Apabila syaitan melihat seorang mukmin terus-terusan melakukan amalan-amalan baik itu tepat pada waktunya maka syaitan ini akan menghasut pula supaya orang itu melaksanakannya dengan gopoh-gapah dan terburu-buru supaya dia tidak lagi mendapat keberkatan mengerjakan amalan dengan hati, dengan penelitian, dengan pengkajian. Dan syaitan akan membisikkan kepadanya ,
"Cepat ! Cepat-cepatkannya saja"Kerana syaitan yang jahat mahu agar amalan-amalan ibadat itu dikerjakan pada lahirnya saja tanpa mempunyai jiwanya dan dengan demikian pahala amalan-amalan itu akan berkurangan.
Maka berjayakah kita atau berjayakah syaitan laknatullah?
pandai je dia menghasut
ReplyDeleteSemoga kita semakin kuat melawan hasutan itu
ReplyDelete