Friday 26 February 2016

PRAY OF THE DAY


Assalamualikum & Salam Jumaat Kareem


Alhamdulillah sekali seminggu kita ada hari Jumaat, seriously aku suka sangat hari Jumaat
Kalau dalam Islam Jumaat ni dikira hari raya bagi seluruh umat islam, penghulu segala hari 
pastu aura hari Jumaat jugak sangat lah luar biasa
macam mana luarbiasanya???
◕‿◕
kuasa makbul doa sepanjang hari Jumaat sama bila kita bangun untuk berqiammulai
hebat kan? so bagi sape2 yang agak berat tubuh nak tinggal tempat tidur hatta untuk tahajud 2 rakaat perbanyakkan amalan setiap hari Jumaat, at least merasa jugak pahala qiam seminggu sekali..kan?

Dan satu lagi perbanyakkanlah sedekah, kalau  hari-hari biasa susah nak sedekah apakata cuba ringankan tangan hulur RM1 je...kalau hari biasa dah biasa bagi seringgit sempena hari Jumaat tambah lagi seringgit jadi RM2...lebihkan sikit..tak rugi pun sebab zahirnya kita nampak kita bagi kat org lain padahal kita sebenarnya bagi pahala kat diri sendiri..so rugi ke mcm tu? tak kan??

apa yang aku taip kat atas tu khas aku tuju untuk diri aku sendiri tapi kalau korang nak terasa sama, bagus jugak kan, sama-sama kita sentap tangkai hati kita...

ok cukup kot entry ringkas untuk hari ini harap-harap kita boleh sama2 mendapat redha dariNya
impikan keselamatan dan kesenangan dunia akhirat jum kita sama-sama sematkan dalam fikiran, dalam hati bahawa kalau nak Allah kabulkan doa kita, penuhi dulu suruhanNya. Jaga Dia nescaya kamu juga akan dijagaNya dengan rahmat dan kasih sayang, YA RAHMAN YA RAHIM tanpa batas.

"Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak" 
 Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa disampingmu. 
 
Ya Allah jangan sesekali Kau palingkan hati kami samaada dekat atau jauh, sekejap atau lama dariMu.
Jadikanlah kami hambaMu yang soleh dan solehah yang sentiasa patuh akan suruhanMu.Insyaallah.  

Salam sayang Husna Rahman.
Impianku aku ingin memberi tanpa batas maka Kau luaskanlah rezekiku dalam setiap ruang dan aspek untuk aku pastikan impianku tercapai. Ku penuhi dunia untuk aku dapatkan akhirahMu. Maka lancarkanlah, berkatilah setiap urusanku Ya Allah. amin. Ya Mujib Ya Wahhab Ya Ghani. 

 


Wednesday 24 February 2016

MACAM MANA CARA NAK DAPAT KERJA KURANG DARI 1 TAHUN LEPAS GRAD?

Assalamualaikum saudara-saudara syurgaku, Insyallah.

Semalam slps isyak kononnya plan nak habiskan semua keje-keje rumah so jimat masa untuk hari ni tapi tu la plan kita selalu tinggal plan kan.. kita hanya merancang tapi Dia juga merancang,sebaik-baik perancang. nak dijadikan kisah dapat satu ilmu baru semalam even keje tak siap...hikmah ke tu??  kira ok la kan lost the task gain one knowledge...Alkisahnya.....

sambil-sambil duk tunggu kain baju duk berputar dlm machine terambil la satu buku "Kisah Wali-Wali Allah" . terambik ok bukan sengaja nak ambik...haha...such an old book but the inside...masyallah too much to handle... terlalu byk kisah yang buatkan aku terfikir lama...kisah inspirasi, kisah benar, kisah untuk menguatkan lagi jiwa rapuh ni..seriously deep content!!

Dalam buku tu hampir ada 100++ kisah benar wali-wali Allah. Tapi yang aku baca semalam kisah yang ke-60 (jangan tanya baki lg tu...haha...bila pulak ntah ada masa nk baca)...Tajuknya: Batasan keyakinan kepada Allah...yes its about confidence!!



keyakinan terbesar dalam hidup kita adalah kepada Allah, next keyakinan kita pada diri kita sendiri..igt eh kalau kita tak pernah yakin dengan Allah bagaimana mungkin Allah nak titipkan keyakinan tu kat diri sendiri dan sekeliling kita...

Kerana Allah mengikut sangkaan kita, kerana apa yang kita rasa, kita fikir, kita ucap adalah doa kepadaNya...betul tak??

ok back to kisah wali Allah tadi, dalam buku tu takde disebut nama wali tersebut tapi  kisah ni diceritakan oleh ....erk aku tak igt..ni aku update kat ofic balik nanti aku tgk balik pastu edit sini balik...hehe..sabo je la...



Wali tersebut mempunyai seorang isteri yang agak pemarah. Sudah beberapa hari bekalan mereka sudah habis. Maka suami (wali Allah) disuruh oleh isterinya untuk keluar mencari kerja. Maka keluarlah si suami mencari kerja. Setelah seharian kehulu-hilir tetap jugak tak dapat pekerjaan, tiba malam pulanglah suami ke rumah. Tanya si isteri, " dimanakah wang hasil kerjaanmu hari ni?"

Maka jawab si suami, "Hari ini tauke aku tak bagi upah lagi, Insyaallah setelah tauke aku berpuas hati, dia akan bagi upah."

Maka tenanglah isteri untuk hari tersebut. 

Keesokan harinya setelah puas berfikir apa yang perlu dia lakukan untuk dapatkan wang dan bekalan makanan akhirnya wali tersebut membuat keputusan untuk ke kubur untuk bersembahyang sunat, berdoa dan berzikir.

Kenapa beliau tidak ke masjid sahaja?
Kerana di masjid terdapat orang keluar masuk sedangkan kawasan kubur sunyi sepi, jadi beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada Tuannya. 

Apabila sampai ketika untuk pulang ke rumah beliau pulang kerumah. Sekali lagi si isteri bertanya, "Mana upahmu.."

"Tauke aku masih belum bagi.."

Si isteri masih berpuas hati dengan jawapan suaminya tanpa mengesyaki apa-apa.

Untuk hari seterusnya wali tersebut sekali lagi menghabiskan masanya di kubur. Saat pulang kerumah, isteri bertanya, beliau masih memberi jawapan yang sama, si isteri masih tidak mengesyaki apa-apa

Malamnya beliau berfikir, "apa yang harus aku lakukan kerana aku tak boleh berterusan menipu isteriku kerana lama-kelamaam, rahsia ini akan diketahui isteriku juga".

Keesokan harinya beliau masih sama. Pergi ke kubur untuk bersama-sama Tuannya. Berdoa dan meminta dengan YAKIN. Dan berterusan beberapa hari hingga akhirnya tiba....

Malamnya beliau balik ke rumah. Pelik! "Kenapa dapur rumahku berasap malah wangi semerbak datang bertandang dihidung, riuh suasana rumahku". Masuk sahaja ke rumah isteri menyapa dengan senyuman dan berkata, " Taukemu telah membayar upahmu yang berganda-ganda. benar katamu tauke itu sangat baik hati dan pemurah kerana dia sanggup memberi lebih dari yang sepatutnya".

Hairan. Sangat hairan. tauke manakah yang baik hati telah menghantar berganda-ganda upah sedangkan dia hanya menipu telah bekerja dengan tauke yang baik hati. Puas dia berfikir dan akhirnya baru dia tersedar,.. Allah lah tuannya, Allah lah tuan seisi alam. Dia Yang Maha Mendengar, Dia Yang Maha Memberi dan Dia Yang Maha Kaya.

"Kerja"lah untukNya nescaya hasilnya tak pernah sia-sia, takkan pernah membuatmu kecewa.

Berbekalkan keyakinan kepada Allah seutuh-utuhnya tanpa berbelah bahagi balasannya lebih hebat dari segala-galanya kerana semua adalah milikNya. Seisi bumi dan langit. Maha Kaya. Subhanallah.


..................
Bagi aku kisah ini sangat menyentapkan hati kerana aku teringat kisah aku fisrt time nak cari keje. Masa study aku dah set dalam mind aku ketat-ketat, itu yang aku nak! pasti dan takde ragu-ragu hatta sikitpun.

Masa tu tahap yakin aku dengan Dia dan diri sendiri mmg tahap tertinggi, takde sape boleh halang aku dengan apa yang aku nak..so lepas grad aku hantar more than 100+ resume to varies company all over Malaysia. And Alhamdulillah banyak yang dapat interview dan byk jgk yg aku lpskan peluang tu walau aku dah lulus pun interview...sebab?

sebab ia tak macam apa yang aku nak... keje kat negeri sendiri dan mesti dapat keje within a year lps graduation ceremony aku...ceremony hari tu bulan 11, 2014 jadi aku mesti dapat keje sebelum cukup setahun... YAKIN! AKU AKAN DAPAT DAN AKU DAPAT!!!

And lastly bulan 4, 2015, 6 bulan lepas tu aku diterima keje dekat area Kota Bharu.. which mean aku boleh ulang alik dari rumah...masyaallah thats the power of CONFIDENCE + DOA + USAHA yang seciput...hehe..and I kerja until now.. nak tahu tak macam mana doa aku...doa ni bukan setakat aku lafaz dimulut tapi aku tulis dalam virtual diary aku...

Bismillahhirahmanirrahim

Ya Allah berikan aku apa yang terbaik bagiku pada perkiraanMu
Ya Yang Maha Adil 
Andai mempunyai kerjaya itu adalah terbaik bagiku
Izikan aku beroleh pekerjaan...yang terbaik pada jalanMu untukku..
Dengan itu permudahkan segala urusanku
nescaya hanya padaMu aku bersandar dan berharap
untuk menjaga kehidupan dunya ini....serta seisinya
Oleh itu bukakanlah hati para empunya pekerjaan (majikan)
untuk memilihku sebagai penyelesaian urusan dunya ini.....
insyallah untuk menuju akhirahMu
Sesungguhnya hidup kami dalam pusingan roda takdirMu
Semoga iringan doa dan rintihan lemah ini menjadi  pengubah takdir itu....

Kerana takdir bisa berubah dengan bekalan doa padaNya.
-husnarahman -

Ye aku doa bahasa melayu je...yang penting mintak sepenuh hati, dengan yakin bahawa doa kita makbul, Insyaallah.

Sama jugak kes bisnes Shaklee aku (ni yg aku update kat fb semalam)

aku tersenyum bila seseorang tanya aku

"Mcm mana awak blh continue buat bisness dgn ekonomi skrg ni? ada ke orang yg nak beli? dah la brg awak mahal2?pastu klu semua buat bisnes sapa yg nak beli?

MASYAALLAH.

ADA..ditanya lg "dari mana datangnya?"

Allah..dia yang pegang hati kita, hati awak...walau kita rasa kita tak mampu tapi Allah kata kita mampu...apa daya awak untuk menolak apa yang Allah bagi?

jangan pernah putus asa dari rahmat Allah, kerana ia terlalu luas dan banyak untuk seisi bumi sekalipun..mungkin lambat tapi akan ada kerana kau fikir ia ada...ingat Allah mengikut sangkaan kita...Allah dengar doa kita...

kita buat apa yang dia suruh dia bagi apa yang kita pinta, such a fair deal kan? Insyaallah...Sabar + usaha dgn konsisten + sentiasa bersyukur + hormat org sekeliling insyaallah pintu rezekimu kan luas terbentang...

pesanan utk dr sendiri hsl sentapan org yg tlh bertanya
doakan sy Husna Rahman untuk terus mara dgn yakin dan sentiasa berada dijalanNya serta sentiasa mengutamakanNya lebih dr apa pun, insyallah.



 .......................
Alhamdulillah ni aim aku masa tu, sekarang aim aku makin improve...hehe...insyallah kepada yang lebih baik. Oleh itu Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan kami dengan sentiasa diiringi rahmat kasihMu, keluasan rezeki yang berkah, kekayaan kesihatan dan keselamatan dan jugak kesenangan dunia dan akhirat. Kau kabulkanlah doa-doa kami selagi doa kami/impian kami adalah yang terbaik dari sisiMu, untuk agama kami, untuk dunia dan akhirat kami serta untuk hidup dan mati kami. Insyaallah.

Salam sayang Husna Rahman
semoga secebis pengalaman ini boleh menjadi panduan berjuta saudaraku
Jangan pernah putus keyakinan kepada Allah dan dirimu sendiri.








Wednesday 17 February 2016

BERSYUKUR DULU KALAU NAK KAYA...


Bunga yang dipetik dekat kubur Tok Guru Pulau Manis, Terengganu
Assalamualaikum entry kali ni nak bertazkirah sikit...ehh..bukan nak bagi secebis motivasi..hari ni kita reflect diri sikit tentang SYUKUR..

Besar tau kesan syukur ni..cuba renungkan dengan mata hati sekejap....kalau terasa sentap tu ucaplah Alhamdulillah kerana hati masih "hidup"..but still tak rasa apa-apa, rasa biasa-biasa je tu take time untuk ucap "Astaghfirullah"  untuk hidupkan hati kembali..

We start..cuba pejamkan mata, bukakkan hati..
berapa ramai yang bangun tidur tak boleh gerakkan anggota tubuh, lumpuh
berapa ramai yang tak pernah rasa kenyang dari malam ke pagi, pagi ke malam
berapa ramai yang tidur dalam kesejukan tanpa alas dibawah dan atap di atas
berapa ramai yang terkandas tepi jalan raya sebab kereta meragam, lewat sampai tempat kerja, bos membebel
berapa ramai yang terpaksa menunggu bas setiap pagi semata-mata ingin "menjemput" rezeki untuk keluarga, menunggu untuk balik kerja sehingga terabai waktu solat, peluang untuk bermesra dengan alquran
Ramai kan? kita macam mana?
**masih boleh bekerja dengan tulang empat kerat dengan sihat dan kuat
**masih sempat bersarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan hidangan yang pelbagai
**masih boleh tidur dengan lena beralaskan toto yang tebal, selimut yang lembut, aircond yang menyenyakkan lagi tidur
**masih selamat sampai ke tempat kerja, bos sambut dengan senyuman dan gurauan

Alhamdulillah..beribu-ribu kali syukur...syukur...syukur
 "Masyallah alpanya kita ni kan?"

Org2 soleh pesan selalulah ziarah kubur untuk  mendidik jiwa kita



Belajarlah bersyukur kerana
Saat kau merasai nikmat ertinya syukur kau kan menangis kerana apa yang kau dapat hakikatnya jauh lebih baik dari nilai usahamu.
Saat kau merasai nikmat ertinya syukur kau hanyalah insan kerdil yang hanya hidup atas belas rahmat dan kasihNya.
Belajarlah bersyukur kerana dengan itu kau kan bahagia.
Cukup hanya kau merasai kebahagian itu kerana kebahagian dari rasa syukur adalah nikmat dan anugerah berharga lagi maha hebat dariNya.
Percayalah setiap kurnianNya kepada kamu adalah yang terbaik buat kamu kerana Dia tidak akan pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungi oleh seseorang dari kamu.
Kerana Dia lebih arif mengenai dirimu sendiri.

Mula dari bangun tidur sehingga tidur kembali malamnya, cubalah untuk bersyukur walau sedetik cuma. Mampu bersyukur juga satu nikmat tau, kalau Allah tak sayang kita Allah takkan jaga hati kita untuk sentiasa mengingatiNya, bersyukur padaNya, membela kita pada jalan rahmatNya. Oleh itu berdoalah jugak untuk Allah sentiasa lembutkan hati kita untuk sentiasa ingatNya, rindu akanNya, ingin selalu bertemu denganNya. Insyallah.


Sama-sama kita beramal..tak perlu bayar pun untuk bersyukur cukup luangkan secebis masa untuk berzikir atau dirikan tahajud 2 rakaat untuk membuktikan kesyukuran kita..

Nampak senang tapi tak senang..percayalah...jum ramai-ramai doakan agar hati kita mampu untuk lakukannya..moga doa antara  kalangan kita termakbul...amin.

Salam sayang Husna Rahman | 011.2557.9903


Iklan