HOME SWEET HOME

Friday 28 August 2015

10 Panduan Doa Mustajab

Bismillah.hirrahman.nirrahim & Assalamualaum.warahmatullah.hiwabarakatuh.

Ibnu ‘Athailah berkata, “ Doa mempunyai rukun-rukun, sayap-sayap, waktu-waktu dan sebab-sebabnya. Apabila doa memenuhi rukun-rukunnya, menjadi kuat. Apabila sayap-sayapnya dipenuhi, ia terbang di langit. Apabila ia sesuai dengan waktu-waktunya, ia beruntung. Apabila ia bertepatan dengan sebab-sebabnya, ia berhasil.”
-panduan-panduan doa-
1. Mengangkat dua belah tapak tangan
2. Bacaan doa dari al-quran, hadis atau lainnya
3. Mulakan doa dengan puji-pujian kepada ALLAH SWT. Serta ditutup juga dengan puji-pujian kepadaNYA
4. Sebaik-baiknya dalam keadaan berwudhuk
5. Menghadap kiblat
6. Berdoa dengan suara yang rendah
7. Banyakkan berdoa pada waktu senang dan selesa agar ia mudah diterima sewaktu sukar dan derita.
8. Tidak jemu dalam mengulangi doa-doa itu sehingga kelihatan benar-benar berharap
9. Tidak mengangkat pandangan dan kepala ke langit.
10. Datangkan rasa yakin bahawa doa-doa akan dimakbulkan dan benar-benar meletakkan pengharapan kepada ALLAH SWT.
.

Last sebagai bonus untuk entry paling Husna suka setakat ni Husna provide sedikit kata hikmah tentang DOA. Semoga koleksi kata hikmah ini menjadi kekuatan untuk kita terus istiqamah dalam berdoa. Doa bukan sekadar untuk meminta sesuatu permintaan denganNya tetapi DOA menjadi jambatan antara DIA dan KITA, menjadi lebih rapat,lebih dekat dan lebih mencintaiNya.  
.
Doa kita kepada Allah juga dikira sebagai bentuk lain dari beribadat dan bukti ketaatan yang akan mendatangkan suatu pemberian yang lebih daripada apa yang kita minta.
Oleh itu seseorang hamba yang benar-benar mengetahui hakikat berdoa kepada Allah nescaya tidak akan resah, susah hati dan kacau fikirannya. Insyaallah. 

Ingatlah hidup jangan sesekali berdukacita kerana kita masih ada Allah yang boleh kita pinta doa, kita punya waktu sepertiga malam untuk kita memohon hajat dan kita masih punya waktu dan keupayaan untuk merapatkan dahi kebumi untuk bersujud.

Putus asa tidak akan pernah ada dalam lipatan kisah hidupku dan hidupmu kerana DOA adalah caraku, usahaku untuk lebih rapat dan dekat denganNya tanpa harus menjauhi dari tuhan, Allah. Insyaallah.
.
Ya Allah jadikanlah DOA itu sumber kekuatan bagi kami kerana kami yakin dengan pembelaanMu.
Ya Allah Kau kabulkanlah setiap doa-doa kami, muslimin dan muslimat selagi ia baik pada jalanMu, pada hidup dan mati kami, pada dunia dan akhirat kami.  Kau limpahkan kami RAHMAT, NIKMAT DAN REZEKI kepada kami Ya Allah. 

-SignatureHusnaRahman-

DO YOUR BEST
LETS ALLAH DO THE REST!!




^-^"
yOur truly Shaklee Independent Distributor Husna Rahman
Looking for more healthy tips lets explore my page TIP SIHAT or FACEBOOK Husna Rahman  
or personally talk to me via sms/whatsapp 011-2557 9903 or e-mail me at husnasukahijau@gmail.com
Or meet me on instagram @husna.rahman
🚲..🚙..🚄..🚃..🚉..🚅..🚤..🚢
-Because life is a journey. A beautiful journey worth if you have a healthy life-

No comments:

Post a Comment