Wednesday, 17 February 2016

BERSYUKUR DULU KALAU NAK KAYA...


Bunga yang dipetik dekat kubur Tok Guru Pulau Manis, Terengganu
Assalamualaikum entry kali ni nak bertazkirah sikit...ehh..bukan nak bagi secebis motivasi..hari ni kita reflect diri sikit tentang SYUKUR..

Besar tau kesan syukur ni..cuba renungkan dengan mata hati sekejap....kalau terasa sentap tu ucaplah Alhamdulillah kerana hati masih "hidup"..but still tak rasa apa-apa, rasa biasa-biasa je tu take time untuk ucap "Astaghfirullah"  untuk hidupkan hati kembali..

We start..cuba pejamkan mata, bukakkan hati..
berapa ramai yang bangun tidur tak boleh gerakkan anggota tubuh, lumpuh
berapa ramai yang tak pernah rasa kenyang dari malam ke pagi, pagi ke malam
berapa ramai yang tidur dalam kesejukan tanpa alas dibawah dan atap di atas
berapa ramai yang terkandas tepi jalan raya sebab kereta meragam, lewat sampai tempat kerja, bos membebel
berapa ramai yang terpaksa menunggu bas setiap pagi semata-mata ingin "menjemput" rezeki untuk keluarga, menunggu untuk balik kerja sehingga terabai waktu solat, peluang untuk bermesra dengan alquran
Ramai kan? kita macam mana?
**masih boleh bekerja dengan tulang empat kerat dengan sihat dan kuat
**masih sempat bersarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan hidangan yang pelbagai
**masih boleh tidur dengan lena beralaskan toto yang tebal, selimut yang lembut, aircond yang menyenyakkan lagi tidur
**masih selamat sampai ke tempat kerja, bos sambut dengan senyuman dan gurauan

Alhamdulillah..beribu-ribu kali syukur...syukur...syukur
 "Masyallah alpanya kita ni kan?"

Org2 soleh pesan selalulah ziarah kubur untuk  mendidik jiwa kita



Belajarlah bersyukur kerana
Saat kau merasai nikmat ertinya syukur kau kan menangis kerana apa yang kau dapat hakikatnya jauh lebih baik dari nilai usahamu.
Saat kau merasai nikmat ertinya syukur kau hanyalah insan kerdil yang hanya hidup atas belas rahmat dan kasihNya.
Belajarlah bersyukur kerana dengan itu kau kan bahagia.
Cukup hanya kau merasai kebahagian itu kerana kebahagian dari rasa syukur adalah nikmat dan anugerah berharga lagi maha hebat dariNya.
Percayalah setiap kurnianNya kepada kamu adalah yang terbaik buat kamu kerana Dia tidak akan pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungi oleh seseorang dari kamu.
Kerana Dia lebih arif mengenai dirimu sendiri.

Mula dari bangun tidur sehingga tidur kembali malamnya, cubalah untuk bersyukur walau sedetik cuma. Mampu bersyukur juga satu nikmat tau, kalau Allah tak sayang kita Allah takkan jaga hati kita untuk sentiasa mengingatiNya, bersyukur padaNya, membela kita pada jalan rahmatNya. Oleh itu berdoalah jugak untuk Allah sentiasa lembutkan hati kita untuk sentiasa ingatNya, rindu akanNya, ingin selalu bertemu denganNya. Insyallah.


Sama-sama kita beramal..tak perlu bayar pun untuk bersyukur cukup luangkan secebis masa untuk berzikir atau dirikan tahajud 2 rakaat untuk membuktikan kesyukuran kita..

Nampak senang tapi tak senang..percayalah...jum ramai-ramai doakan agar hati kita mampu untuk lakukannya..moga doa antara  kalangan kita termakbul...amin.

Salam sayang Husna Rahman | 011.2557.9903


No comments:

Post a Comment

Iklan