HOME SWEET HOME

Monday 13 April 2020

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN PROTEIN YANG TEPAT

  

Semenjak PKP ni ramai pulak yang mengadu berat badan naik kan?Tapi itulah dah takde nak buat apa-apa sekejap sekejap masuk dapur sekejap sekejap bukak peti ais sekejap sekejap bagaikan tercari-cari sesuatu, ada la tu yang dicarinya korang apa tau..keke. Tak buat apapun saje jela nak masuk dapur nak buka peti ais nak round round rumah 😏erk?? Saje je laa kan kan. Itu tak jadi masalah laaa tapi yang jadi masalahnya walau jalan ulang kali ke dapur pun takde pulak berat badan tu turun. Padahal dah jalan tuuu boleh kira esasais jugak laa.. kan???  Kan korang??? Ke tidak ???Takpe takpe jangan gaduh-gaduh jom kita belajar cara turunkan berat badan dengan mudah dan pasti berkesan. Legooo.. 💨

Sumber utama tenaga bagi setiap sel-sel tubuh badan manusia adalah dari glukosa dalam darah. Terdapat 3 sumber glukosa dalam darah:

🔽Sumber primer ialah melalui karbohidrat.
🔽Sumber kedua adalah melalui lemak
🔽Sumber tertier adalah melalui protein.




KARBOHIDRAT
LEMAK
PROTEIN


Tujuan kita kurangkan karbohidrat sehingga tidak lebih dari 35g/hari adalah untuk membolehkan sel-sel tubuh mula menggunakan lemak yg tersimpan banyak dalam badan.

LEMAK TENAGA
KARBOHIDRAT/PROTEIN TENAGA

Sepanjang proses pertukaran sumber dari karbohidrat ke lemak, beberapa tanda akan berlaku terutama rasa lapar di mana sel-sel akan saling beri isyarat melalui impuls ke sel otak untuk membolehkan sel otak arahkan kita ambil lebih karbohidrat. Maksudnya lagi meningkat selera dan rasa nak makan. Lemak memerlukan oksigen yang banyak untuk menukarkannya kepada tenaga oleh sebab itu tubuh memerlukan air yang mencukupi supaya proses pertukaran tenaga berjalan dengan lancar tanpa gangguan kepada sistem-sistem lain didalam tubuh. Kalau tak nak minum air hirup sebanyak mungkin udara segar supaya tubuh mempunyai cukup oksigen. Kalau anda mampu la kan..tapi kualiti udara sekarang ni kebanyakan sudah tercemar kan? Lagi banyak pencemaran…lagi bahaya untuk system tubuh kita kerana ia akan menjadi toksik. Apabila lemak mula digunakan akan berlaku pembebasan tenaga.

KORANG TAU TAK?

1g lemak membakar 9 kalori berbanding 1g karbohidrat atau protein membakar 4 kalori.Macam ni nak bagi clear..bayangkan kalori tu MANUSIA yang mengangkat batu-bata. Perpecahan 1gm lemak memerlukan 9 orang untuk mengangkat batu-bata. Manakala 1gm karbohidrat/protein hanya memerlukan 4 orang. Maksudnya pembakaran lemak menggunakan lebih banyak tenaga sedangkan kita juga perlukan tenaga sepanjang hari. Malangnya tenaga kebanyakannya digunakan untuk memecahkan lemak. Jadi kita pun keep feel hungry.

Jadi apa peranan protein dalam kes ni?
Protein adalah elemen asas struktur dan fungsi dalam setiap sel badan dan terlibat dalam pelbagai interaksi metabolik. Semua sel-sel dan tisu-tisu mengandungi protein , oleh itu protein adalah penting untuk pertumbuhan dan pembaikan dan penyelenggaraan kesihatan yang baik. Protein menyediakan tubuh dengan kira-kira 10 hingga 15 % daripada tenaga pemakanan dan ia adalah sebatian yang kedua paling banyak dalam badan selepas air. Sebahagian besar ini akan menjadi otot ( 43% secara purata) manakala sebahagian lagi  di kulit ( 15%) dan darah ( 16 %). Pemecahan protein tidak memerlukan banyak tenaga malah menyimpan lebih banyak tenaga untuk aktiviti harian. Sebab itu salah satu tujuan pengambilan protein ialah untuk membekalkan tenaga.


Protein sebenarnya adalah keperluan utama bagi setiap sel untuk melakukan fungsi tertentu. Dengan bahasa mudahnya semua sel-sel kita memerlukan protein untuk wujud. Selain itu, aktiviti metabolik di seluruh badan kita memerlukan enzim untuk berfungsi dengan betul dan semua enzim ini adalah protein. Hormon, sistem pesanan saraf ( neurotransmitter ),enzim penghadaman, tenaga yang menghasilkan enzimàsemua bergantung kepada protein.

Tanpa protein fungsi tubuh akan gagal laksanakan fungsi sel secara optima. Apa itu protein? Ok ringkasnya protein ialah gabungan amino asid yang yang didapati melalui pemakanan. Terdapat kira-kira 20 asid amino yang berbeza biasanya ditemui dalam protein tumbuhan dan haiwan.  8 asid amino adalah dianggap asid amino penting kerana mereka tidak dibuat oleh badan dan oleh itu mesti diperolehi daripada makanan. 12 asid amino dibuat oleh badan dan dianggap asid amino nonessential (tidak penting). Contoh 8 asid amino yang perlu dibekalkan melalui pemakanan tambahan/suplimen.
  • Leucine
  • Isoleucine
  • Valine
  • Threonine
  • Methionine
  • Phenylalanine
  • Tryptophan
  • Lysine
Sumber protein terbaik ialah berunsurkan soya seperti tauhu dan tempe. Dan Hsna pulak prefer protein ni di ambil setiap pagi🍷 👈 click

5 sebab mengapa protein boleh menjadi punca penurunan berat badan
  • Protein membantu simpanan kalori. Dalam proses penurunan berat badan peranan protein sangat penting untuk membantu membuatkan rasa kenyang dengan lama. Kehadiran protein yang mencukupi dapat melambatkan proses pencernaan dan menjadikan seseorag itu kenyang lebih lama. Kuncinya ialah simpanan kalori dapat membantu proses penurunan badan kita lebih senang.
  • Gabungan protein dengan makanan yang kaya karbohidrat dapat memperlahankan penyerapan glukosa dari perut ke dalam darah seterusnya menghalang keinginan “asyik nak makan” , “asyik lapar je..”
  • Makanan kaya karbohidrat: “Thermic Effect of Food” atau TEF ialah tenaga yang digunakan untuk mencerna makanan kepada lebih kecil atau ia bertindak sebagai agen penyerapan. Protein mempunyai TEF yang lebih tinggi berbanding dengan karbohidrat dan lemak. Ini bermaksud pemprosesaan/pemecahan protein dalam badan sebenarnya membakar lebih banyak kalori berbanding karb dan lemak.
  • Korang tau tak? Badan kita tidak mampu membakar dan menggunakan lemak sebagai tenaga tanpa bantuan karb dan protein. Semasa dalam proses penurunan berat badan, badan akan kehilangan otot dan lemak. Oleh sebab itu protein yang mencukupi oleh tubuh umpama bertindak sebagai bahan api pembekaran lemak. Apabila lemak yang ada di bawah lapisan kulit semakin menghilang ia akan menyebabkan kulit mengeleber. Jadi  sel-sel kulit memerlukan protein untuk  membolehkan ia bekerja bagi tujuan menganjalkan kembali struktur kulit.
  • Keperluan protein dalam tubuh akan  meningkat terutamanya selepas melakukan aktiviti seperti senaman. Ia bertindak untuk membaiki otot, meningkatkan fungsi otot serta menguatkan otot selepas melakukan aktiviti terutama aktiviti lasak. Sado tak sado!!


37 comments:

  1. protin penting utk kesihatan perkongsian bermanfaat

    ReplyDelete
  2. wahh tips yang baik ni, kak ana singgah malam dan follow sini #141

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq akak sudi singgah, komen dan folo lg ❤ sy pun done folo dan skodeng akak..hehe

      Delete
  3. Tips berguna ni hehe terima kasih! 😊

    ReplyDelete
  4. masa lapar mmg sukar nak pikir protein ke, karbohidrat ke, lemak ke... saya amalkan makan dalam portion yang sedikit setiap kali makan sebab saya tahu saya memang rajin ke dapur selongkar peti ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan????? Anda ingat saya ada masa untuk...bla bla..hahah

      Delete
  5. sentiasa jaga diet semasa PKP ni. mkn seadanya sbb nak berlatih utk puasa nanti.
    dah follow blog puan. Jom kin segmen di blog sy. TQ.

    ReplyDelete
  6. good sharing...bila PKP ni lupa dah pasal protein bila mengadap makanan dan nak2 pulak bila anak2 memasak..huhu

    ReplyDelete
  7. akak duk kat umah, buat exercise lite2 je..ikut dlm you tube. okey la kan..hehe..ada gak exercise..sama banyak dengan ulang ke dapur & makan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulang alik ke dapur tu kira esesais pun boleh

      Delete
  8. Wow nice info. Betul semua tu. Thank u for sharing awak!

    ReplyDelete
  9. Waaa..baru tahu kejadiannya... PKP Fasa 3 ni SS tak timbang berat lagi. Masa Fasa 2 timbang cuma naik 1kg. Kali ni macam takot pulak nak timbang. hehee

    ReplyDelete
  10. Adoih!... sejak PKP ni uncle dah lupa rasa tak mengunyah.... asik mengunyah je! hahaha

    ReplyDelete
  11. Nak kurus kena kuat semangat. Kalau separuh jalan tak jadi apa.. 😊 Pengalaman sendiri.. Hahaha..

    ReplyDelete
  12. saya suka makan ayam... tapi tu lah.. walaupun protein tapi sebab ngap dalam kuantiti banyak.. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmmmm camtulahhh.. sikit sikit tapi kerap lebih ok kot rasanya

      Delete
  13. Nak kurus juga...berat dah 68 kg

    ReplyDelete
  14. Dah masuk bulan puasa ni boleh la kawal makan, takla asik ke dapur makan

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yang menarik nie... Teman ada masalah... berat badan tak cukup... Nak naikkan berat badan ambil masa... Nak turunkan berat badan, cepat je turunnya... itu lah masalah teman nie...

    ReplyDelete
  17. great information. macam sy yg kaki makan ni main bedal ja semua haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...masa makan memang best efek lepas tu yang xbeshh

      Delete
  18. INSTEAD OF GETTING A LOAN,, I GOT SOMETHING NEW
    Get $5,500 USD every day, for six months!

    See how it works

    Do you know you can hack into any ATM machine with a hacked ATM card??
    Make up you mind before applying, straight deal...

    Order for a blank ATM card now and get millions within a week!: contact us
    via email address::{Universalcardshackers@gmail.com}

    We have specially programmed ATM cards that can be use to hack ATM
    machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at
    stores and POS. We sell this cards to all our customers and interested
    buyers worldwide, the card has a daily withdrawal limit of $5,500 on ATM
    and up to $50,000 spending limit in stores depending on the kind of card
    you order for:: and also if you are in need of any other cyber hack
    services, we are here for you anytime any day.

    Here is our price lists for the ATM CARDS:

    Cards that withdraw $5,500 per day costs $200 USD
    Cards that withdraw $10,000 per day costs $850 USD
    Cards that withdraw $35,000 per day costs $2,200 USD
    Cards that withdraw $50,000 per day costs $5,500 USD
    Cards that withdraw $100,000 per day costs $8,500 USD

    make up your mind before applying, straight deal!!!

    The price include shipping fees and charges, order now: contact us via
    email address:::::: {Universalcardshackers@gmail.com}
    Whatsapp:::::+31687835881
    ®

    ReplyDelete