Friday, 11 September 2015

Jangan tinggalkan solat TAHAJUD!


Kelebihan orang yang bangun tahjud (ahlul lail):
1. Nur pada wajahnya.
Sabda Rasulullah ﷺ: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi).
2. Sangat dekat dengan Allah. Nabi ﷺ bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR: Muslim)

3.Abu Hurairah ra.berkata, bahwa Rasulullah bersabda : “Rabb kita Azza Wa Jalla tiap malam turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir, lalu Allah swt berfirman, Barangsiapa yang berdo’a kepada-Ku pasti Aku kabulkan. Barangsiapa yang memohon kepada-Ku pasti Aku beri dan barangsiapa yang meminta ampun kepada-Ku pasti Aku ampuni. (HR Muslim)

4. Suasana di padang mahsyar sangat menggerunkan. Manusia semenjak zaman Nabi Adam berkumpul dalam keadaan bersesak-sesak, sangat takut dan tertunduk. Sebahagian mereka berjalan dalam keadaan buta, pekak, bisu, ada yang berjalan dengan kakinya, sebahagian yang lain merangkak dengan tangannya, bahkan ada juga yang berjalan dengan wajahnya.

Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia sejarak satu jengkal hingga menggelegak otak. Maka manusia akan tenggelam dalam peluhnya sesuai dengan amalnya. Sebahagiannya tenggelam hingga ke mata kaki, sebahagian yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya. Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya (70 - 100 tahun) hingga Allah memulakan hisab dan penghitungan amal. Setelah sekian lama berdiri di padang Mahsyar yang penuh derita itu, semua manusia sudah tidak mampu lagi menunggu. Mereka segera mendatangi nabi-nabi kekasih Allah agar mereka diperkenankan permintaan bagi Allah memulai hisab. Namun semua nabi-nabi, mulai dari Nabi Adam hingga Nabi Isa as, tidak ada yang berani mengabulkan permintaan itu. Semua manusia akhirnya menemui kekasih Allah, pemilik wasilah dan syafaat terbesar, Baginda Muhammad ﷺ. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Baginda segera berjalan ke arah Arasy lalu bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan puja-pujian yang belum pernah beliau ucapkan sebelumnya. Allah s.w.t. lalu berfirman, “Wahai Muhammad, angkat kepalamu. Mintalah, Aku akan mengabulkan.” Rasulullah ﷺ segera meminta untuk dimulai hisab.

Allah segera menurunkan perintahnya kepada semua malaikat, maka hisab itu segera dimulakan. Maka berterbanganlah kitab2 amal dari langit. Beruntunglah sesiapa yang mendapat suratan amal dengan tangan kanan dan celaka bagi yang menerima dengan tangan kiri. Setiap manusia akan menyesal atas dosa2 yang dilakukan sehinggakan orang-orang kafir mengatakan, “Alangkah baiknya jika aku menjadi tanah.”


Tetapi ada golongan manusia yang Allah berikan keistimewaan yang layak menerima pujian dari Allah..siapakah mereka ini? Iaitu yang bangun bertahjud pada malam hari.
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩


Semoga kita tergolong dari golongan ahlul lail dengan baki usia yang ada, merasai kelazatan bertahjud dan dimasuki ke syurga tanpa hisab.. .aamiin ya rabb
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)



-Kulliah maghrib oleh Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi pada 9/9/15 di masjid Negeri Shah Alam.-

Wednesday, 2 September 2015

"KURANGKAN GAJI AKU 5 DIRHAM KEPADA 3 DIRHAM TUAN"


Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya. Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.


Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan. Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.


Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:

ﺟﻤﻊ ﺍﻟﺤﺮﺍﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﻼﻝ ﻟﻴﻜﺜﺮﻩ
ﺩﺧﻞ ﺍﻟﺤﺮﺍﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﻼﻝ ﻓﺒﻌﺜﺮﻩ

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.

Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.
Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan. Kenderaan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit. Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.


Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima. Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat.



.
YOur truly Shaklee Independent Distributor Husna Rahman
Looking for more healthy tips lets explore my page TIP SIHAT or FACEBOOK Husna Rahman  
or personally talk to me via sms/whatsapp 011-2557 9903 or e-mail me at husnasukahijau@gmail.com
Or meet me on instagram @husna.rahman
🚲..🚙..🚄..🚃..🚉..🚅..🚤..🚢
-Because life is a journey. A beautiful journey worth if you have a healthy life-
Iklan