Thursday, 24 December 2015

LIFESTYLE NABI MUHAMMAD SAW | MUHAMMAD TELADAN KESIHATAN ABADI


Muhammad Rasulullah SAW ditakdirkan berusia sehingga 63 tahun. Antara perkaran istimewa yang janrang kita bagi perhatian tentang kehidupan Baginda SAW ialah sifat fizikal baginda yang sangat baik. Dikatakan sepanjang hidupnya Nabi hanya pernah jatuh sakit sebanyak 2 kali sahaja.

Didalam penulisan Sejarah Hidup Muhammad oleh Haekal mengatakan 2 penyakit tersebut ialah Rasulullah tidak mempunyai selera makan iaitu pada tahun ke-6 Hijrah. Tersebar berita bohong kononya Baginda SAW telah disihir oleh seotrang yahudi.

Satu lagi penyakit yang dikatakan pernah dideritai Baginda SAW ialah termakan daging beracun yang menyebabkan Baginda SAW terpaksa berbekam pada tahun ke-7 Hijrah.

Pernah tak dalam hidup kita terjumpa orang yang tak pernah sakit dalam hidupnya atau pernah sakit hanya 2 kali je dalam hayatnya. Pernah tak? Part ni kalau doctor yang jawab baru best…hehe..sebab diorang yang banyak jumpa orang sakit yang pelbagai level kan?

Tapi Husna agak la kan siapa sahaja yang bertugas dalam dunia kesihatan sekalipun tidak mempunyai status kesihatan yang istimewa seperti Nabi. Rite?

Apa yang jelas sekarang ni semakin moden dunia perubatan semakin meningkat status masalah kesihatan manusia. Pelik kan? Patutnya bila dah maju, makin kurang jenis penyakit, kadar pesakit dan sebagainya.
Ibarat penyakit tu macam bayaran timbal balik atau pertukaran dengan tahap kemajuan kita nikmati sekarang..betul tak?

Salah satu RAHSIA Baginda SAW yang sememangny bukan menjadi rahsia lagi ialah “ mencegah itu lebih baik dari mengubati”..ini bukan sekadar pepatah, kata-kata hikmah atau peribahasa yang direka pada masa sekarang tau. Perkara ni  dah lama disebut dan disarankan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat Baginda SAW, iaitu kita.

Daripada kata-kata itu kita harus fahami sebaiknya. Kita mempelajari tentang memelihara kesihatan diri daripada cara & sunnah Nabi Muhammad dan Nabi kita bukannya mengajari kita ilmu perubatan seperti teknik-teknik merawat penyakit tertentu secara khususnya.

Apa yang nak ditekankan kat sini CARA MEMELIHARA KESIHATAN DIRI SEPERTI NABI MUHAMMAD SAW. Atau menfokuskan tentang amalan Rasulullah SAW yang bersifat preventif (mencegah) sebagaimana dalam al-quran dan sunnah Baginda SAW.

Tapi cuba perhatikan sekejap tema kesihatan zaman moden dalam perubatan moden: Doktor itu seorang “pengubat” atau “penganjur” kepada penjagaa kesihatan yang lebih baik?

Doktor sebagai “pengubat”.
Sepanjang proses pembelajaran ilmu kedoktoran, bakal doktor lebih banyak dididik dengan konsep-konsep penyakit. Mereka banyak mengetahui tentang bagaimana  sesuatu penyakit itu terjadi, simpton-simpton penyakit, kesan-kesan penyakit dan segalanya tentang penyakit.

Doktor sebagai “penganjur”kesihatan.
Apa yang dimaksudkan dengan penganjur kesihatan, in case kalau ada orang konfius saje ni Husna nak panjangkan. Kalau yang dah faham tentang penganjur boleh go on je pembacann korang..hehe..

Doktor sepaptutnya cuba untuk mempromosi cara hidup yang baik, sistematik, sihat dan gaya hidup yang jauh dari menjurus kepada penyakit. Contoh, bagaimana menjaga tema kesihatan, memberi panduan serta pola nutrisi yang baik, bagaiamana mengelakkan daripada penyakit, bagaimana nak memperkuatkan system imun tubuh, bagaimana nak membantu tubuh kita kekal cergas dan sihat, bebas penyakit.

Bukan nak cakap takde langsung tentang promosi kesihatan tapi kurang diberi perhatian sedangkan kita tak nak penyakit datang dulu baru nak cari penawar. Tapi kita nak elak perkara/pemakanan/gayahidup yang menyumbang kepada penyakit sejak dari mula lagi.

Selain tu, sikap seseorang dalam menjalani kehidupan juga akan pengaruhi kualiti kesihatan jugak. Korang tau tak perubahan tingkahlaku  seperti gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit menyumbang sebanyak 50% kepada tahap kesihatan. Manakala 10% tahap kesihatan masyarakat menyumbang dari segi perubatan di hospital. Faktor genetik mempengaruhi 1-3% tahap kesihatan fizikal, 2-3 %kesan daripada pemilihan gaya hidup, jenis pekerjaan yang dilakukan, pemakanan, pengurusan stress, hubungan social serta jenis personality seseorang (means kalau yang jenis marah, sedih atau bosan asyik nak makan je..hehe..contoh je ni)

Dan yang paling penting kita berusaha sepenuhnya untuk memelihara kesihatan dengan sebaiknya kerana kehidupan ialah rahmat, nikmat dan kurnian paling besar yang Allah bagi kat kita. Bayangkan bila tubuh sihat,


“ladang untuk kita kumpul pelaburan-pelaburan kebaikan makin luas dan selesa kerana apabila tubuh berpenyakit kita dengan sendirinya akan berasa tidak senang”
“kos perubatan juga lebih jimat lagi-lagi zaman ekonomi yang segalanya “melangit”..ekk

Yes prevent is better than cure. Bukan setakat lebih efektif, kos perubatan pun lebih murah, tahap sakit pun makin kurang even tugas doctor pun tak terbeban sangat kan. So conclusionya sama-sama kita promosikan gayahidup yang sihat, pemakanan yang suci dan bersih serta halal, menjalankan aktiviti kecergasan diri serta bersosial secara baik dan mesra alam.  

.

Salam sayang & Salam Maulidur Rasul Husna Rahman
011-255-9903 | husnasukahijau@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Iklan