Assalamualaikum
saudara-saudara syurgaku, Insyallah.
Semalam
slps isyak kononnya plan nak habiskan semua keje-keje rumah so jimat masa untuk
hari ni tapi tu la plan kita selalu tinggal plan kan.. kita hanya merancang
tapi Dia juga merancang,sebaik-baik perancang. nak
dijadikan kisah dapat satu ilmu baru semalam even keje tak siap...hikmah ke
tu?? kira ok la kan lost the task gain one knowledge...Alkisahnya.....
sambil-sambil
duk tunggu kain baju duk berputar dlm machine terambil la satu buku "Kisah
Wali-Wali Allah" . terambik ok bukan sengaja nak ambik...haha...such an old
book but the inside...masyallah too much to handle... terlalu byk kisah yang
buatkan aku terfikir lama...kisah inspirasi, kisah benar, kisah untuk
menguatkan lagi jiwa rapuh ni..seriously deep content!!
Dalam
buku tu hampir ada 100++ kisah benar wali-wali Allah. Tapi yang aku baca
semalam kisah yang ke-60 (jangan tanya baki lg tu...haha...bila pulak ntah ada
masa nk baca)...Tajuknya: Batasan keyakinan kepada Allah...yes its about
confidence!!
keyakinan
terbesar dalam hidup kita adalah kepada Allah, next keyakinan kita pada diri
kita sendiri..igt eh kalau kita tak pernah yakin dengan Allah bagaimana mungkin
Allah nak titipkan keyakinan tu kat diri sendiri dan sekeliling kita...
Kerana
Allah mengikut sangkaan kita, kerana apa yang kita rasa, kita fikir, kita ucap
adalah doa kepadaNya...betul tak??
ok
back to kisah wali Allah tadi, dalam buku tu takde disebut nama wali tersebut
tapi kisah ni diceritakan oleh ....erk aku tak igt..ni aku update kat ofic balik nanti aku tgk balik pastu edit sini balik...hehe..sabo je la...
Wali
tersebut mempunyai seorang isteri yang agak pemarah. Sudah beberapa hari
bekalan mereka sudah habis. Maka suami (wali Allah) disuruh oleh isterinya
untuk keluar mencari kerja. Maka keluarlah si suami mencari kerja. Setelah
seharian kehulu-hilir tetap jugak tak dapat pekerjaan, tiba malam pulanglah
suami ke rumah. Tanya si isteri, " dimanakah wang hasil kerjaanmu hari
ni?"
Maka
jawab si suami, "Hari ini tauke aku tak bagi upah lagi, Insyaallah setelah
tauke aku berpuas hati, dia akan bagi upah."
Maka
tenanglah isteri untuk hari tersebut.
Keesokan
harinya setelah puas berfikir apa yang perlu dia lakukan untuk dapatkan wang
dan bekalan makanan akhirnya wali tersebut membuat keputusan untuk ke kubur
untuk bersembahyang sunat, berdoa dan berzikir.
Kenapa
beliau tidak ke masjid sahaja?
Kerana di masjid terdapat orang keluar masuk sedangkan kawasan kubur sunyi sepi, jadi
beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada Tuannya.
Apabila
sampai ketika untuk pulang ke rumah beliau pulang kerumah. Sekali lagi si
isteri bertanya, "Mana upahmu.."
"Tauke
aku masih belum bagi.."
Si
isteri masih berpuas hati dengan jawapan suaminya tanpa mengesyaki apa-apa.
Untuk
hari seterusnya wali tersebut sekali lagi menghabiskan masanya di kubur. Saat
pulang kerumah, isteri bertanya, beliau masih memberi jawapan yang sama, si
isteri masih tidak mengesyaki apa-apa
Malamnya
beliau berfikir, "apa yang harus aku lakukan kerana aku tak boleh
berterusan menipu isteriku kerana lama-kelamaam, rahsia ini akan diketahui
isteriku juga".
Keesokan
harinya beliau masih sama. Pergi ke kubur untuk bersama-sama Tuannya. Berdoa
dan meminta dengan YAKIN. Dan berterusan beberapa hari hingga akhirnya tiba....
Malamnya
beliau balik ke rumah. Pelik! "Kenapa dapur rumahku berasap malah wangi
semerbak datang bertandang dihidung, riuh suasana rumahku". Masuk sahaja
ke rumah isteri menyapa dengan senyuman dan berkata, " Taukemu telah
membayar upahmu yang berganda-ganda. benar katamu tauke itu sangat baik hati
dan pemurah kerana dia sanggup memberi lebih dari yang sepatutnya".
Hairan.
Sangat hairan. tauke manakah yang baik hati telah menghantar berganda-ganda
upah sedangkan dia hanya menipu telah bekerja dengan tauke yang baik hati. Puas
dia berfikir dan akhirnya baru dia tersedar,.. Allah lah tuannya, Allah lah
tuan seisi alam. Dia Yang Maha Mendengar, Dia Yang Maha Memberi dan Dia Yang
Maha Kaya.
"Kerja"lah
untukNya nescaya hasilnya tak pernah sia-sia, takkan pernah membuatmu kecewa.
Berbekalkan
keyakinan kepada Allah seutuh-utuhnya tanpa berbelah bahagi balasannya lebih
hebat dari segala-galanya kerana semua adalah milikNya. Seisi bumi dan langit.
Maha Kaya. Subhanallah.
..................
Bagi
aku kisah ini sangat menyentapkan hati kerana aku teringat kisah aku fisrt time
nak cari keje. Masa study aku dah set dalam mind aku ketat-ketat, itu yang aku
nak! pasti dan takde ragu-ragu hatta sikitpun.
Masa
tu tahap yakin aku dengan Dia dan diri sendiri mmg tahap tertinggi, takde sape
boleh halang aku dengan apa yang aku nak..so lepas grad aku hantar more than
100+ resume to varies company all over Malaysia. And Alhamdulillah banyak yang
dapat interview dan byk jgk yg aku lpskan peluang tu walau aku dah lulus pun
interview...sebab?
sebab
ia tak macam apa yang aku nak... keje kat negeri sendiri dan mesti dapat keje
within a year lps graduation ceremony aku...ceremony hari tu bulan 11, 2014 jadi aku
mesti dapat keje sebelum cukup setahun... YAKIN! AKU AKAN DAPAT DAN AKU
DAPAT!!!
And
lastly bulan 4, 2015, 6 bulan lepas tu aku diterima keje dekat area Kota Bharu.. which mean aku
boleh ulang alik dari rumah...masyaallah thats the power of CONFIDENCE +
DOA + USAHA yang seciput...hehe..and I kerja until now.. nak tahu tak
macam mana doa aku...doa ni bukan setakat aku lafaz dimulut tapi aku tulis
dalam virtual diary aku...
Bismillahhirahmanirrahim
Ya
Allah berikan aku apa yang terbaik bagiku pada perkiraanMu
Ya
Yang Maha Adil
Andai
mempunyai kerjaya itu adalah terbaik bagiku
Izikan
aku beroleh pekerjaan...yang terbaik pada jalanMu untukku..
Dengan
itu permudahkan segala urusanku
nescaya
hanya padaMu aku bersandar dan berharap
untuk
menjaga kehidupan dunya ini....serta seisinya
Oleh
itu bukakanlah hati para empunya pekerjaan (majikan)
untuk
memilihku sebagai penyelesaian urusan dunya ini.....
insyallah
untuk menuju akhirahMu
Sesungguhnya
hidup kami dalam pusingan roda takdirMu
Semoga
iringan doa dan rintihan lemah ini menjadi pengubah takdir itu....
Kerana
takdir bisa berubah dengan bekalan doa padaNya.
-husnarahman
-
Ye
aku doa bahasa melayu je...yang penting mintak sepenuh hati, dengan yakin bahawa
doa kita makbul, Insyaallah.
Sama jugak kes bisnes Shaklee aku (ni yg aku update kat fb semalam)
aku tersenyum bila seseorang tanya aku
"Mcm
mana awak blh continue buat bisness dgn ekonomi skrg ni? ada ke orang yg nak
beli? dah la brg awak mahal2?pastu klu semua buat bisnes sapa yg nak beli?
MASYAALLAH.
ADA..ditanya lg "dari mana
datangnya?"
Allah..dia yang pegang hati
kita, hati awak...walau kita rasa kita tak mampu tapi Allah kata kita
mampu...apa daya awak untuk menolak apa yang Allah bagi?
jangan pernah putus asa
dari rahmat Allah, kerana ia terlalu luas dan banyak untuk seisi bumi
sekalipun..mungkin lambat tapi akan ada kerana kau fikir ia ada...ingat Allah
mengikut sangkaan kita...Allah dengar doa kita...
kita buat apa yang dia
suruh dia bagi apa yang kita pinta, such a fair deal kan? Insyaallah...Sabar +
usaha dgn konsisten + sentiasa bersyukur + hormat org sekeliling insyaallah
pintu rezekimu kan luas terbentang...
pesanan utk dr sendiri hsl
sentapan org yg tlh bertanya
doakan sy Husna
Rahman untuk terus
mara dgn yakin dan sentiasa berada dijalanNya serta sentiasa mengutamakanNya
lebih dr apa pun, insyallah.
.......................
Alhamdulillah
ni aim aku masa tu, sekarang aim aku makin improve...hehe...insyallah kepada
yang lebih baik. Oleh itu Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan kami dengan
sentiasa diiringi rahmat kasihMu, keluasan rezeki yang berkah, kekayaan
kesihatan dan keselamatan dan jugak kesenangan dunia dan akhirat. Kau
kabulkanlah doa-doa kami selagi doa kami/impian kami adalah yang terbaik dari
sisiMu, untuk agama kami, untuk dunia dan akhirat kami serta untuk hidup dan mati
kami. Insyaallah.
Salam sayang Husna Rahman
semoga secebis pengalaman ini boleh menjadi panduan berjuta saudaraku
Jangan pernah putus keyakinan kepada Allah dan dirimu sendiri.