Friday 1 January 2016

CARA NAK BUAT WISHLIST TERCAPAI | DARE TO DREAM

Salah satu kebahagian seorang hamba adalah menyembunyikan rahsia dirinya dan merancang jalan hidupnya

WISHLIST
Asal tahun baru je buat wishlist...macam dah sinonim dah tahun baru vs wishlist ni kan? Husna setiap bulan buat wishlist, start from sekecil-kecil impian hingga sebesar-besar impian. Ada yang dah tercapai but still masih banyak yang perlu improve and yet banyak jugak lagi yang masih belum tercapai.

Kalau kita fikir banyak benda yang masih belum kita dapat jangan jadikan itu alasan untuk kita putus asa dalam menanam dan mengejar impian yang lebih besar. Sebaliknya bersyukurlah kerana ada sebab kenapa Allah tak bagi lagi: Tapi at the same time YAKIN lah you akan & pasti dapat apa yang you mahu.

Just maybe USAHA belum cukup lagi, so keep working on it, keep improving yourself


So macam mana nak list kan wishlist kita dan pastikan ia tercapai?

Set kan goal 
List kan apa yang you nak secara randomly dulu, ni untuk pastikan korang nampak apa yang korang nak. Lepas tu susun mengikut keutamaan, kemampuan untuk mendapatkannya atau kesedian korang untuk capai impian tu. Masa nak decide ni korang kena kena YAKIN yang korang memang mampu dan akan dapatkan dengan apa cara sekalipun. Kalau korang FIKIR tak mampu korang rasa seluruh anggota tubuh akan mampu tak untuk pastikan impian kita tercapai.

Apa yang Husna maksudkan kat sini, control your mind first, then your mind will control your body automatically. try it kalau you tak percaya... you lebih dari MAMPU even untuk capai benda yang mustahil sekalipun... DARE TO DREAM dear..be flexible with your capability!

Utamakan yang utama

TIP LANCARKAN URUSAN

Buat timeframe untuk setiap impian - isi supaya korang terasa "dikejar-kejar", buat korang terasa "aku tak boleh leka.." Timeframe ni jangan buat jangka masa panjang sangat nanti buat kita MALAS. kalau dan menda alah ni datang confirm satu keje pun tak jadi. betul tak? Yang penting buat ikut kemampuan

p/s: kita kecikkan kapasiti MALAS tu ye...jgn duk besar-besarkan dia..takde gunanya!!

Listkan action untuk pastikan you boleh capai apa yang you nak - ni macam kita nak show off diri kita bahawa kita buat atau sebagai bukti bahawa kita juga bekerja keras untuk capai impian. Pastikan you buat dan laksana. Jangan sekadar list dan tulis but no action. thren you will gain nothing right?

Kerana Allah tengok usaha kita dan Dia takkan pernah mensiakan usaha kita dan pasti ganjaran menanti. Yang penting jangan berputus asa and time will prove it!

MOTIVASI


++unik tip dari Husna, kalau tak nak baca go on je ke bawah
Lakonan: fake it until you make it!!
Buat ni untuk dapat feel tu atau untuk gain more confidence. just like i mention before yang kat atas tu.. play with your mind and trick your mind. Sebab apa sahaja dalam minda kita akan menarik kepada kehidupan kita. Minda kita ni tak tahu pun kalau kita menipu sebab dia FOLLOW apa yang kita RASA.

Kalau korang pernah dengar LAW OF ATTRACTION korang akan faham. tapi Husna takkan bincangkan kat sini...panjang lebar gamaknya..Husna pun still proses belajar lagi menda ni..mmg best lah






Doa dengan jelas
Doa ni la yang power ni, yang bagi fuel supaya semua impian kita tercapai. Lagi banyak, lagi istiqomah, jelas lagi cepat doa tercapai. Kalau lambat jugak, Allah lebih mengetahui. 

Dari mula nak list kan goal/impian mintak Allah permudahkan urusan kita, pastikan kita capai impian kita dengan cara yang baik dan berkat, 

Lepastu doa kat Allah kuatkan kita untuk berhadapan dengan kepayahan dan rasa down bila kita usaha nak buat sesuatu. Dalam hidup kita pastinya ada pasang surutnya kan? ada masa-masa tertentu kita rasa down giler, tak tahu nak fikir apa

So tak salah kiranya nak layan kejap down tu tapi jangan lama sangat nanti kang banyak masa terbazir..rugi masa!!

So macam mana nak bangkit?

Tengok semula LIST IMPIAN korang, baca satu persatu untuk gain balik keyakinan tu. Insyaallah. Dan doa jangan skip. 

Atau baca kisah-kisah yang boleh bagi inspirasi: kisah orang-orang berjaya, ingat kat family, ingat insan tersayang, insyaallah spirit will come back.

Insyallah berkat kesabaran dan istiqamahmu akan menghadiahkan kamu dengan sesuatu yang jauh lebih berharga dan bernilai. 

Perbanyakkanlah solat-solat sunat seperti: solat hajat, tahajjud, dhuha, taubat supaya tubuh kita dan diri kita ringan dosa dan noda. 

Perbanyakkan memuji Allah dengan nama-nama indahNya. Kat sini Husna cadangkan nama Allag yang korang boleh amal setiap hari.

Ya Wahhab: Yang Maha Memberi (300x)
Ya Ghani: Yang Maha Kaya (1000x-1007x)
Ya Mujib: Yang Maha Mengabulkan doa (55x selepas Subuh)
Ya Basit: Yang Maha Melapangkan (10x selepas Dhuha)
.
.
ni beberapa contoh dan banyak lagi yang korang boleh amal. kalau korang nak lagi boleh inform Husna direct atau dapatkan buku-buku nama Allah di kedai-kedai buku..berterabur kot...hehe

Perbanyakkan selawat ke atas kekasih Allah. Nabi Muhammad SAW. 
Doakan ibubapa dan ahli keluarga serta saudara seislam seluruhnya.

.
ni Husna bagi seringkas mungkin tip nak buat wishlist kita tercapai. me too working on it!! jum sesame...

Share with the deepest love Husna Rahman
011-2557 9903 | husnasukahijau@gamil.com

.
Selamat datang 2016 semoga tahun ni lebih positif lebih gempak dan lebih banyak wishlist tercapai. Insyaallah.
I am Husna Rahman, a big dreamer!

No comments:

Post a Comment

Iklan