Friday, 18 December 2015

10 TIP UNTUK MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

Key:Suplimen untuk rambut cantik!

90% rambut terdiri daripada protein yang dipanggil keratin. Purata umur setiap rambut adalah 3-4 tahun selepas itu rambut akan gugur dan diganti dengan yang baru.

Sebagaimana diri kita memerlukan makanan untuk terus hidup makanya sama jugak dengan setiap sel dan organ dalam tubuh kita memerlukan “makanan” mereka masing-masing untuk tumbuh dan membesar dengan sihat. “Makanan” mereka didapati dalam bentuk nutrient, vitamin, zat galian dan mineral. Memang tidak dinafikan tubuh kita memang mampu menyediakan semua “makanan” yang diperlukan oleh tubuh. Namun faktor peningkatan usia,pendedahan kepada pencemaran dan radikal bebas, ketidakseimbangan serta jurang nutrisi, cara penjagaan kesihatan dan sebagainya telah memberi kesan terhadap tahap pengahasilan “makanan” asli ini oleh tubuh kepada tubuh. Satu-satunya penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan mencukupkan serta merapatkan jurang nutrisi melalui pemakanan dan pengambilan suplimen.

Ramai pakar rambut telah mendapati bahawa mineral penting seperti magnesium, sulfur, silica dan zink sangat penting untuk mengekalkan rambut yang sihat dan kuat.

Beta-karotena penting untuk pertumbuhan rambut. Ini kerana ia ditukar kepada vitamin A bagi membantu mengekalkan pertumbuhan normal dan perkembangan tulang, pelapis pelindung di sekitar gentian saraf di samping menggalakkan pertumbuhan  rambut dan kuku yang sihat. Beta-karotena didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan hijau dan kuning.

Oleh kerana rambut adalah sebahagian besarnya daripada protein, diet yang terlalu rendah dalam protein boleh menyebabkan beberapa penipisan rambut atau terencat dalam kitaran pertumbuhan. Jika anda makan diet yang kaya dengan protein ia mampu menyebabkan pertumbuhan rambut yang lebih baik dan lebih tebal.

Sesetengah pakar pemakanan mencadangkan pemakanan daging, benih gandum untuk memaksimumkan pertumbuhan rambut serta memberikan  kekuatan dan kecantikan kepada rambut. Lain-lain sumber makanan protein termasuk ikan, telur, kacang dan yogurt. Manakala protein soya (satu-satunya sumber protein paling kaya daripada tumbuhan) juga telah didapati dapat membantu dalam merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat.


Faktor rambut gugur.

Gaya hidup seperti  kesan  tekanan yang tinggi. Tekanan yang berlebihan  akan membantutkan pertumbuhan ambut yang sihat kerana ia mampu mengganggu system saraf.
Rehat dan tidur yang tidak mencukupi dan berkualiti. Untuk memastikan sel rambut tumbuh dengan sihat tubuh juga harus lebih sihat . Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti iaitu sekitar 5-8 jam.
Beberapa masalah  kesihatan yang boleh menyebabkan  keguguran rambut termasuk: Masalah  tiroid, anemia,Lupus, Diabetes
Tidak mendapat cara pemakanan yang betul- protein yang tidak mencukupi dalam diet
Ketidakseimbangan hormon (seperti tiroid kurang aktif atau terlalu aktif)                   
Jangkitan kulat (seperti kurap kulit kepala),
Kekurangan zat besi: Kurang vitamin dan mineral penting yang membantu menguatkan dan menyihatkan rambut seperti kekurangan Vitamin D, zink dan protein
Kehilangan berat badan yang ketara. Ini bermaksud badan anda tidak menerima cukup nutrisi untuk dibawa keseluruh tubuh.



Cara mengatasi masalah rambut gugur

1. Pengangambilan makanan tambahan yang baik yang mengandungi vitamin dan  mineral sangat  diperlukan  untuk memastikan rambut kita sihat dari dalam. Pastikan pengambilan diet yang berkhasiat & cara pemakanan yang betul dengan mengelakkan makanan yang tinggi gula atau lemak serta mengawal  paras glukosa dalam darah boleh membantu  menghentikan  keguguran rambut.

  CADANGAN VITAMIN OLEH PAKAR RAMBUT:
     ◈Vitamin B-kompleks – harus termasuk folat, Biotin dan inositol
            Vitamin B-6 - 50 mg. vitamin B-6
            Vitamin C dengan bioflavonoid - satu hingga dua gram setiap hari
            Vitamin E - 400 hingga 800 IU setiap hari
            Beta-Karotena - 10,000 hingga 15,000 IU beta-karotena setiap hari
            Magnesium
            Sulfur
            Zink

    Pengambilan  vitamin adalah antara langkah  penting untuk menjaga  kesihatan anda. Tetapi hanya dengan  pengambilan yang betul dan seimbang dapat mencegah atau menghentikan keguguran  rambut serta membantu menggalakkan pertumbuhan  rambut yang sihat dan tebal.

3 sebab utama anda perlu bekalkan vitamin untuk rambut anda:
#.Vitamin menghalang pengeluaran testosteron di-hidro atau DHT - salah satu masalah utama keguguran rambut.
#.Vitamin mencergaskan folikel rambut yang rosak dan dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut sekaligus mengurangkan kadar keguguran rambut.
#.Vitamin menyuburkan dan menyembuhkan kulit kepala.

Vitamin B
Sumber-sumber utama vitamin B adalah kacang,  bunga kubis, kacang soya dan telur . Ia adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kepala dan rambut. Menggalakkan pertumbuhan rambut

Vitamin B3-niasin, B5-Pantothenic asid dan B6 -pyridoxine perlu diambil sebagai makanan tambahan untuk merawat keguguran rambut. Manakala B9 atau asid folik bertindak mencegah kehilangan rambut

Biotin amat penting untuk rambut dan kulit yang sihat dan berkesan dalam  mencegah keguguran rambut terutama bagi  lelaki. Kacang hijau, kacang soya, biji bunga matahari, beras perang, yis, oat, kacang merah dan walnut adalah sumber besar vitamin Biotin utama. Selain  boleh digunakan untuk mengatasi rambut gugur, biotin juga membantu menggalakkan pertumbuhan rambut sihat. Biotin juga dikenali sebagai vitamin H dan juga merupakan sebahagian daripada keluarga B complex.

Vitamin B12 berfungsi untuk menggalakkan sistem saraf yang sihat dengan membentuk satu lapisan pelindung di sekitar saraf. Anda memerlukan kelapan-lapan  jenis vitamin B untuk memastikan  anda memperolehi cukup nutrient untuk rambut. Sebolehnya  anda digalakkan juga untuk mengunakan syampu yang mengandungi vitamin B kompleks untuk kulit kepala.

Vitamin E membantu meningkatkan pembekalan oksigen kepada kulit kepala dan rambut bagi menghalang keguguran rambut.

Vitamin C membantu dalam meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala dan memastikan folikel rambut mendapat bekalan nutrient yang mencukupi

Beta karotena atau dikenali juga sebagai Vitamin A penting untuk menghalang keguguran rambut dengan memperbaiki kulit kepala yang sihat.

Zat besi merupakan mineral yang amat penting bagi tubuh manusia. Ia mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan system peredaran darah. Ia membantu untuk membentuk hemoglobin dalam darah yang membantu menyampaikan oksigen ke sel-sel badan

Ia juga penting untuk protein otot terutamanya kepada sel hati, limpa dan sum-sum tulang. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan seperti anemia. Makanan seperti emping,bijan, daging, sardin, dan tuna dalam minyak adalah semua sumber utama besi dalam makanan.

2. Kurangkan merokok, kafein dan minuman berkarbonat yang mampu menyekat potensi maksimum      proses petumbuhan rambut

3. Elakkan penggunaan air panas, pengering  rambut dan terdedah kepada radikal bebas terlalu kerap. Kerana protein rambut akan cepat rosak dan akan menjadi keras (kdg2 dah macam bulu penyapu dah rambut sebab kasar dan keras..kan?)

4. Urut kulit kepala sekurang-kurangnya  seminggu sekali untuk memberi rangsangan kepada folikel rambut serta menggalakkan peredaran darah keseluruh kepala. Sn nutrient diterima oleh rambut dengan lebih sekata

5. Potong bahagian rambut yang bercabang supaya ia tidak merosakkan dan mengganggu bahagian rambut yang lain.

6. Pastikan rehat dan tidur yang cukup untuk membolehkan rambut berkembang dan tumbuh dengan bebas

7. Galakkan bersenam sekurang-kurangnya 2-4 kali seminggu bagi menggalakkan penyebaran oksigen dan nutrient oleh darah  keseluruh tubuh. Ni bukan rambut je cantik, kulit pun jadi cantik tau.

8. Pengambilan makanan yang kaya omega-3 yang mampu meneutralkan toksik dalam darah serta membantu melancarkan peredaran darah. Serta pastikan pengambilan protein yang cukup dengan kapasiti tubuh

9. Bebaskan rambut. Jangan ikat rambut dengan kerap kerana akan merosakkan struktur rambut. Elakkan bertudung atau berbungkus ketika rambut masih basah. Pastikan tudung atau scarf yang dipakai sentiasa bersih dan bebas bakteria. Sikat dan dandam rambut sebaiknya kerana ia boleh melancarkan perdaran darah dibahagian kepala.

10. Guna syampu yang sesuai. p/s:kat atas td ada mention seboleh-bolehnya carilah syampu yang mempunyai kandungan b complex penuh. Ia mampu membekalkan nutrinet kepada rambut secara luaran selain membekalkan melalui pemakanan multivitamin yang membantu merawat dari dalam.

**Makan dengan betul, senaman, mengurangkan tekanan, rehat, mendapat banyak tidur mampu  memaksimumkan potensi pertumbuhan rambut yang sihat,kuat dan bersinar

No comments:

Post a Comment

Iklan