Tuesday 16 May 2017

Tunjukkanlah kepada Allah yang kita berusaha.



Do good. Good will come to you!

Hurmmm caner tu.. boley eh?eh? Bacalah dulu…
Manusia..bila kita asyik duk ungkit, lama-lama terbit rasa bosan dan nyampah giler kan? Tapi Allah tidak. Allah lagi suka.. lagi banyak kita ungkit lagi Dia suka kita. Hebat kan?

Ya. Hanya dengan mengungkit kebaikan yang kita pernah buat tulus keranaNya. Contohnya kita nak kena bangun subuh ni tapi mata berat giler nak bukak. Ngantok oi. Dahler baru je dapat lelap tapi... kita pilih untuk bangun juga tunaikan Subuh.

Then after Subuh kita pun angkat laa tangan berdoa.
"Ya Allah aku ngantuk sangat-sangat tapi kerana Kau aku sanggup tinggalkan tilam yang empuk, selimut yang tebal, basahkan tubuh dengan air yang sejuk dipagi hari.. Sesungguhnya aku tahan jugak diri ni semata-mata untukMu. Engkau saksikankah usahaku ini Ya Allah. Walaupun kecil ini tanda ketaatanku aku padaMu. Maka Kau permudahkanlah urusan aku hari ni Ya Allah, Kau makbulkan doa-doaku Ya Allah dan kasihinilah aku Ya Allah"

Masyaallah tabarakallah. Berkorbanlah untuk Allah. Rayulah bantuanNya. Tunjukkanlah kesungguhan kita.
Mungkin pengorbanan kita tak seberapa tapi mungkin itulah yang menjadi sebab kasihNya tumpah kepada kita.Insyallah.

Dapat sesuatu?


15 comments:

  1. Syukran..dapat sesuatu dari entry ni...Allah SWT sgt suka mendengar rintihan, rayuan hamba2Nya..

    ReplyDelete
  2. Huhu terima kasih. Kadang2 kita sibuk nak merayu merintih dekat manusia, sampai kita lupa Allah lah yang selayak-layaknya untuk kita merintih dan merayu. :')

    ReplyDelete
  3. Betul tu awak. Allah memang akan pandang usaha kita. InsyaAllah usaha2 kita tu selagi ikhlas keranaNya pasti ada ganjarannya nanti.

    ReplyDelete
  4. Masa dulu pernah sedih dapat result tak memuaskan, lepastu abah pesan, "Allah tak pandang result, yang Allah pandang usaha kita. Result tu hak Allah nak bagi berapa." :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita..ye la masa tukan sedih yakmat..

      Delete
  5. Allah maha penyanyang...terima kasih ya allah

    ReplyDelete
  6. Subahanallah..marilah kukuhkan keyakinan padaNya yakni Allah

    ReplyDelete

Iklan