Sunday, 23 July 2017

MASYAALLAH RUPANYA AKU BELUM JUJUR...

Kenapa sudah banyak kita mengucapkan kalimah zikir tapi tak memberi kesan apapun pada diri kita?

Amal Ya Wahhab 300x sehari dengan harapan apa yang kita mahu, kita pinta pasti Allah beri!
Amal Ya Mujib 60x sehari selepas subuh supaya doa-doa kita mudah dan pantas dikabulkan!

Tapi hati ini, diri ini, kehidupan ini tetap tak merasai beza apa pun? Kenapa?

Mungkin kalimah itu belum jujur, belum sesuai dengan hati kita, dengan kehidupan kita.

Seandainya kita jujur Allah pasti akan tunjukkan keajaiban dan luarbiasanya kalimah yang kita zikirkan itu. Pasti! Maka jujurlah dengan Allah. Zikirkan kalimah itu dengan hati yang hadir, jiwa yang hidup dan ucapkanlah keranaNya - kerana kita agungkan Dia, kerana kita  cintakanNya. 

bukan kerana kita nak sesuatu dariNya semata! Allahuakbar. 

Sesungguhnya janji Allah itu benar,  “kita tunaikan janji kita kepadaNya pasti Dia juga akan tunaikan janjiNya kepada kita” – janji Allah itu pasti.  Cari Allah pasti Allah cari kita! 

 Dan janji Allah itu tanpa ‘Insyaallah’ seperti kita. Maklum saja lafaz Insyaallah bagi kita manusia yang penuh dosa ini bagaikan situasi 50-50..betul tak? Nak ke tak nak..urmmm tak pasti la – nah itu umpamanya!

 Dan sesungguhnya hanya kepada Dia kita akan kembali. Fafirruuilallah- Run to Allah > Allah pasti bantu kita, Insyaallah! 

Assalamualaikum!  tengok juga video-video best Ust. Hanan Attaki LC.. kata-kata beliau tak sah kalau tak jentik tangkai hati kita..jauhnya kita dengan Syurga Allah! Allahu...






Tuesday, 18 July 2017

SHORT TRIP- PERHENTIAN ISLAND

Trip terjah namanya ni, without any planning sebut aje kat mulut pastu terus “jum” makanya berjummmmlah kami ramai-ramai menerjah Pulau Perhentian,Besut Jumaat lepas.. Hanya lebih kurang 2 jam lebih perjalanan dari rumah untuk sampai ke jeti..Then kami naik bot di Kompleks Perikanan ke Pulau Perhentian. Perjalanan naik bot ke pulau mengambil masa kira-kira satu jam jugak la...best la duk terumbang ambing atas bot tu..haha i like..memang dari dulu lagi kalau naik bos Hsna tak suka yang tenang-tenang..suka yang berombak tu..haaa rasa macam real duk tengah-tengah laut tu...kikiki

ada 6 check point yang disediakan tapi kami hanya sempat pegi 5 je sebab kesuntukan masa..dah la shark point plak tu..saje je takleh tengok shark.....tak banyak gambar pun yang diambik sebab masing-masing dah lupa kamera kerana esaited sangat…. Hahha..mana yang ada je la ye… hanya bajet RM100 sorang je .. tak termasuk minyak kete dan belanjawan makanan hokey..untuk sewa bot je la RM 100 ni…tu pun kira murah la sebab pegi dengan kawan sendiri…hihi..memang terlajak bajet laaa ni …hahhaha cukup untuk release stress kecik-kecik....kira happening la jugak sebab tak plan tau-tau dah sampai pulau..mau tak best...unexpected thing ni memang best..



kena marah dengan abg bot sebab buat perangai poyo berani keluarkan kaki
time bot gerak..alaa bukan selalu

selepas main air lapar wehh ..pakat duk gagau makanan..haha

memang kami tak reti buat gaya havoc..

kami berebut tau nak naik mende ni...hahaha










lassst






Thursday, 13 July 2017

BAGAIMANA VITAMIN DAN NUTRISI BANTU PROSES TUBUH.


Assalamualaikum hari ni Hsna nak share input-input yang Hsna dapat hasil attend kelas nutrisi sebelum raya ritu.....(eh ke master buat dalam bulan pose ye..tak ingat sebab lama sangat peram dalam dratf..ampun!!)

Manusia hidup sebenarnya disebabkan sistem tubuh yang beroperasi setiap hari. - proses yang tubuh kita jalankan tiap-tiap hari tanpa gagal, alhamdulillah.

Sistem Pernafasan
Sistem Peredaran Darah
Sistem Pencernaan
Sistem Perkumuhan
Sistem Peranakan
Sistem Otot
Sistem Tulang
Sistem Saraf dan lain-lain

kita mungkin tak perasan ni, sebab kita hidup hari2 ok je. tapi sistem ni yang bantu badan kita berfungsi tapi kita tahu tak dari mana datangnya sistem semua tu? ada sapa nak jawab >> Ciptaan allah semua tu - Sistem terbentuk dari organ, organ terbentuk dari tisu, tisu terbentuk dari sel. Sekumpulan sel akan membentuk tisu, Tisu kemudian membentuk organ, dan organ-organ akan membentuk sistem- pastu jadi la diri kita yang sekarang ni yang buat proses kat atas tu tiap-tiap hari..

Sel > Tisu > Organ > Sistem

Bagaimana sistem pencernaan wujud adalah disebabkan adanya organ (perut) dan organ ni datangnya dari sekumpulan tisu, dan tisu ni datangnya dari sekumpulan sel. Jadi asas badan kita adalah sel. Sel adalah unit paling kecil badan kita. halussss sangat ..

Contoh yer: HAMIL
Sebenarnya semua wanita boleh mengandung secara semulajadi jika tidak mengalami masalah kesihatan. Cuma bagi sesetengah individu, terdapat ‘nutrient gap’ disebabkan cara hidup dan cara makan yang tidak dapat menampung keperluan tubuh atau menyebabkan nutrien tidak sampai ke dalam sistem tubuh.

Bila masalah kekurangan nutrien ini berlaku, proses normal badan tidak dapat berjalan dengan sempurna termasuk mengganggu kesuburan/ proses kehamilan. siapa sini fikir dia ambik makanan seimbang setiap hari dengan kuantiti yang dia perlu?Ada ke? >>>  bila tak cukup nutrisi seimbang yang kita makan ia akan jejaskan well being sel kita..nak ke tak nak ke kalau tak cukup memang sistem dalam badan jadi tak berapa nak betul fungsinya... 


Saya bagi contoh tulang. Tulang perlukan lebih daripada 20 jenis nutrisi:
Vitamin D
Vitamin K
Kalsium
Potasium
Vitamin B
Protein
Magnesium
Mangan
Boron
Zink
Dan banyak lagi

Bukan semua kita dapat in a day kot.. kalau tak macam2 kene makan kan?? tak larat jugak cik akak abang oii... korang minum susu hari2? ambik sayur hijau hari2? sebab ni adalah sumber kalsium paling original. Tak perlu tanya korang jugak, sebab ni ada kajian terhadap wanita Malaysia pun bahawa kita kurang pengambilan nutrisi yang sepatutnya kita ambik. salah siapa?? kita sendiri la sebab berkira sangat... kan~~~~~~ haaa padan muka sendiri.. 










Tuesday, 11 July 2017

CARA MUDAH PENYEMBUHAN TULANG PATAH


Kerapuhan atau pereputan tulang berlaku kerana berlaku penurunan atau terhentinya pertumbuhan hormon. Mostly banyak berlaku dalam kalangan wanita kerana seiring peningkatan usia pengeluaran hormon estrogen juga semakin menurun. Dalam keadaan ni lah kalsium yang ada pada tubuh akan hilang secara perlahan-lahan sehingga menjadi kerapuhan tulang.

Analoginya umpama camni,  sebatang pokok yang berada di negara panas, pokok akan cuba menggugurkan daunya untuk meneruskan hayat dan mengurangkan kadar kehilangan air. Macam tulang jugak bahagian tubuh lain terpaksa menyerap kalsium dari tulang untuk menjamin kesihatan tubuh lainnya. Lama-kelamaan tulang hilang keseimbangan kalsium untuk jadi lebih kuat dan gagah. 

Dan jika tidak ditambah lama-lama tulang juga akan kekurangan kalsium dan akhirnya mudah patah dan rapuh. kalau preggy lagi banyak baby akan tarik kalsium dari ibu sebab dia nak form tulang, gigi dan sebagainya yang memerlukan kalsium yang cukup. bayangkan dah la maknya dah memang tak cukup kalsium , anak pulak perlukan kalsium dan ambik dari mak yang tak cukup.. agak-agak apa jadi? .. sama-sama tak cukup kalsium mungkin..gigi cepat rosak - mudah sakit pinggang/lutut/sendi- dan macam-macam efek kat mak dan anak jugak. 

Bila usia dan menginjak keatas sikit terjadi pulak masalah tulang rapuh- tulang mudah patah - osteopenia: sempadan kehilangan tulang yang nak lead ke osteoporosis. Jika seseorang mengalami kehilangan tulang tetapi tidak secukupnya ke arah osteoporosis gejala ini dipanggil osteopenia.  Osteopenia takde gejala fizikal tapi ia boleh berkembang menjadi osteoprosis. so muda-muda ni elak gejala osteopenia ni lebih awal. Ia dapat dielakkan melalui pola pemakanan dan senaman bagi memperlahankan kehilangan tulang...jika dibiarkan jugak akan lead ke  osteoporosis...allahu  ni antara kesan ketidakpekaan kita terhadap keperluan tulang kita la ni..


tapi kalsium saja cukup ke? Hsna petik hasil perkongsian dari one of mentor yang Hsna respect giler..salute- Kak Anah!! 


Dalam pembentukan tulang, ada yang dinamakan proses osteoblas. Osteoblas perlukan kolagen untuk buat jaringan struktur asas tulang. Bila tersedia  struktur tulang tu, barulah kalsium dan mineral akan  mengisi ruang dalam tulang. memadatkan tulang kita. takde la istilah gelonggong tulang..eh? betul ke dak pekataan nih?tapi maksudnya tulang tak penuh la..ada lobang-lobang or rongga-rongga

Selain kalsium dan mineral, untuk pembentukan tulang yang cantik collagen adalah lebih penting berbanding kalsium.  Bukan nak cakap kalsium kurang penting...takk ..tak cukup kalsium caner dapat tulang yang kuat..kan?

ok nak mudah faham dan nampak macam ni ~~~ 
Kolagen - struktur asas tulang 
Kalsium dan mineral - pengisian tulang

Okies? faham kan~~ ni Hsna taja satu gambar nutrient yang diperlukan untuk tulang by Shaklee ..tulang patah eksiden? tulang retak sebab jatuh pokok? asyik sakit pinggang je manjang tak padan dengan terlajak muda lagi? here come your solution .. 

satu canister protein ESP untuk  pemulihan sel-sel tulang. protein yang baik membantu pembentukan sel-sel tulang baru  tumbuh dan dengan cepat, sihat dan kuat.  ESP protein ni akan menggantikan sel-sel tulang yang rosak dan hancur akibat patah or retak. 

multivitamin Vitalea untuk memenuhi keperluan mineral dan nutrient kepada pertumbuhan tulang. Ada penuh 24 jenis nutrient yang boleh membabtu memcepatkan proses formation tulang baru.

Ostematrix sebagai sumber utama kalsium dan magnesium untuk asas pembinaan tulang kita. Uniknya  caplet kalsium ini diformulakan sekali dengan Vitamin D supaya penyerapan kalsium kedalam darah dan tulang pada kadar yang paling berkesan, menyeluruh dan cepat. So penyembuhan tulang patah or retak berlaku lebih pantas dan pada tahap dan masa yang cepat.

manakala kolagen adalah keperluan paling asas untuk pastikan  tulang dapat terbentuk kemudian dipadatkan atau diisi dengan nutrient dan mineral tulang.  Jadi tulang lebih kuat diluar dan jugak didalam. inside out tulang terjaga dan kuat, Insyaallah. 


WASEP: 011.2557.9903



Thursday, 6 July 2017

Heppi Eid Mubaraq!

Maaf zahir & batin. 
Selamat menyambut  Syawal 12.

Hari ni baru apdet…hari ni baru nak wish.. apapun maaf atas segalanya – maaf jika ada terguris rasa dan perasaan di setiap bait-bait sharing kat laman ni, mungkin ada gurauan kasar yang tak disengajakan di kotak-kotak komen atau perkongsian gambar-gambar yang tak menyenangkan hati sesiapa dan apapun jenis salah dan silap.. ampun maaf dipinta.

0-0 ye
Iklan