Thursday, 17 November 2016

RAHSIA PALING SENANG KEKAL REMAJA DAN CANTIK!!



Assalamualaikum .. maaf baru ada mood nak update.. susah nau nak dapat mood.. puncanya tak jumpa passion in every writing…banyak duk peram tapi satu pun tak bg spark kat hati yg duk baca nih.. so hati dah spark-spark nih jum cepat-cepat post nanti padam kang susah plak nak nyalakan..ehhh?  peaceeee no kecamm sis!!  Haha

Bismillah.. sape penah tanya diri  sendiri macam mana proses tua berlaku? Kenapa asal tua je macam-macam penyakit tetibe datang..dan bila injak ke usia emas memang segalanya tetibe.. kan? Sakit tu tetiba..sakit ni tetibe..

But...

Bila kita ralit duk kalut camna nak jadi semakin muda, camna nak awet muda, camna nak muda je sentiasa one thing Hsna pasti dengan skeptical masyarakat kita.. cer teka pedia??

Yeap anything kalau duk bincang tajuk yang berunsur anti penuaan ni most of us kata ia bertentangan dengan prinsip hidup semulajadi?  Semua tua.. ya betul sesangat .. takde sorang pun kat dunia ni akan makin muda by the time.. everyone jadi tua/ matang.. itu pasti!

Ok Hsna nak tegaskan dan nak ajak semua untuk bukak minda luas-luasnya seluas alam maya nih… (over nau..kah!)

Cuba bayangkan anda yang sedang mencapai usia satu abad dengan tenaga yang masih membara.. bayangkan!

Dengan usia yg demikian still mampu begerak dengan super cergas yang membolehkna kita melakukan aktiviti kesukaan seperti berkebun, melancong, menunggang motosila round-round taman at least .. and ofkos laaagi better duk terlentang atas katil atau terpaksa berkerusi roda..kan?  say I kalau setuju.. ngeee!!

So Hsna nak share something a real big this time.. (Hsna penah share sebelum ni tapi Hsna nak share lagi sebab Hsna nak semua aware dengan kemampuan kita yang sangatzzz luar biasa..siyes pay attention tau)

Macam mana proses penuaan berlaku? Kenapa penuaan berkaitan dengan faktor utama yang menyumbang kepada segala jenis penyakit yang super kritikal? dan apa yang rasional korang kena teruskan pembacaan ni.. ( bunyi mcm paksa baca jeww..haa memang pun..)

Dalam tubuh kita Tuhan bagi kita satu anugerah terindah iaitu switch penghenti penuaan.. tak caye? Cer baca..

That switch namanya >> TELOMERE > switch ni bila turn on kan kita supaya kekal muda dan otomatik jugak cantik semulajadi!

Satu bahan yang terdapat dalam setiap hujung DNA yang berada dalam setiap sel tubuh kita. 

Dia macam pembalut plastic pada setiap hujung tali kasut. Tak nampak jugak? Ok cer gi ambik kasut sukan korang dan ambik tali je dan tengok bahagaian hujung tali kasut tu..ada plastic  keras kan..kalau palstik keras tu tercabut tali-tali halus akan terlerai kan?? Haaa lebih kurang macam tu la rupa ujung DNA kita

 
Bayangkan....


Badan kita terjadi drpd jutaan sel, dalam sel ada nukleus, dlm nukleus ada DNA,
dlm DNA ada susunan genetik yg kita panggil chromosome, ujung chromosome ni la
 letaknya telomere tu..yg wane merah tu! makin pjg yg wane merah tu yg kita nak...

Bila telomere ni pendek atau takde maka terlerailah susunan gen kat DNA tu dan lastly  rosaklah sel tu..bila rosak haaa sinilah penyakit macam-macam jadi..


Telomere pada asasnya ialah jam umur biologi kita. Semakin pendek telomere semakin tua umur biologi kita.

Bila telomere ni pendek ia tak mampu lagi untuk lindungi DNA dalam sel (cer bayangkan analogi tali kasut tadi)

Kesan pemendekan telomere ni jugak ia akan menurunkan tahap kecergasan kita dan akhirnya akan menimbulkan tanda-tanda penuaan. Dan bila pemnedekan telomere ini berlaku secara berterusan dan kepada banyak-banyak DNA soo start here la bermulanya episode hidup yang berpenyakit kronik yang berkaitam dengan penuaan .. bulih cuba KLIK sini nak tau apa itu penyakit penuaan selain kulit kedut-kedut..eh?

Yang paling parah lagi apabila telomere hilang terus dari ujung DNA tu..maka sel memang tak mampu untuk mereplikasi dan akan mati. Jika keadaan ini berterusan kita pun akan mati. 

Dan sebenarnya kita boleh halang tau proses ni.. dengan mengekalkan atau memanjangkan telemore tu..ye ia boleh dipanjangkan ..dengan cara menjaga pemakanan dan pastikan anda cukup vitamin dan nutrisi yang boleh menguatkan dan memanjangkan telomere DNA tuh.. 

Apa vitamin yang mampu memberikan berita gembira kepada kita untuk menyokong kelangsungan idup si telomere ni supaya panjang jewww?? tak banyak pun..paling basic ada 3 je..

1. Vitamin b12 > dapat memanjangkan telomere
2.Vitamin C dan Vitamin E > membantu memanjnagkan usia sel kita dengan menghalang telomere daripada memendek!

Vitamin-vitamin ni membekalkan antioksidan yang kuat untuk melindungi telomere dari kerosakan dan mati. Sebab sifat semualajdi telomere sangat mudah rosak akibat tekanan pengoksidaan.

Dan juga pemakanan yang baik ialah pemakanan yang mempunyai tahap kandungan antioksidan, mineral dan vitamin yang tinggi supaya ia mampu bertindak sebagai bahan antioksida.

Peluang untuk hidup di kala usia meningkat dengan keupayaan yang cergas dan cerdas memang tak mustahil punnn..

So sekarang looks old or young itu satu pilihan? Anda pilih mahu nampak tua atau muda? Anda pilih untuk kesihatan yang sentiasa muda atau dibelenggu dengan pelbagai masalah kesihatan?

PLILIHAN DI TANGAN KITA!

Hsna pilih B Complex, Vita C Plus, Vita E Complex dan Vivix sebagai sumber paling kaya antioksidan (weehhuuu nak jugak celah suplemen yg dia ambik..kiki.. )



P/S:
Bayangkan….
harta berkepuk, duit boleh buat bekal sampai 7 generasi tapi tak daya pun nak angkat tangan, sendi berkrik krik bila nak semayang, nak main dgn anak cucu terbatas bila berkerusi roda…
nak keww mcm tu?
Bila usia dah menginjak 50-an, 60-an takde yg lebih berharga dari kesihatan kan?
Hidup kita diberi pilihan.. nak elok pilih yg elok, klu tak kisah so jangan keluh kesah dgn apa yg jadi pastu… Sakit? Merana? Susah hati? Terpaksa susahkan orang?
idk!

Ingat!! Nak sihat 20-30 tahun akan datang bukan 20 tahun nun baru nak mula jaga tapi sekarang…




kalu ada kekonfiusan boleh tanya Hsna di ruangan komen.. nak tambah ke nak tegur ke segalanya dialukan dengan penuh hormat, Insyaallah.  Perkongsian osem ni Hsna olah dari buku penulisan Dr.Saifuzzaman Yusoff MD..






26 comments:

  1. betul... kalau boleh nk sihat smpi nyawa diambil... tp nk menten tuuuu...fuhhhh lap peluh sat ;-)

    ReplyDelete
  2. setuju! sebab tu pada usia muda dah kena jaga kesihatan
    bukan dah sakit baru nak jaga. lambat dah tu dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!! lg2 ongkos perubatan makin mahal ouhhh..

      Delete
  3. tapi ramai yg nak nampak muda kat muka jer...bab2 lain kurang ambil berat...betul Husna cakap...nk muda bila dah tua kena mulakan waktu muda...bila dah tua...dah agak terlambat...tapi masih boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. besenya yg nampak luarannya muda dalamannya lbh kurang muda sebab kecantikan dalaman tu yg menyerlahkan kemudaan raut wajah tu...for me la..

      Delete
  4. waaaooowww..betul2 terbukak minda ni..:)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian..

    Betul tu.. kdg2 muda2 lg da berpenyakit..
    Kene jaga kesihatan dr sekarang.. ☺

    ReplyDelete
  6. TQ bagi ilmu & info, husna.. masa muda ni lah nak kena jaga kesihatan lebih kan.. akak ni tuo jugak dah..baru skrg rasa nak menjaga tu lebih...hihi.. Vit C & E memang penting, klu dapat dgn vivix mmg best..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah petang2 baca info sihat & cantik :)

      Delete
  7. TQ Husna...entri yg sangat bagus. Betul setuju sangat....duit berkepuk kalau kita sakit pun tak berartikan huhu.... Moga Allah berikan kesihatan yg baik dapat memperbanyakkan ibadat kita kepadanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. WC..Alhamdulillah..Amin Insyaallah! ツ

      Delete
  8. ilmu yang berguna untuk MK .. syukur ada orang cam husna yang share ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..syukur jgk ada yg rajin singgah dan baca entry nih.. ツ..
      moga bermanfaat tak byk sikit pun xpe..

      Delete
  9. TELOMERE yang saya baru tau. Tentang vitmin c dan e tu memang nyata kesahihan nya. Seleberity barat dan asia barat mengamalkan makan pil supplimentri yg ada vitmin.

    Saya makan ulam aja setiap hari. Fresh, tanam sendiri. Kebetulan family memang ulam lover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulam-ulaman lah terbest sekali.. rasa eat clean sesgt bila kn ulaman ni..

      Delete
  10. Pening jap baca.. Hihi mungkin sebab dah malam kot. Kena tidur dulu.. Pastu baca smula. In sya Allah akan faham..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. collagen pun bagus tapi collagen tak reach until sel selular tau..=) plus kolagen bukan antioksidan tapi one type of protein..

      Delete
  12. Adoi! payah benor Mrs. A nak hadam entry ni.
    To make it short we need a vitaminlah kan terutamanya senarai kat atas tu.
    Lagi satu kena happy selalu kot tu pasai yang nampak muda jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...complex eh?? ala suri2..ha'ah simplenya camnih pilih makanan yang leklok yang penuh nutrient vitamin halal baik bekhasiat supaya tubuh kekal cantik apalagi tang kulit...sihat dalam teserlah ke luar gituw la ringkasnya...💕

      Delete
  13. baru tau telemore tu... kena ambil vitamin la ni...sekarang ni ambil multivitamin je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kalau nak sentiasa muda kesihatan ditambah muda penampilan sebagai bonus kena ambik la..=)

      Delete