Kalau sebut SYURGA semua pasti membayangkan yang indah indah saja. Kalau ditanya siapa yang nak masuk syurga rasanya semua nak kan? Hampir setiap hari sebut nak masuk syurga, doa nak masuk syurga dan berharap kitalah antara penghuni syurga. Tapi...
Kenalkah kita dengan syurga? Kalau ditanya semua nak masuk syurga. Syurga mana? Hampir semua akan jawab Jannatul Firdaus iaitu syurga yang tertinggi sekali. Tidaklah salah dan tidaklah berdosa untuk berdoa masuk syurga Firdaus malah memang kita disarankan dan digalakkan untuk meminta yang terbaik dariNya. Dan Jannatul Firdaus adalah tingkat tertinggi dan paling mulia. Dimana disinilah istana-istana para Nabi, sahabat dan para solihin ditempatkan.
Dan jarang-jarang kita ambil tahu tingkat-tingkat syurga yang lain sebab kita dibiasakan untuk meminta dan diceritakan dengan Jannatul Firdaus tidak nama-nama dan tingkat-tingkat syurga lain. Atau kita hampir tidak tahu nama-nama syurga lain selain syurga Firdaus. Marilah kita luangkan sedikit masa untuk kenal tingkat-tingkat syurga lain dan Insyaallah disinilah bakal menjadi rumah dan istana kita semua sehingga suatu saat dan ketika nanti. Biiznillah.
1. Syurga Firdaus
2. Syurga Adn
3. Syurga Naim
4. Syurga Ma'wa
5. Syurga Darussalam
6. Syurga Darul Moqamah
7. Syurga Muqomatul Amin
8. Syurga Khuldi
Abu Hurairah r.a melaporkan, ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya,
" Wahai Muhammad, beritahu aku jikalau syurga luasnya sama dengan luas langit dan bumi lalu dimanakah neraka berada?"
Lantas Baginda menjawab, "Beritahulah aku tentang malam yang menutupi segala sesuatu, dimanakah posisi siang hari?"
Orang itu menjawab, "Hanya Allah yang mengetahuinya." Lalu Baginda mengatakan, "Begitulah, Allah mahukan apa sahaja yang dikehendakinYa."
(Direkodkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
"Ya Allah masukkanlah kami semua ke syurgaMu tanpa hisab dan azab dan masukkanlah kami ke syurga yang paling baik disisiMu Ya Rabb"