Sunday 5 April 2020

4 CARA MENGUATKAN PERTAHANAN BADAN UNTUK CEGAH COVID 19

Satu anugerah yang tak ternilai yang Allah kurniakan kepada kita sebagai manusia tapi kita jarang-jarang sedar akan kepentingannya antaranya ialah sistem pertahanan badan. Allah telah mencipta suatu benteng yang kuat dan kukuh bagi perlindungan kita. Sistem yang Allah persiapkan untuk kita ini memiliki cara kerja yang sangat bijak. Ia mampu mengenali pelbagai jenis zat samaada  yang bermanfaat ataupun yang merosakkan tubuh.

Apabila tubuh diserang dan berpotensi melakukan kerosakan, sistem imun terus merekod dan menganalisa  kemudian tanda isyarat dihantar untuk membentuk mekanisme perlawanan yang sangat canggih dan ajaib. Sistem hebat ni tak kenal erti rehat tau, pagi ke tengahhari ke malam ke, NO REST. Sistem ini sentiasa berjaga-jaga untuk kita. Sistem imun yang lemah akan menyebabkan patogen termasuk virus, bakteria dan parasit mudah menyerang.

Sistem imun yang kuat berupaya:
 Badan yang lebih kuat untuk mencegah jangkitan
 Tempoh  pemulihan yang lebih pendek 
 Tidak mudah mendapat jangkitan dan penyakit
 Jika sudah dijangkiti simpton yang timbul lebih ringan
 Kurang jangkitan  berulang

Lindungi kesihatan kita dengan 4 nutrien asas ini ! 

1. Vitamin C
Kehadiran vitamin C bertindak sebagai 'otot' kepada seluruh sistem imun tubuh manusia. Ia membantu meningkatkan aktiviti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing yang memasuki badan. Pengambilan Vitamin C secara konsisten dapat membantu menguatkan pertahanan tubuh dengan segera.

Istimewanya bawang putih ia mengandungi  alicin, iaitu komponen utama antibakteria yang membantu meransang sistem imun badan dengan menggalakkan aktiviti sel darah putih. Bawang putih sangat kaya dengan nutrien seperti Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin C, zat besi dan fosforus.

Tahukah anda karotenoid berfungsi untuk memberikan tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran  warna-warna yang menarik? Ada warna oren, merah, kuning, ungu, dll., Katotenoid tergolong dalam satu satu antioksidan yang kuat. Oleh itu pengambilan karotenoid sangat penting untuk meningkatkan  sistem imun tubuh manusia. 
Ia membantu melindungi sel darah putih daripada oksidatif tekanan dan keradangan
Ia membantu meningkatkan ketahanan dengan memperbaiki keupayaan mengesan dan memusnahkan sel yang tidak sihat

Hsna pasti yang ni majoriti tak  biasa dengar kan? Tapi ia sangat penting dalam tubuh kita. Inteferon merupakan sejenis protein yang dihasilkan secara semulajadi dalam sistem imun badan tubuh kita sebagai tindak balas terhadap jangkitan seperti virus, bakteria dan parasit.  

Ia boleh diransang dengan rangsangan inteferon esktrak tumbuhan yang dibuat daripada bunga safflower, biji plantago, honeysuckle Jepun dan biji labu. Inteferon berupaya mengaktifkan ketahanan sistem imun dengan pantas serta merangsang tindak balas imun supaya sel imun boleh menyerang patogen dan menguatkan ketahanan sel. 

Amalkan Tabiat Kebersihan Untuk Kesihatan Lebih Baik #CegahCovid19

1. Cuci tangan dengan kerap menggunakan sabun atau cecair pembersih tangan berasaskan alkohol
2. Tutup mulut dengan tisu bila batuk dan buang selepas digunakan. Jika tiada tisu, batuklah pada lengan anda
3. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak bersih








4. Elakkan mendekati individu yang mengalami demam dan batuk
5. Jika anda batuk atau hidung bera berair, pakai penutup muka apabila berada di tempat awam
6. Jika anda demam, batuk dan sukar brnafas, segera dapatkan bantuan perubatan. 



Referen:
1. Shaklee Today | Informasi Bulanan | Kekalkan Kekuatan Pertahanan Badan dan Sentiasa Berwaspada | Isu 04| 2020
2. Dt. Tauhid Nur Azhar, 2014. Rahsia Tentera Imun 

23 comments:

  1. Syukran..inteferon pertama kali dgr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahlan 😉

      Inteferon mmg wujud semulajadi dalam tubuh kita pun cuma makin kurang atas byk faktor. Sebab tu kita cuba topupkan dengan suplemen yang tepat

      Delete
  2. Ok dah tahu apa yang kuatkan ketahanan badan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, thank for sharing! stay safe sis and happy blogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, welcome welcome

      You too, stay safe !

      Delete
  4. Ialah covid 19 tiada vaksin yang mampu sembuh tu dengan izinNYA jua dan juga daya ketahanan badan masing-masing mampu melawan semula covid 19 tu.
    Interferon ni pun Mrs. A baru aje dengar time ada seorang doktor tu share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada yg mustahil dengan izinNya kan. Insyaalah ada hikmahnya

      Bagus doktor tu [tiberrrr dia doktor kot..haha]

      Delete
  5. thanks for the share...

    PS: moga wabak ini cepat berakhir...

    ReplyDelete
  6. Saya makan interferon. Interferon dari Nutriferon Shaklee

    ReplyDelete
  7. thank you so much for sharing this.

    ReplyDelete
  8. i really good info and thanks for sharing :)
    stay safe ya :D

    ReplyDelete
  9. info yang bagus dan good sharing..thanks

    ReplyDelete
  10. Moga kita dijauhkan dari penyakit ini moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  11. thank for the share....itu la...sebelum puasa...rasa mcm kt sekolah asrama penuh plak...6 kali sehari makan....hehehe...

    ReplyDelete
  12. INSTEAD OF GETTING A LOAN,, I GOT SOMETHING NEW
    Get $5,500 USD every day, for six months!

    See how it works

    Do you know you can hack into any ATM machine with a hacked ATM card??
    Make up you mind before applying, straight deal...

    Order for a blank ATM card now and get millions within a week!: contact us
    via email address::{Universalcardshackers@gmail.com}

    We have specially programmed ATM cards that can be use to hack ATM
    machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at
    stores and POS. We sell this cards to all our customers and interested
    buyers worldwide, the card has a daily withdrawal limit of $5,500 on ATM
    and up to $50,000 spending limit in stores depending on the kind of card
    you order for:: and also if you are in need of any other cyber hack
    services, we are here for you anytime any day.

    Here is our price lists for the ATM CARDS:

    Cards that withdraw $5,500 per day costs $200 USD
    Cards that withdraw $10,000 per day costs $850 USD
    Cards that withdraw $35,000 per day costs $2,200 USD
    Cards that withdraw $50,000 per day costs $5,500 USD
    Cards that withdraw $100,000 per day costs $8,500 USD

    make up your mind before applying, straight deal!!!

    The price include shipping fees and charges, order now: contact us via
    email address:::::: {Universalcardshackers@gmail.com}
    Whatsapp:::::+31687835881
    ®

    ReplyDelete

Iklan