Hsna? Insyaallah this
week start .. biiznillah .. ツ..
Ok bila lama dah tak
menulis ni macam awkward balik la plak.. tajuk entry pun kemain for the long
waiting entry kan?? .. pew!! Sabo je la..
entry kali ni bukan main2 sharing
based on pengetahuan cetek Hsna semata je .. ni Hsna ambik dari
perkongsian Majalah Iman .. one of my feveret majalah la .. (I just enjoy
reading too much .. nerd pun nerd la skema pun skema la .. ) .. keluaran bil.
45 and xigt bulan berapa ..
Yes ISTIGHFAR .. pun one
of my feveret zikir neh .. rasa ringan je hati kalau istighfar .. xcaye try
buat, alahh tak banyak pun 500 – 1000 kali setiap hari .. trust me xrugi pun ..
Giler hebat
neh..
Abu Hanifah
meriwayatkan sebuah hadis dalam musnadnya: Jabir bin Abdilah meriwayatkan:
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah dan bertanya, “Wahai Rasulullah
aku belum memiliki dan dikurniakan seorang anak pun.”
Lalu Rasulullah
menjawab, “Sesuai dengan banyaknya istighfar dan sedekahmu, maka engkau akan
diberi rezeki (anak) kerananya”
Kemudian lelaki
itu membanyakkan sedekahnya dan istighfarnya dan dengan izin Allah juga
akhirnya dia dikurniakan 9 anak lelaki .. Subhanallah the power of istighfar
dan sedeqah tu .. jangan pandang ringan tau besar efeknya ..
“Kalau dah mandul
memang mustahil la nak dapat anak”
“Kalau dah tua,
tak larat memang sangat mustahil la nak dapat anak”
See, yang
mustahilnya KITA.. Allah mustahil ke???
Xcaye Allah tu
Maha Tidak Mustahil dan Maha Tidak Logik??????
Dalam Surah
al-Syura ayat 49-50 Allah berfirman
لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثاً وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ – أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَاناً وَإِنَاثاً وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيماً إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
“ Kepunyaan Allahlah kerajaan
langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang dia kehendaki. Dia memberikan
anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak
laki-laki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugrahkan kedua jenis
laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendakiNya), dan menjadikan
mandul kepada siapa yang dikehendaki. Sesungguhnya Dia maha Mengetahui
dan Maha Kuasa.”
Nabi Ibrahim menerima
kelahiran Nabi Ismail ketika umur baginda 86 tahun dan mendapat Nabi Ishak
ketika usia mengjangkau 99 tahun
Rujuk surah Hud:
71-73
Isteri Nabi
Zakaria yang sudah lanjut usia malahan mandul. Sungguhpun dengan kekuasaan
Allah tiada yang mustahil bila Allah mengkhabarkan berita gembira dengan
mengurniakan seorang anak yang bernama Yahya.
Rujuk surah Ali
Imran: 38-40
Ragukah kita
dengan kekuasaan Allah yang tak pernah berbatas??
These beberapa
doa yang kita boleh amalkan sejak dari awal , bukan sahaja pasangan yg dah lama
kawin je perlu beramal dgn doa ni, even yg baru kahwin ke yang belum kawin ke
xsalah pun kalau amal2 awal-awal kan .. ngee.. lagi elok ada la, Insyaallah
Doa Nabi Ibrahim
*Surah As-Saffat: 100
“Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung daripada orang-orang yang soleh”
Doa Nabi Zakaria
*Ali Imran:38
“Wahai
Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisuMu zuriat keturunan yang baik,
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”
Doa Nabi
Zakaria *Surah al-Anbiya:89
“Wahai Tuhanku!
Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat)
dan Engkau jualah sebaik-baik yang mewarisi”
Doa Nabi Muhammad
SAW *Al-Furqan: 74
“Wahai Tuhan
kami,kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami yang
menyejukkan pandangan mata kami dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang bertakwa”
Merintihlah pasti
diperkenankan, merintihlah pasti Allah kabulkan!
Allah itu sangat
Pemalu untuk membiarkan doa kita berlalu begitu sahaja, suatu masa pasti Dia
akan kabulkan, yakin dan percaya dalam apa jua masalah dan situasi kita ..
bukan hanya zuriat sahaja even whole life kita ..kita perlu 100% depend pada
Dia kerana Dialah segala Tuan atas diri kita ..
Perbanyakkanlah
istighfar kerana mungkin Allah menyekat doa-doa kita kerana dosa-dosa kita yang
masih terpalit.
Dan
dengan istighfar moga menjadi penghapus dosa-dosa yang melambatkan terkabulnya
doa-doa kita.
Kita as manusia
sangat tak harus untuk pasrah macam tu je..instead of mesti terus berusaha tanpa putus asa.. rahmat Allah tu luas tau
untuk kita berhenti (putus asa) setengah jalan macam tu je .. tiada yg rugi
melainkan kita sendiri .. betul tak??