Assalamualaikum..tamau intro panjang sebab entry ni dah super panjang..just nak sambung next tip macam mana nak kaya macam Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam. Bismillah
p/s: tip paling last adalah tip yg paling
best…hadam betul2 tip last [9] tuh sebab Hsna berani bagi jaminan 1000% yg tip
ni akan bantu korang sungguh-sungguh untuk senang dan mewah both dunia dan
akhirat…siyess just put ur 1000% trust on me (regardin’ this writin’ la).. sungguh
tak rugi!!
4. Tawakkaltua’alaAllah >> meletakkan
sepenuh kepercayaan kepada Allah. Allah Maha Kaya lagi Maha Memberi Kekayaan >>
Dan orang bertawakkal tidak bergantung pada amalnya tetapi kepada Allah SWT
Sebagaimana dalam doa Nabi Sulaiman seperti dirakam dalam
Surah An-Naml [27]:19
Yang mengajar kita untuk membentuk rasa
syukur dan menyerahkan segala urusan dalam tadbiran Allah. Nabi Sulaiman memberi
contoh kepada sesiapa sahaja yang nak rezeki dan kekayaan dalam segena aspek
untuk sentiasa panjangkan rasa syukur dan tawakkal kepada Allah. Pecayalah
Allah PASTI bantu!
Bab tawakkal ni sebenarnya ramai yg salah
faham..kalu dan serah ke Allah yakinlah Allah pasti bagi, no need to do
anything instead of just waiting for that doa to come je la.. kan kita dah yakin giler nih!
Pls jgn buat ikut sedap ati sesedap
#Vivix..eh?
Nabi Muhammad gambarkan sebenar-benar
tawakkal ialah seperti burung yang keluar bepagian dgn perut lapar dan
pulangnya sebelah petang dgn perrut yang terisi .terbangnya burung-burung
tersebut seawal pagi yg masih gelap, sejuk sebagai usaha.
Usaha untuk ilangkan lapar.usaha untuk
pergi dapatkan makanan .bukan hanya menunggu makanan yg jatuh ntah dari mana.
Memang takde melainkan korang ni wali Allah atau nabi Allah yg makanan boleh
turun dari langit macam air ujan.. kita. terlalu jauh beb! maksiat tiap ari duk
commit.. kan?
Ibadah
adalah satu pelaburan yang panjang!
5. Ibadah kerana
Allah – org yang rajin beribadah sebagai manifestasi cintanya terhadap Allah
akan dimudahkan rezeki dan dikeluarkan dari segala jenis kesusahan
Abis tu selama ni aku buat sebab apa klu bukan
sebab Dia yang suruh kita buat > solat, puasa,sedeqah – segalanya lillah! Ok
jgn cepat sangat judge weh.. sabo..
Cer perhatikan diri sendiri jap (xyah duk
byg org lain sgt la..cer tgk bayangan diri kat cermin sendiri duluh) >
adakah ibadah yg kita lakukan semata-mata untuk mengekpresikan rasa syukur
kepada Allah atau ….. tujuan untuk memperoleh kekayaan/kesenangan/kegembiraan
sendiri semata?
Cth tiap ari amal AsmaulHusna Ya Wahhab
300x sehari semata-mata supaya Allah cepat kabulkan doa kita, bagi apa yang
impikan dgn cepat atau kita memang nak puji Dia sebab dah banyak sangat nikmat
dan rezeki yg kita kecapi selama hidup nih?
(ok aku sendirik sentap giler bila aku byg diri aku…allahu!!)
3 golongan ibadah yang dikatakan oleh Ali
bin Abi Talib:
1. Org yg beribadah krn mengharapkan balasan dari Allah. Semakin
byk ibadah semakin byk rezeki. Golongan ini mcm peniaga. Kiraan untung rugi
menjadi perhatian utama dalam setiap ibadah yg dilakukan.. buat sebab nak dpt
faedah!
2. Org yg beribadah krn takut akan seksaan Allah. Mrk nih masih
ada kesedaran as a hamba. Kalau tak buat takut akan ditimpa seksaan dan
kesusahan. Maka sebenarnya ibadah golongan nih hanya untuk menggugurkan dan
bebas drpd murka Allah semata-mata.
3. Org yg beribadah krn dilandasi rasa cinta dan kasih sayang.
Krn dia sedar tugas manusia adalah untuk beribadah sebagai bentuk penghambaan
dan rasa syukur krn telah diberi satu nikmat kehidupan.. yg nih ibadah para
Nabi, Rasul dan org soleh! Dan
sebenar-benar definisi ibadah ofkos..
Dan Nabi Sulaiman beribadah serta berdoa
memohon kekayaan semata-mata untuk sebarkan dakwah! Ye krn Allah semata-mata
bukan untuk kepentingan diri baginda sendiri sebab zaman pemerintahan Nabi
Sulaiman pada masa tuh ialah ditengah-tengah pemimpin yg kekayaan mereka
melimpah ruah dan kerajaan yg besar like Ratu Balqis.. bygkan kalau Nabi
Sulaiman miskin mesti xde org nak ikutkan..mesti org igt Nabi Sulaiman nak kejar
kekayaan dgn mempengaruhi pemimpin2 kaya ..sebab tu Allah bg kekayaan super
hebat kat Nabi Sulaiman
6. Syukur kepada
Allah > Dalam doa Nabi Sulaiman bukan harta yg diminta tapi kemampuan
untuk bersyukur. Kerana Allah memberi nikmat dalam setiap detik yg tidak dapat
dinafikan
Sebenarnya kan semasa seseorang sudah
mampu bersyukur pada masa tu lah sebenarnya kekayaan telah datang.
Rahsia kaya dengan rasa syukur ialah
dengan selalu je rasa cukup. Bagaimana
mungkin Nabi Sulaiman tegolong dalam manusia paling kaya jika baginda masih
rasa kekurangan betul tak?
Puncak kekayaan seseorang terletak sejauh
mana dia mampu besyukur!
semakin byk kita dilimpahkan rezeki selagi itu kita dia uji dengan ksyukuran :) wallahualam..nice sharing husna
ReplyDeleteAlhamdullillah
DeletePerkongsian yang amat bagus sekali.. semoga kita dilimpahi kekayaan yang diberkati oleh Allah
ReplyDeletealhamdulillah..amin ya rabb!
DeleteSyukur selalu insyaAllah kita akan dapat lebih lagi :D
ReplyDeletebetul tu..=)
Deletesegalanya yg dilakukan adalah KERANA DIA!
ReplyDeletebetul.. =)
Deletesebab rezeki, kejayaan semua datang dari Dia. jadinya kena lah betul2 sandarkan harapan dan doa tu pada Dia. betul tak ;)
ReplyDeletebetul.betul.
DeleteSandarkan hanya kepada Pemberi kita!
nice wor dear..=)