Wednesday, 29 July 2015

Dia: Malaikat kecil, Dia: Anak syurga


Bismillah
..Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
.
mulakan dengan sedekah: senyum
heart emoticon smile emoticon smile emoticon smile emoticon heart emoticon
“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata
“Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata
“Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
Ayahnya menambah
”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
“Benarkan saya pergi ayah?”
Dengan merintih anaknya merayu

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.

Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.

Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.
”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai dia bertanya

“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

 

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”

”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.
Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.

Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.

Itulah malaikat kecil & anak syurga!
.
Jangan pernah berputus asa/ menangguh-nangguh dalam menyebarkan kebaikan

Sunday, 12 July 2015

"Semua hajatku tercapai kecuali..."

Keajaiban Istighfar
...


Ketika menginjak ke usia tua, Imam Ahmad pernah berhenti di satu pekan ketika dia sedang bermusafir. Selepas solat, dia berhajat untuk bermalam disebuah masjid berdekatan kerana beliau tidak mengenali sesiapa dalam pekan tersebut. Rasa rendah diri beliau menghalang beliau untuk menyatakan siapa sebenarnya beliau.

Oleh kerana tidak mengenali Imam Ahmad Hanbal, penjaga mesjid tidak membenarkanya tidur didalam masjid malah mengheret beliau keluar. Melihat Imam Ahmad Hanbal yang tua, sorang pembuat roti mempelawa beliau menumpang dirumahnya.
Sepanjang dirumah pembuat roti, Imam Ahmad Hanbal memerhatikan pembuat roti yang tidak pernah  berhenti beristighfar

Lalu beliau bertanya, “Apakah kesan yang kamu dapati dengan istighfarmu yang berpanjangan?”

Pembuat roti menjawab pertanyaan itu 
“Ya, aku mendapati semua hajat dan doaku tertunai serta dimakbulkan Allah kecuali satu.”

“Apakah hajatmu yang satu itu?”
“Aku mahu bertemu dengan Imam tersohor, Imam Ahmad Hambal.”

Imam Ahmad berkata, Allah bukan sahaja memakbulkan doa si pembuat roti , malah telah mengheret beliau (Imam Ahmad Hambal) sehingga ke pintu rumahnya. 
..

MASYAALLAH. 
MAHA AGUNG KUASANYA
TIADA SIAPA YANG SANGKA APA YANG BAKAL DITERIMA KELAK- PILIHAN DITANGAN KITA
.
-SignatureHusnaRahman-


Bayaran sebuah rumah di syurga!!



Ketika Rasulullah mula-mula tiba di Madinah perkara pertama yang dilakukannya ialah mendirikan masjid-masjid Nabi. Ia didirikan di atas tanah seorang penduduk dari golongan ansar.
Ketika rasulullah hendak memperbesarkan masjid itu, baginda meminta tuan tanah itu memberi tanahnya. Tukaranya ialah sebuah rumah di syurga untuknya.
Orang tersebut keberatan, lalu datang Uthman bin Affan membawa 10,000 dirham dan membayar harga tanah itu. Uthman kemudian menyerahkan tanah itu kepada Rasulullah dan berkata “Ya Rasulullah, belilah tanah ini dari saya.”
Lalu dibeli oleh Nabi dengan sebuah rumah untuk Uthman bin Affan di dalam syurga. Nilai wang pada masa itu 20 dirham bersamaan seekor kibas yang baik atau 10 dirham seekor kambing yang baik.






Pengajaran:
Janji Allah itu pasti malah ganjarannya adalah berganda-ganda melebihi kemampuan pemikiran seorang manusia.
Memberilah tanpa hitung dan percayalah apa yang kau perolehi adalah yang terbaik walaupun apa yang kau perolehi mungkin kecil/sedikit/buruk pada pandangan mata kasarmu pada saat itu. Tapi nantikanlah pula ganjaranNya di saat pertemuan antaran kamu dan Dia. Di sebuah tempat yang kekal abadi kebahagian dan kekayaanNya.




-Signature Husna Rahman-
Iklan