kpd anakanda baginda Nabi Sulaiman, “Wahai anak lelakiku, sesiapa mahukan urusiaga yang menguntungkan maka dia perlu melakukan urusniaga dengan Allah Yang Maha Pemurah.”

Nak kaya? Belajarlah bersedeqah cara wanita tersebut > sedeqah kerana mahu membantu, sedeqah kerana Allah suka kita member sebab Allah juga mahu memberi..

Tambahan sebuah kisah Nabi Allah Nabi kesayangan kita Muhammad SAW berkaitan sedeqah .. rasa mcm sayang kalau xdishare dgn korang, rasa mcm selfish sgt klu Hsna sorang je tau tip sedeqah Nabi Muhammad SAW

Suatu hari Rasulullah SAW kehabisan harta dan keperluan harian sehingga menjaminkan dirinya untuk suatu hutang org Badwi yg sering meminta-minta kpd baginda SAW. Lalu Umar berkata kpd Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah jgnlah member di luar batas kemampuanmu.”

Pada masa itu Rasulullah kelihatan sdg sibuk mendengar kata-kata yg diucapkan oleh Umar. Tiba-tiba datang seorang lelaki Ansar sambil berkata, “ Wahai Rasulullah, jgn takut, teruskanlah bersedeqah, jgn bimbang dgn kemiskinan.”

Kemudian Rasulullah senyum dan berkata, “Itulah ucapan yg diperintahkan oleh Allah kpdku.”(HR.Tirmizi).

Alhamdulillah..these 9 tips cara kaya manusia paling kaya di dunia dari dulu, sekarang dan selamanya >> Nabi Allah Nabi Sulaiman Alaihissalam!

p/s: berbaki lg 1 post bekaitan doa Nabi Sulaiman untuk memperoleh kekayaan.. kucuba secepat mungkin Insyaallah. Salam cinta kasih sayang lillah saudara soleh dan solehahku, ◕‿◕



Wednesday, 9 November 2016

#HOT TIPS WARM JUZ LIKE A HOT COFFEE!

Assalamualaikum..I wish to spread sunshine n lightness all over the world ari nih..haha not just today larh.. everydayzz boleh?

Haha..ok Hsna just wanna share some tip yg penah di share oleh one of my respected mentor (Kak Hajar) ..simple tip yet kita dunno je mende nih..tip sedeqah!

Selalu kalau kita gi masjid apa yang kita buat dulu..

“Semayang larhh..dah nak g buat apa masjid tu?? Takkan nak lepak kott..”

Amboi main kasar nampak >< besela masuk masjid nak semayang singgah masjid nak g tandas.. eh??
Haha.. that not what I want to talk abt sayangs..

besenya klu kita g masjid selain semayang kita digalakkan untuk hulur some sedeqah.. kan? Ke buat2 rabun plak dgn tabung sedeqah tu?? hihik…geng kita2 ni tak lah..xdenye perangai cenggitu..nun jauh di saneee nun yg buat camtu…kan..insyaallah kita baik.. (sambil duk main2 ngan jari dan kaki silang gedikszz)

ok fine..

Kalau korang sedeqah tu dihulur masa 1st masuk masjid or last dah nak tinggal masjid?

Selalunya last sebelum kita keluar tinggalkan masjid kan…? Bek ko ngaku…

That’s no good..no good..

Lets say korang bawak buah tangan nak g melawat orang sakit neh then buah tangan tu diberi masa mula-mula datang or last dah masa bersiap nak balik?

Cer igt balik… ofkos masa mula2 datang kan?

Andai di hospital dengan manusia pun  kita muliakan hingga mcm tu sekali inikan pula rumah mulia Allah..
Dahulukan sedeqah, utamakan sedeqah then completekanlah urusan kita pastu.. ok? Got somethin’? 

jum reramai kita ubah untuk jadi a better hamba..Insyaallah




sedeqah terbaik >>  sedeqah subuh kerana ada doa malaikat di setiap subuh! 

waktu lain takde malaikat ke? .. ada! tapi tidak seramai dan sebanyak waktu subuh..wah mcm mana tu? next entry ok.. atau sape yg tahu boleh share dulu...  







Sunday, 6 November 2016

MENJADI KAYA SEPERTI NABI SULAIMAN A.S – PART I

Assalamualaikum.. little bit serius sharin’ tuk kali nih…ku warnin awl2 sebab for me entry Hsna untuk tajuk kali nih I think its little bit heavy untuk kita cerna.. well everythin yg Hsna akan share yg pastinya always yg menarik dan berfaedah..Insyaallah… ecece..intro pun da macam siyes je ni…
Rindu Rasulullah tetiba..

Ok cool…cool…relax and bismillah.. nak jadi kaya kan? Kalau nak baca leklok… kikiki

So Hsna supposed to share 9 tips mcm mana nak jadi kaya mcm Nabi Sulaiman A.S… Tapi rasanya xleh bagi sekaligus lah…sebab I thinks its too heavy to digest.. so Hsna mungkin share separuh kali ni then the rest lenkali kita sambung.. orite…

As per kita tahu Nabi Sulaiman adalah manusia yg paling kaya kat dunia ni..dari dulu sampai skrg even baginda dah wafat sekalipun still klu dikumpul segala harta para jutawan yg ada kat dunia mcm harta bill gates ke mark zukerberg ke Pak Jib ke..eh????…. alahh semua jutawan la senang cakap.. still xdapat nak tandingi kekayaan yg Allah kurniakan kepada baginda Nabi Sulaiman..Maha Kaya Allah kan? kekayaan yg meliputi barat ke timut utara ke selatan..

So apa rahsia Nabi Sulaiman sehingga Allah melayakkan baginda untuk pegang title MANUSIA PALING KAYA DI DUNIA??


That its…
#1. Tidak menjadikan kekayaan sebagai tujuan utama!
Siyesly masa baca tip2 ni….1st thin 1st yg menjengah mindaku  ... “alah senang la cakap camtu bg org yg dah kaya yg mmg kekayaan dah belambak pun, bagi kita yg cukup2 ni memang nampak macam kejar duit je…klu tak kejar duit caner nak teruskan idup”

Kan? Sape penah tefikir benda yg sama,, I do tapi Alhamdulillah cepat2 tersedar balik…#Astaghfirullahhal a’zim .. klu kita fikir camtu itu tandanya kita tak bersyukur!! Allahu takut tau bila dilabel hamba yg tak bersyukur .. malu kat Tuan kita yang Maha Baik… selepas segala nikmat dicurahkan kepada kita still mengeluh tak cukup?

Tak cukup ke diberi sepasang mata untuk lihat panorama dunia yg indah, tengok anak2 syurga yg soleh solehah membesar dan bidadari dunia akhirah yg cantik menawan atau seorang pembimbing yang akan memimpin kita ke syurga Insyaallah

Tak cukup ke diberi sebatang hidung untuk mencium enaknya aroma2 makanan lazat yang dimasak oleh ibu tercinta, kuih muih yg harum yang disedia oleh bidadari2 dunia akhirah?

Tak cukup ke diberi sepasang telinga untuk mendengar alunan2 indah?

Tak cukup ke diberi kesihatan yang afiah untuk menikmati segala nikmat-nikmat tersebut?

Wahh…terlalu banyak untuk disenaraikan..Sungguh rahmat dan nikmat Allah itu Maha Luas untuk kita berhenti & berputus asa… rugi!

Kita as muslim memang tugas kita untuk bekerja dan berdoa.. dan haq Allah untuk bagi kita takat mana…kita tak layak pun nak persoalkan balik apa yg Dia dah bagi..

So ..

Ikutilah Nabi Sulaiman yg menjadikan semua kekayaan baginda sebagai cara untuk beribadah kpd Allah. Cara untuk sebarkan kebaikan serta kembangkan/dakwah agama Allah. Atau bagi kita jadikanlah kekayaan itu sebagai bekalan untuk beribadah..bila dah kaya sedeqah boleh bagi banyak…bila kita kaya semakin ramai org yg kita dpt bantu kalau kita dah kaya kita boleh bantu agama kita jgk Insyaallah. ..idup pun lbh senang

So jadikanlah harta hanyalah sebagai cara untuk mengabdi kpd Allah Insyaallah bukan takat senang di dunia even kat akhirat pun kita masih lagi boleh pegang title orang paling kaya : kaya amalan baik… telampau best kan?

#2. Utamakan ilmu

“Sulaiman diberi pilihan antara harta, kerajaan atau ilmu. Maka Sulaiman memilih ilmu. Dgn sebab memilih ilmu akhirnya Sulaiman diberi kerajaan dan harta” – HR.Ibnu’Asakir dan Dailami

Nabi Sulaiman mampu menjadi raja bagi sekalian semua makhluk dan mampu membimbing mereka dgn adil dan bijaksana kerana luasnya ilmu yg dimiliki oleh Nabi Sulaiman

Kalau korang sedar ilmu mempunyai kaitan rapat dgn rezeki seseorang.  Caner tu?

Ye la sebab Allah akan menjadikan org yg berilmu itu sebagai seorang  serba cukup malah kaya dalam segala hal, kaya ilmu, kaya amal soleh, kaya sifat2 baik, kaya taktik-taktik camna nak jadi lebih kaya, kaya dgn semangat yg membara untuk berusaha lebih lagi,kaya idea cmna nak tingkatkan untung bisnes.. haii tu semua Allah yg bagi tau …

tapi hanya bila kita ada ilmu so kita mampu uruskan segalanya dgn baik…betul tak? dan kaya harta benda ofkos..

…mmg jadi otomatik kaya la bila ilmu penuh di dada ni… sempurna hidup!  ..Dan lagi tambah2 untungnya org berilmu Allah angkat setinggi-tinggi darjat untuk mereka tau…pesen kaya akhirat jgk ni cenggini nih… fuh tebakor aih nak jd mcm Nabi Sulaiman jgk la.. tebaik!


#3. Buat baik dgn Allah-Beriman dgn penuh takwa

Ofkos la kena buat baik dgn Dia…tiap hari duk doa sungguh2 suh kabulkan doa tu mintak dgn sapa? Dgn Allah la kan..?

Nak Allah kabulkan doa kita, nak Allah jadikan kita kaya mintak la dengan Dia Pemilik segalanya! Sempurnakan suruhanNya dan hindari laranganNya.

Pelihara diri untuk dapat “perhatian” dari Allah..berlumba-lumba meraih takwa dengan gigih buat ibadah kpd Allah semata-mata, tetap rendah hati walau selepas dah kaya dan tak lupa segalanya tetap milik Allah..ia hanya kepunyaan kita bila Allah izinkan bila Allah nak tarik balik..we cant do nothing kan? So tetaplah rendah diri, sentiasa buat baik dan sentiasa mengharap hanya padaNya…dan sentiasa syukur in any state..

Bila dah kaya tu tak lupa diri dan jaga amanah kekayaan tu sebaiknya…weh harta kekayaan tu amanah tau…klu tak dijaga leklok nantila jawab panjang2 kat kubur nanti.. “kemanakah dibelanjakan hartamu wahau si polan, kearah kebaikankah atau sebaliknya”

Haa cer cuba jawab soklan malaikut tuh… cer try ..

Sebagaimana Nabi Sulaiman ialah insan yg sangat taat kpd Allah. Hari-hari baginda diabadikan kepadaNya..ye mcmmana Tuhan tak sayang kan??mmg patut Allah kabulkan doa Nabi Sulaiman untuk jadikan baginda manusia yg paling kaya kat dunia nih…

Huhu..kita? kita? Level mana ntah… adehhh

Janji Allah untuk hambanya yg bertakwa ada dua kelebihan yang Allah akan bagi :

1.Dipermudahkan jalan keluar bagi setiap kesusahan dan kesulitan didunia dan akhirah
2.Allah akan kurniakan rezeki dr arah yg tidak disangka-sangka..

***Allah akan memberi rezeki yg tidak pernah dia harapkan dan impikan..Masyaallah Maha Indahnya Allah Tuhan kita…Subhanallah!
 .
.
.
.
.


To be continued….
PART I
PART II
PART III
DOA NAK JADI KAYA MACAM BAGINDA SULAIMAN A.S

husnasukahijau@gmail.com | 011.2557.9903





Iklan