Sunday, 17 July 2016

ISTIGHFAR RAHSIA MENDAPATKAN ZURIAT?


Assalamualaikum  (lama giler tak menulis .. rindu level infinity neh) btw still nak wish Happy Eid Mubaraq .. heaven kan raya.. makan tak hengat dunia..  kepada yg dah start puasa 6 or even dah raya 6 dah pun .. big congrats ..

Hsna? Insyaallah this week start .. biiznillah .. ..

Ok bila lama dah tak menulis ni macam awkward balik la plak.. tajuk entry pun kemain for the long waiting entry kan?? .. pew!! Sabo je la..  entry kali ni bukan main2 sharing  based on pengetahuan cetek Hsna semata je .. ni Hsna ambik dari perkongsian Majalah Iman .. one of my feveret majalah la .. (I just enjoy reading too much .. nerd pun nerd la skema pun skema la .. ) .. keluaran bil. 45 and xigt bulan berapa ..

Yes ISTIGHFAR .. pun one of my feveret zikir neh .. rasa ringan je hati kalau istighfar .. xcaye try buat, alahh tak banyak pun 500 – 1000 kali setiap hari .. trust me xrugi pun ..

Dan dengan istigfar ni jugak sebenarnya kunci percantuman sperma dan telur! 
Giler hebat neh..

Abu Hanifah meriwayatkan sebuah hadis dalam musnadnya: Jabir bin Abdilah meriwayatkan: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah dan bertanya, “Wahai Rasulullah aku belum memiliki dan dikurniakan seorang anak pun.”

Lalu Rasulullah menjawab, “Sesuai dengan banyaknya istighfar dan sedekahmu, maka engkau akan diberi rezeki (anak) kerananya”

Kemudian lelaki itu membanyakkan sedekahnya dan istighfarnya dan dengan izin Allah juga akhirnya dia dikurniakan 9 anak lelaki .. Subhanallah the power of istighfar dan sedeqah tu .. jangan pandang ringan tau besar efeknya ..

“Kalau dah mandul memang mustahil la nak dapat anak”
“Kalau dah tua, tak larat memang sangat mustahil la nak dapat anak”

See, yang mustahilnya KITA.. Allah mustahil ke???
Xcaye Allah tu Maha Tidak Mustahil dan Maha Tidak Logik??????

Dalam Surah al-Syura ayat 49-50 Allah berfirman

لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثاً وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَاناً وَإِنَاثاً وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيماً إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
 Kepunyaan Allahlah kerajaan langit  dan bumi. Dia menciptakan apa yang dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak laki-laki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugrahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendakiNya), dan menjadikan mandul kepada siapa yang dikehendaki.  Sesungguhnya Dia maha Mengetahui dan Maha Kuasa.”

Nabi Ibrahim menerima kelahiran Nabi Ismail ketika umur baginda 86 tahun dan mendapat Nabi Ishak ketika usia mengjangkau 99 tahun

Rujuk surah Hud: 71-73

Isteri Nabi Zakaria yang sudah lanjut usia malahan mandul. Sungguhpun dengan kekuasaan Allah tiada yang mustahil bila Allah mengkhabarkan berita gembira dengan mengurniakan seorang anak yang bernama Yahya.

Rujuk surah Ali Imran: 38-40

Ragukah kita dengan kekuasaan Allah yang tak pernah berbatas??

These beberapa doa yang kita boleh amalkan sejak dari awal , bukan sahaja pasangan yg dah lama kawin je perlu beramal dgn doa ni, even yg baru kahwin ke yang belum kawin ke xsalah pun kalau amal2 awal-awal kan .. ngee.. lagi elok ada la, Insyaallah

Doa Nabi Ibrahim *Surah As-Saffat: 100
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung daripada orang-orang yang soleh”

Doa Nabi Zakaria *Ali Imran:38
“Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisuMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”

Doa Nabi Zakaria *Surah al-Anbiya:89
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkau jualah sebaik-baik yang mewarisi”

Doa Nabi Muhammad SAW  *Al-Furqan: 74
“Wahai Tuhan kami,kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami yang menyejukkan pandangan mata kami dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa”

Merintihlah pasti diperkenankan, merintihlah pasti Allah kabulkan!

Allah itu sangat Pemalu untuk membiarkan doa kita berlalu begitu sahaja, suatu masa pasti Dia akan kabulkan, yakin dan percaya dalam apa jua masalah dan situasi kita .. bukan hanya zuriat sahaja even whole life kita ..kita perlu 100% depend pada Dia kerana Dialah segala Tuan atas diri kita ..

Perbanyakkanlah istighfar kerana mungkin Allah menyekat doa-doa kita kerana dosa-dosa kita yang masih terpalit.
Dan dengan istighfar moga menjadi penghapus dosa-dosa yang melambatkan terkabulnya doa-doa kita.

Kita as manusia sangat tak harus untuk pasrah macam tu je..instead of mesti terus berusaha  tanpa putus asa.. rahmat Allah tu luas tau untuk kita berhenti (putus asa) setengah jalan macam tu je .. tiada yg rugi melainkan kita sendiri .. betul tak??

What kind of usaha???  ----- 



Salam sayang Hsna Rahman/ 011.2557.9903


No comments:

Post a Comment