HOME SWEET HOME

Wednesday 16 November 2016

MENJADI KAYA SEPERTI NABI SULAIMAN A.S – PART III

Sambungan...

7. Membaca istighfar > Istighfar menjadi penghapus dosa yg menyekat doa kita dari dimakbulkan. Org yg banyak melakukan istighfar doanya lebih segera dimakbulkan serta mampu meluaskan dan memudahkan datangnya rezeki!

Istighfar mampu menjadi pintu pembuka bagi melimpahkan rezeki Allah SWT di muka bumi.
Dan Nabi Sulaiman adalah antara Nabi yg byk beristighfar dan menjaga hubungan mesra dengan Allah.

Igt make it kerana Allah taww…


8.Berbakti kepada kedua ibubapa > Ibu bapa adalah kunci segala rahmat Allah SWT!
Pecayalah even amal ibadah setinggi langit ke tujuh tapi bab bebakti ke ibubapa kelaut halnya sama mcm curahkan garam dlm air laut.. effect nothing ok..sia-sia!

Daripada Atho’ bin Yasar drpd Ibnu Abbas diriwayatkan bahawa ada seorg lelaki menemuinya dan bekata “ aku mengkhitbahkan seorg wanita dan dia menolak untuk bekahwin dgnku tapi datang seorg lelaki lain mengkhitbahkannya lalu dia bersetuju. Aku cemburu lalu membunuhnya lalu adakah aku masih layak untuk betaubat”

Ibnu Abbas pun Tanya,”Adakah ibumu masid hidup?”

Dan dia jawab “Tidak”

Ibnu Abbas kemudian menyuruh beliau bertaubat kpd Allag dan beribadat sekuat tenaganya.
Lalu pergilah org itu dan Atho’ Bin Yasar bertanya kembali kpd Ibnu Abbas “Kenapa ditanya tentang ibunya masih hidup atau sudah tiada?”

“Kerana aku tidak mengetahui sesuatu amalan yg lbh dekat kpd Allah selain dr berbakti kpd kedua ibubapa”

Sebesar-besar dosa membunuh boleh hilang, boleh ditebus dengan buat baik kpd ibubapa! 

Subhanallah
Camna bagi yang ketiadaan ibubapa? Ibnu Abbas menjawab “Tetaplah berbakti dgn melunaskan segala bentuk kewajipan jika ada uzur/nazar atau cita-cita ibubapa yg belum tercapai cth tunai haji atau sedekah kpd anak yatim”.


9.Sedeqah

Korang kena hadam citer ni sebab siyes kisah sedeqah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman ni mmg akan menginspirasikan korang tahap tangkai hati lubuk jantung paling dalam .. betul xrugi..


Kisah ni berlaku dalam zaman pemerintahan Nabi Daud sebelum naiknya kerajaan Nabi Sulaiman.
Ada seorang wanita membawa keluar dr rumahnya 3 potong roti beserta 3kg gandum. Ditengah jalan wanita ni jumpa seorang pengemis then disedeqahnya ketiga2 potong roti tadi.

Dia bekata kpd dirinya “ Gandum ni akan ku masak menjadi roti”

Tiba-tiba …

Angin betiup kencang menerbangkan gandum tadi sehingga habis. Betapa sedihnya wanita tu lalu dia cuba berjumpa dengan Nabi Daud untuk mengadu. Lalu Nabi Daud utuskan untuk berjumpa dengan Nabi Sulaiman untuk cari jalan keluar.

Setelah menceritakan kpd Nabi Sulaiman kemudian Nabi Sulaiman memberi 1000dinar kepadanya.
Kemudian wanita tersebut pergi kembali kepada Nabi Daud untuk memberitahu bahawa anak baginda telah memberikannya 1000dinar untuk gentian gandum tesebut.

“Pergilah ke tempat Nabi Sulaiman dan kembalikan wang 1000dinar tadi dan katakan kepada Sulaiman saya tidak mahukan dirham sebaliknya saya mahu mengetahui sebab kejadian ini”

Pergilah wanita tesebut untuk bejumpa Nabi Sulaiman kembali, berkatalah Nabi Sulaiman
“Saya sudah memberikanmu 1000dinar dan janganlah kamu meminta sesuatu yg lbh dariku”

Maka kata wanita tersebut dia bukan mahukan dinar. Dan sekali lagi Nabi Sulaiman menambahkan 2000dinar dan kembalilah wanita tersebut kepada Nabi Daud.'

Sekali lagi Nabi Daud arahkan wanita tesebut untuk mengembalikan dinar tesebut  dan katakanlah kpd Nabi Sulaiman “ Saya tidak mahukan dinar. Akan  tetapi memohonlah kepada Allah untuk membawa angin dan betanya kepadanya adakah ia menerbangkan gandum itu dengan izin Allah SWT atau tidak”.

Wanita itu kembali kepada Nabi Sulaiman dengan soalan tersebut. Lalu Nabi Sulaiman memanggil malaikat yg mengatur angin dan bertanyakan kepadanya ttg gandum wanita tadi.

Angin berkata “Saya menerbangkan gandum dengan izin Allah SWT. Sebabnya selama beberapa hari seorang peniaga terkapai-kapai diatas kapalnya ditengah lautan luas dan binatang peliharaannya kelaparan. Lantas peniaga itu bernazar bhw apabila seseorang memberinya gandum pada masa itu maka dia akan memberi 1/3 drpd brg dagangannya. Kemudian aku menerbangkan gandum tesebut dgn perintah Allah agar dia memenuhi janji dan nazarnya.”

Selang beberapa lama peniaga tersebut ditemui. Nabi Sulaiman betanya kepadanya perihal keadaannya ditengah lautan. Kemudian Nabi Sulaiman memanggil wanita tersebut dan menyuruh peniaga menepati nazarnya. Dan nilai nazar yg diserahkan kpd wanita itu mencapai   360,000 dinar!!! Berganda-ganda dari nilai sedeqahnya malah dari jauh lbh byk dari nilai yg diberi oleh Nabi Sulaiman..

Subhanallah berganda-ganda balasannya. Sedeqah dgn 3 potong roti dibalas beratus ribu dinar??? Tak logic kan? Itulah jalan Allah kita memberi dan Allah juga memberi tapi lagi besar lagi beganda dan tak disangka-sangka caranya..untung tak “niaga” dengan Allah?

Pada masa itulah Nabi Daud berkata kpd anakanda baginda Nabi Sulaiman, “Wahai anak lelakiku, sesiapa mahukan urusiaga yang menguntungkan maka dia perlu melakukan urusniaga dengan Allah Yang Maha Pemurah.”

Nak kaya? Belajarlah bersedeqah cara wanita tersebut > sedeqah kerana mahu membantu, sedeqah kerana Allah suka kita member sebab Allah juga mahu memberi..

Tambahan sebuah kisah Nabi Allah Nabi kesayangan kita Muhammad SAW berkaitan sedeqah .. rasa mcm sayang kalau xdishare dgn korang, rasa mcm selfish sgt klu Hsna sorang je tau tip sedeqah Nabi Muhammad SAW

Suatu hari Rasulullah SAW kehabisan harta dan keperluan harian sehingga menjaminkan dirinya untuk suatu hutang org Badwi yg sering meminta-minta kpd baginda SAW. Lalu Umar berkata kpd Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah jgnlah member di luar batas kemampuanmu.”

Pada masa itu Rasulullah kelihatan sdg sibuk mendengar kata-kata yg diucapkan oleh Umar. Tiba-tiba datang seorang lelaki Ansar sambil berkata, “ Wahai Rasulullah, jgn takut, teruskanlah bersedeqah, jgn bimbang dgn kemiskinan.”

Kemudian Rasulullah senyum dan berkata, “Itulah ucapan yg diperintahkan oleh Allah kpdku.”(HR.Tirmizi).

Alhamdulillah..these 9 tips cara kaya manusia paling kaya di dunia dari dulu, sekarang dan selamanya >> Nabi Allah Nabi Sulaiman Alaihissalam!

p/s: berbaki lg 1 post bekaitan doa Nabi Sulaiman untuk memperoleh kekayaan.. kucuba secepat mungkin Insyaallah. Salam cinta kasih sayang lillah saudara soleh dan solehahku, ◕‿◕



20 comments:

  1. yes, sedekah tk menjaminkan kita papakedana / takde duit tapi sebaliknya. sedekah tu mnjaminkan ade lbh rezeki untuk kita hari esok :)

    ReplyDelete
  2. Panjang dear. Reen baru nak baca. Kena mula dari depan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha point dy basic je n pendek2 je
      yg panjang tu Hsna selitkan sedikit kisah Nabi Sulaiman..kisah yg jarang kita dengar tp besar manfaat tuk kita

      Delete
  3. berbakti kepada ibu bapa dan bersedekah tu yang rezeki jdi murah. In shaa Allah

    ReplyDelete
  4. jadi kaya untuk bantu orang lain

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg sgt bermenafaat tksh husna..

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg sgt menarik.

    ReplyDelete
  7. Tak sangka istighfar pun antara tips boleh jadi kaya.. Good info

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye betul istighfar ni macam penghapus rodblok penyebab rezeki kita tesekat... umpama camtu la

      Delete
  8. Betul tu, lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak kita dapat.... Subhanallah.

    ReplyDelete
  9. i percaya kuasa sedekah tu...teringat beberapa situasi dulu2..masa nak kawin duit takde..mak nasihat banyak2kan lah sedekah..alhamdulillah..rezeki dlm pelbagai cara dtg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..rasa takjub kan memang Allah tu Maha Mencukupkan

      Delete
  10. Bila dah berumur begini, bila dikenang2..rasa menyesal ya amat. Kenapalah dari dulu kurang sangat bersedekah...betulkan..demi masa, manusia selalu berada dalam kerugian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah selagi hayat dikandung badan kebaikan itu takkan penah terlewat untuk dilakukan...💕..lets us do the best let Allah complete the rest kak! dun wuri tak telewat pun..

      Delete