Friday, 8 January 2016

CARA DIET MODEL OKINAWA, JEPUN


Jepun memang dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang didiami majority bukan Islam. Bermula dari gaya hidup, cara pemakanan malah tingkah laku mereka penuh berhikmah dan lebih mirip kepada sunnah Rasulullah SAW. Jarang sekali kita dengar orang jepun yang mempunyai penyakit-penyakit berbahaya seperti obesity, kanser dan lain-lain lagi. Kerana hidup mereka seiring dengan alam semulajadi.

Dr. T. Jacob seorang doctor perubatan mengatakan biologi manusia yang canggih hasil ciptaan tuhan apabila digunakan mengikut aturan lazimnya mampu bertahan hingga 120 tahun.

Walaupun uban memenuhi kepala golongan warga emas masih larat berkebun.

10 gaya hidup masyarakat Okinawa, Jepun yang membuatkan mereka panjang umur.

1.         Banyakkan makan kekacang, sayura, buahan, ikan laut dan rumput laut.

2.       Lebihkan minum air suam atau teh hijau (ocha)

3.       Kurangkan pengambilan lemak haiwan dan sayuran.

4.       Pengambilan garam yang paling banyak hanya 3 sudu teh sehari.

5.       Prinsip makan hara hachi bu iaitu makan hanya 80% kenyang supaya terhindar daripada obesity.

6.       Hindari makanan terproses yang dicampur dengan bahan kimia: kebanyakan makanan bergoreng atau “fastfood” menjadi pilihan pelancong dari luar yang semakin ramai mengunjungi Okinawa, Jepun.

7.   Mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan yang direbus, kukus atau bakar berbanding makanan bergoreng.

8.       Gaya hidup yang aktif : orang jepun takde pembantu rumah kerana mereka lebih cenderung untuk melakukan sendiri.

9.       Budaya hidup yang bersih : sampah diklasifikasikan dengan bersih, berdisiplin dan tersusun.


      10.   Gaya hidup yang lebih kepada “back to nature” contoh amalan memakan sayuran dan buahan organic, lebih banyak mengambil sumber makanan bersasakan tumbuhan berbanding daging haiwan.

Jauh bezanya gaya hidup kita yang sejak lahir islam dengan masyarakat Jepun bukan Islam. Renung-renungkanlah cuba manfaat cara-cara orang Jepun menjalani hidup mereka. Apa yang baik kita tiruvasi dalam kehidupan kita mana yang tidak baik kita muhasabahkan kembali. Insyaallah.



Tulisan oleh Dr. Adhi Hashman
Salam Sayang Husna Rahman |011-2557 9903


p/s: Jepun ialah second negara yang Husna wish to go after China, sampai sekarang Husna masih tertanya-tanya kenapa Nabi kita berpesan, " tolabal ilmi walau bissin"..kenapa China? pastu nak tengok lifestyle orang Jepun..soon Insyaallah

No comments:

Post a Comment