Kenapa
sudah banyak kita mengucapkan kalimah zikir tapi tak memberi kesan apapun pada
diri kita?
Amal
Ya Wahhab 300x sehari dengan harapan apa yang kita mahu, kita pinta pasti Allah
beri!
Amal
Ya Mujib 60x sehari selepas subuh supaya doa-doa kita mudah dan pantas
dikabulkan!
Tapi
hati ini, diri ini, kehidupan ini tetap tak merasai beza apa pun? Kenapa?
Mungkin
kalimah itu belum jujur, belum sesuai dengan hati kita, dengan kehidupan kita.
Seandainya
kita jujur Allah pasti akan tunjukkan keajaiban dan luarbiasanya kalimah yang
kita zikirkan itu. Pasti! Maka jujurlah dengan Allah. Zikirkan kalimah itu dengan hati yang hadir, jiwa yang hidup dan ucapkanlah keranaNya - kerana kita agungkan Dia, kerana kita cintakanNya.
bukan kerana kita nak sesuatu dariNya semata! Allahuakbar.
Sesungguhnya janji Allah itu benar, “kita
tunaikan janji kita kepadaNya pasti Dia juga akan tunaikan janjiNya kepada
kita” – janji Allah itu pasti. Cari Allah pasti Allah cari kita!
Dan janji Allah itu tanpa ‘Insyaallah’
seperti kita. Maklum saja lafaz
Insyaallah bagi kita manusia yang penuh dosa ini bagaikan situasi 50-50..betul
tak? Nak ke tak nak..urmmm tak pasti la – nah itu umpamanya!
Dan
sesungguhnya hanya kepada Dia kita akan kembali. Fafirruuilallah- Run to Allah
> Allah pasti bantu kita, Insyaallah!
Assalamualaikum! tengok juga video-video best Ust.
Hanan Attaki LC.. kata-kata beliau tak sah kalau tak jentik tangkai hati
kita..jauhnya kita dengan Syurga Allah! Allahu...
betul la...kita mcm berkira dgn Allah, mcm mne la kalau Allah berkira dgn nikmat yg diberi...Allahu
ReplyDeletekan~~~~
Deleteingat Allah ketika senang & susah...
ReplyDeletesetuju
Deleterenungan bersama.. nice sharing ^^
ReplyDeletealhamdulillah...tq
Deletedari segmen Senarai URL Blog #31
ReplyDeletehttps://marblemomo.blogspot.com/
singgah sini
TQ untuk teguran ini..
ReplyDelete