Key:Suplimen untuk rambut cantik!
90% rambut terdiri daripada protein yang
dipanggil keratin. Purata umur setiap rambut adalah 3-4 tahun selepas itu rambut akan gugur dan diganti dengan yang baru.
Sebagaimana
diri kita memerlukan makanan untuk terus hidup makanya sama jugak dengan setiap
sel dan organ dalam tubuh kita memerlukan “makanan” mereka masing-masing untuk
tumbuh dan membesar dengan sihat. “Makanan” mereka didapati dalam bentuk
nutrient, vitamin, zat galian dan mineral. Memang tidak dinafikan tubuh kita
memang mampu menyediakan semua “makanan” yang diperlukan oleh tubuh. Namun
faktor peningkatan usia,pendedahan kepada pencemaran dan radikal bebas,
ketidakseimbangan serta jurang nutrisi, cara penjagaan kesihatan dan sebagainya
telah memberi kesan terhadap tahap pengahasilan “makanan” asli ini oleh tubuh
kepada tubuh. Satu-satunya penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan
mencukupkan serta merapatkan jurang nutrisi melalui pemakanan dan pengambilan
suplimen.
Ramai pakar rambut telah mendapati bahawa mineral
penting seperti magnesium, sulfur,
silica dan zink sangat penting untuk mengekalkan rambut yang sihat dan
kuat.
Beta-karotena penting untuk pertumbuhan rambut.
Ini kerana ia ditukar kepada vitamin A bagi membantu mengekalkan pertumbuhan
normal dan perkembangan tulang, pelapis pelindung di sekitar gentian saraf di
samping menggalakkan pertumbuhan rambut
dan kuku yang sihat. Beta-karotena didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan
hijau dan kuning.
Oleh kerana rambut adalah sebahagian besarnya daripada protein, diet yang terlalu rendah dalam
protein boleh menyebabkan beberapa penipisan rambut atau terencat dalam kitaran
pertumbuhan. Jika anda makan diet yang kaya dengan protein ia mampu menyebabkan
pertumbuhan rambut yang lebih baik dan lebih tebal.
Sesetengah pakar pemakanan mencadangkan pemakanan
daging, benih gandum untuk memaksimumkan pertumbuhan rambut serta
memberikan kekuatan dan kecantikan
kepada rambut. Lain-lain sumber makanan protein termasuk ikan, telur, kacang
dan yogurt. Manakala protein soya (satu-satunya sumber protein paling kaya
daripada tumbuhan) juga telah didapati dapat membantu dalam merangsang
pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat.
Faktor rambut gugur.
◈Gaya hidup seperti
kesan tekanan yang tinggi. Tekanan yang berlebihan
akan membantutkan pertumbuhan ambut yang sihat kerana ia mampu
mengganggu system saraf.
◈Rehat dan tidur yang tidak
mencukupi dan berkualiti. Untuk memastikan sel rambut tumbuh dengan sihat tubuh
juga harus lebih sihat . Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti iaitu sekitar
5-8 jam.
◈Beberapa masalah
kesihatan yang boleh menyebabkan
keguguran rambut termasuk: Masalah
tiroid, anemia, Lupus, Diabetes
◈Tidak mendapat cara pemakanan yang betul- protein yang
tidak mencukupi dalam diet
◈Ketidakseimbangan hormon (seperti tiroid kurang aktif
atau terlalu aktif)
◈Jangkitan kulat (seperti kurap kulit kepala),
◈Kekurangan zat besi: Kurang vitamin dan mineral penting
yang membantu menguatkan dan menyihatkan rambut seperti kekurangan Vitamin D,
zink dan protein
◈Kehilangan berat badan yang ketara. Ini bermaksud badan
anda tidak menerima cukup nutrisi untuk dibawa keseluruh tubuh.
Cara mengatasi masalah rambut gugur
1. Pengangambilan makanan
tambahan yang baik yang mengandungi vitamin dan
mineral sangat diperlukan untuk memastikan rambut kita sihat dari dalam.
Pastikan pengambilan diet yang berkhasiat & cara pemakanan yang betul
dengan mengelakkan makanan yang tinggi gula atau lemak serta mengawal paras glukosa dalam darah boleh membantu menghentikan
keguguran rambut.
CADANGAN
VITAMIN OLEH PAKAR RAMBUT:
◈Vitamin B-kompleks – harus termasuk folat, Biotin dan inositol
◈Vitamin B-6 - 50 mg. vitamin B-6
◈Vitamin C dengan bioflavonoid - satu hingga dua gram setiap hari
◈Vitamin E - 400 hingga 800 IU setiap hari
◈Beta-Karotena - 10,000 hingga 15,000 IU beta-karotena setiap hari
◈Magnesium
◈Sulfur
◈Zink
Pengambilan vitamin adalah antara langkah penting untuk menjaga kesihatan anda. Tetapi hanya dengan pengambilan yang betul dan seimbang dapat
mencegah atau menghentikan keguguran
rambut serta membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan tebal.
3 sebab utama anda perlu bekalkan vitamin untuk rambut
anda:
#.Vitamin menghalang pengeluaran testosteron di-hidro
atau DHT - salah satu masalah utama keguguran rambut.
#.Vitamin mencergaskan folikel rambut yang rosak dan
dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut sekaligus mengurangkan kadar
keguguran rambut.
#.Vitamin menyuburkan dan menyembuhkan kulit kepala.
Vitamin
B
Sumber-sumber utama vitamin B adalah kacang, bunga kubis, kacang soya dan telur . Ia
adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kepala dan rambut. Menggalakkan
pertumbuhan rambut
Vitamin B3-niasin,
B5-Pantothenic asid dan B6
-pyridoxine perlu diambil sebagai makanan tambahan untuk merawat keguguran
rambut. Manakala B9 atau asid folik
bertindak mencegah kehilangan rambut
Biotin amat penting untuk rambut dan kulit yang sihat dan
berkesan dalam mencegah keguguran rambut
terutama bagi lelaki. Kacang hijau,
kacang soya, biji bunga matahari, beras perang, yis, oat, kacang merah dan
walnut adalah sumber besar vitamin Biotin utama. Selain boleh digunakan untuk mengatasi rambut gugur,
biotin juga membantu menggalakkan pertumbuhan rambut sihat. Biotin juga
dikenali sebagai vitamin H dan juga merupakan sebahagian daripada keluarga B
complex.
Vitamin
B12 berfungsi untuk menggalakkan sistem saraf yang sihat
dengan membentuk satu lapisan pelindung di sekitar saraf. Anda memerlukan
kelapan-lapan jenis vitamin B untuk
memastikan anda memperolehi cukup
nutrient untuk rambut. Sebolehnya anda
digalakkan juga untuk mengunakan syampu yang mengandungi vitamin B kompleks
untuk kulit kepala.
Vitamin E membantu meningkatkan pembekalan
oksigen kepada kulit kepala dan rambut bagi menghalang keguguran rambut.
Vitamin C membantu dalam meningkatkan
peredaran darah ke kulit kepala dan memastikan folikel rambut mendapat bekalan
nutrient yang mencukupi
Beta karotena atau dikenali juga sebagai Vitamin A penting untuk menghalang
keguguran rambut dengan memperbaiki kulit kepala yang sihat.
Zat besi merupakan mineral yang amat
penting bagi tubuh manusia. Ia mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan
system peredaran darah. Ia membantu untuk membentuk hemoglobin dalam darah yang
membantu menyampaikan oksigen ke sel-sel badan
Ia juga penting untuk protein otot terutamanya kepada
sel hati, limpa dan sum-sum tulang. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada
banyak masalah kesihatan seperti anemia. Makanan seperti emping,bijan,
daging, sardin, dan tuna dalam minyak adalah semua sumber utama besi dalam
makanan.
3. Elakkan penggunaan air panas, pengering rambut dan terdedah kepada radikal bebas terlalu
kerap. Kerana protein rambut akan cepat rosak dan akan menjadi keras (kdg2 dah
macam bulu penyapu dah rambut sebab kasar dan keras..kan?)
4. Urut kulit kepala sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memberi rangsangan
kepada folikel rambut serta menggalakkan peredaran darah keseluruh kepala. Sn
nutrient diterima oleh rambut dengan lebih sekata
5. Potong bahagian rambut yang bercabang supaya ia tidak
merosakkan dan mengganggu bahagian rambut yang lain.
6. Pastikan rehat dan tidur yang cukup untuk membolehkan rambut
berkembang dan tumbuh dengan bebas
7. Galakkan bersenam sekurang-kurangnya 2-4 kali seminggu
bagi menggalakkan penyebaran oksigen dan nutrient oleh darah keseluruh tubuh. Ni bukan rambut je cantik,
kulit pun jadi cantik tau.
8. Pengambilan makanan yang kaya omega-3 yang mampu
meneutralkan toksik dalam darah serta membantu melancarkan peredaran darah. Serta pastikan pengambilan
protein yang cukup dengan kapasiti tubuh
9. Bebaskan rambut. Jangan ikat rambut dengan kerap kerana
akan merosakkan struktur rambut. Elakkan bertudung atau berbungkus ketika
rambut masih basah. Pastikan tudung atau scarf yang dipakai sentiasa bersih dan
bebas bakteria. Sikat dan dandam rambut sebaiknya kerana ia boleh melancarkan perdaran darah dibahagian kepala.
10. Guna syampu yang sesuai. p/s:kat atas td ada mention
seboleh-bolehnya carilah syampu yang mempunyai kandungan b complex penuh. Ia
mampu membekalkan nutrinet kepada rambut secara luaran selain membekalkan
melalui pemakanan multivitamin yang membantu merawat dari dalam.
**Makan dengan betul, senaman, mengurangkan tekanan,
rehat, mendapat banyak tidur mampu
memaksimumkan potensi pertumbuhan rambut yang sihat,kuat dan bersinar
No comments:
Post a Comment