Friday, 8 April 2016

PENJELASAN DR ZUBAIDI KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN

Assalamualaikum, rasa bahagia bila seorang doktor bertauliah tolong menterjemahkan rasa hati ni.. hehew .. maklumler kita yang ditauliahkan sekerat jalan ni org tak berapa nak terima kan..tu la mak ayah suruh ambik medic yg kau pegi berhenti sekerat jln tu pehal...kang rasa nyesal pulak.. apa-apa pun have happy reading..moga kita sama-sama sedarkan diri kita dengan hakikat kesan gaya hidup kita sekarang ni kepada tubuh kita sendiri..  



Sumber: Facebook Dr.Zubaidi Hj Ahmad

Walaupun ramai doktor dan pakar pemakanan yang berpendapat kita cukup mendapat nutrien dari makanan yang diambil dan tidak perlukan sebarang pil supplemen, persoalannya setakat mana nutrien dari makanan yang diambil benar-benar masuk ke dalam tubuh kita dalam kuantiti yang diperlukan?


Dahulu orang kita suka makan ulam-ulaman dan buah-buahan. Sekarang kita jarang melihat orang kita makan sayur-sayuran menimbun, (selalunya saya lihat nasi dan daging yang menimbun dalam pinggan, terutama bila makan free atau makan buffet).


Sebab itu, ramai orang kita yang mengalami penyakit kronik, seperti kegemukan (obesiti), penyakit jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya.

Makanan yang diproses dan mudah disediakan (fast food), mengandungi nutrien yang amat rendah, termasuk bahan-bahan antioksida, mineral penting dan vitamin. Makanan ini kaya dengan kalori dan lemak yang berlebihan.


Apatah lagi makanan yang ditanam di ladang sekarang, seperti sayuran dan buah-buahan, telah diberikan baja kimia dan disemburkan dengan racun serangga perosak. Ia tidak lagi segar dan menyebabkan pencemaran dan banyak nutrien yang hilang.


Begitu juga ketika proses memasak. Apatah lagi jika kita memakan makanan yang siap diproses, makanan segera, dan makanan dalam tin. Kita juga minum minuman berbikarbonat dan minum air paip di hampir tercemar dengan pelbagai bahan kimia sama ada sedikit atau banyak.


Dua faktor ini , iaitu keracunan yang kronik dari pencemaran dan kekurangan nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada masalah kesihatan kita.


Jadi saya berpendapat, kita masih perlukan suplemen mengikut keperluan kita.




We are here to promote a better life for everyone
Pengedar suplimen Shaklee sah anda, Husna Rahman
011.2557.9903

No comments:

Post a Comment