Wednesday, 20 April 2016

INSIDEN 14/4/2016 :: KERANA ALLAH SAYANGKAN AKU

Assalamualaikum 
#Alhamdulillah  #Alhamdulillah  #Alhamdulillah  #Alhamdulillah  #Alhamdulillah  #Alhamdulillah 

First thing first #alhamdulillah once again sebab still boleh bernafas & bebas bergerak without any problem...aiyakkk formal giler... Hsna plan nak share bende ni santai2 je tp blm stat lg dah rasa emo... erkk..

First mohon maaf kepada semua yang wasup/mesej or call sepanjang 3 hari ni sebab Hsna "ter"involve dengan accident masa odw nak pegi keje. Masa tu agak-agak dalam pukul  8.50 pg kot sbb pagi tu mmg keluar awal sebab rasa malas nak drive. Asalnya nak mintak adik hantarkan pastu bila fikir2 dia mungkin penat sebab esok tu dia supposed balik Johor balik. So dicide pegi sendiri dan bawak kete dengan malas dan slownya..  but still fokus je masa drive cuma slow dari biasa, ngeee!!!

I insisted dalam 60 km/j kot drive masa tu,biasa 80-90 km/j(depend pada jalan lah kalau sesak sgt takkan nak laju-laju kan..heheh. .logik ler

But that day (Khamis, 14/4/2016) tak pernah kusangka it happened. A big accident that I totally lost my car ( Kereta yang Allah pinjamkan selama 2 tahun aku ulang alik keje dengan selamatnya)  A total damage. Teruk giler sampai kete tu mmg takleh guna langsung dah pasni ... hancur! Tapi dengan kuasa Allah I am fine cuma luka-luka area kepala dan bengkak anggota sebelah kanan sebab dihimpit dengan kerusi, stereng & dashboard depan.

Yes semua orang pelik sebab kondisi kete yang hancur but still I look like not an accident person. (malah lebih semangat dr belum eksiden... hihi)  Pelik tapi benar! masa tu taktau macam mana nak terjemah perasaan takut tu..sebab Hsna memang takut sampai ke tulang hitam kot bila jumpa org eksiden even dengar orang eksiden...ngee >< seram!!  Tapi bila berlaku kat diri sendiri rasa macam nak mati...lagi2 keadaan kereta yang Masyallah teruk giler, darah penuh kat muka dan hidung sebab bergegar masa kena langgar tu...rasa macam tak percaya...I am alive! syukur alhamdulillah.

Selepas dihentak tu kereta stop berpusing then nak keluar dari kereta tu pun ditarik oleh orang ramai sebab lutut memang dah tak boleh nak stabil, bila berdiri ehh terduduk balik... hati nak nangis, mata nak keluarkan beban tapi rasa macam tersekat tak boleh nak nangis....korang faham tak perasaan tu?? sakit sangat dan taktahu nak fikir apa-apa masa tu....berseorangan dan even ramai disekeliling xde sorang pun yang kenal.

bila ada akak ni mai datang peluk masa tu baru rasa tersedar, Ya Allah masa tu rasa macam terpecah something kat dada dan mata... then masa tu jugakaku nangis macam tak hingat dunia sebab TAKUT.  and one more dangerous thing.. bahagian belakang kereta melambung sejauh 500meter...nasib baik tak terkena orang ramai or kereta lain & nasib baik aku sensorang dalam kereta masa tu ...kalau tak taktahu la berapa ramai yang mungkin involve dalam eksiden time tu...( but pengaturan Allah adalah yang terbaik kan?)... 

Then bila orang ramai mintak call waris  Hsna  takut nak call abah Hsna sebab takut dia tergesa-gesa bahaya lain pulak datang (lg2 masa tu abah tengah mengajar) so decide nak call pak/mak sedara (Ayah Mi & Cik Je) Hsna yang keje berdekatan area tu...first diorang sampai tempat eksiden tu ofkos kereta yang hancur tu dulu diorang nampak kan... dan dalam fkiran pak/mak sedara aku masa tu hidup lagi ke aku ni? or mungkin dalam keadaan kritikal sebab kondisi kereta tu almost imposibble untuk penumpang keluar dengan normal dan sihatnya... serius!! lepas tu call bos Hsna mintak dia ambik kunci ofis (kunci ofis aku yang pegang) ... then officemates Hsna dtg mai ambik kunci (tempat eksiden tu lbh kurang 1.5km dah dari ofice aku sbnrny)..and muka diorang cuak giler...macam tak percaya....Hsna rasa sape pun ada masa tu tak caye agaknya..Hsna sendiri still terpinga-pinga even dah sampai umah pun masih macam tu... 

Lepastu ramai polis/bomba/ambulan yang datang.. tak semena-mena Hsna rasa pening tengok seragam dorang..tiba-tiba rasa betul-betul tersedar " oh aku ke yang terlibat dgn eksiden ni" " eh aku ke subjek utama eksiden ni"... erkkkk....bila pak/mak sedara aku datang pastu deal dengan mereka yang terlibat then terus ke Hospital Besar Kota Bhatu then pegi balai buat repot... selebihnya tu sepupu (Abang Fadhil)  dan pak sedara (Ayah Long) Hsna yang sorang lagi uruskan kereta, mangsa yg eksiden dgn Hsna dan pasal tempat eksiden bagai. 

make it short...

Selepas kejadian tu banyak benda yang bermain kat fikiran. Apa dosa aku? Apa salah aku sehinggakan ini yang Allah aturkan untuk aku? Aku rasa ini pengajaran dan petunjuk dari Allah untuk aku sedar banyak perkara... Masyallah sayangnya Allah kat aku...Dan aku tahu Dia sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah aku ada sekarang... for me hanya tunggu dengan sabar, doa dan yakin.Insyaallah.

Redha dengan ketentuaNya, buat dengan patuh apa yang disuruhNya. Insyallah. Tiada satu pun yang Allah kurniakan dan jadikan sia-sia. Insyallah.

Ya Allah kuatkan aku untuk terus tetap setia melusuri jalanMu walau apajua menghalang. amin. Sayangi aku Ya Allah. Sayangi kami Ya Allah. 

SalamSayang HR! 

HR sediakan gambar masa kejadian, kalau rasa tak boleh tengok tak payah scroll ke bawah ye!!



.












No comments:

Post a Comment

Iklan