Monday, 25 January 2016

8 MAKANAN MEMBANTU PERKEMBANGAN OTAK YANG BAIK




#.Coklat
Coklat mengandungi satu bahan yang boleh merangsang peredaran darah ke otak dengan lebih cepat dan banya iaitu falavonol. Selain flavonol,coklat juga kaya dengan antioksida yang sangat baik untuk kesihatan yang menyeluruh. 


#.Omega 3
Omega 3 boleh didapati dalam ikan salmon, tuna atau hering(ikan bilis). Asid lemak Omega 3 mampu membekalkan lebih banyak kuantiti oksigen kepada otak. Malah pengambilan Omega 3 secara berterusan dapat mengelakkan gejala Alzheimer atau keadaan ingat-lupa. Ni macam aku la.. banyak benda yang lupa compare yang ingat.


#.Sayuran hijau
Sayuran hijau sememangnya sangat kaya dengan Vitamin B6, B12 dan folat yang merupakan sebatian besar yang sangat diperlukan oleh otak untuk memecahkan tahap homocystein. Homocystein antara penyebab kenapa terjadinya gangguan daya ingatan dan Alzheimer. Khasiat sayuran hijau sangat membantu otak untuk memproses maklumat lama. 

#.Kekacang
Selain ikan, kekacang juga kaya dengan asid lemak omega-3,omega 6, folat, Vitamin E dan BVitamin B6. Gabungan vitamin dan mineral ini membantu otak untuk berfikir dengan positif  dan jelas. Kandungan tiamina dan magnesium bersama omega-3 dan omega-6 dapat membantu menguatkan daya ingatan serta meningkatkan fungsi kognitif. 


#. Beri
Kita sememangnya digalakkan untuk memperbanyakkan pengambilan antioksida. Buah beri seperti beri hitam,beri biru dan raspberi sangat kaya dengan antioksidan asli. Pilihan buah beri pastinya antara yang terbaik untuk perkembangan otak yang lebih bijak.


#.Telur
Telur sangat kaya dengan protein lecithin dan vitamin B12 yang berperanan melawan pengecutan otak. Kuning telur boleh meningkatkan kolestrol tapi ia juga kaya dengan kolina iaitu sejenis blok binaan paling penting dalam sel otak untuk membantu meningkatkan daya ingatan.


#.Teh
Teh hijau atau teh hitam dipercayai memberi banyak manfaat kepada otak kerana kaya dengan catechin. Catechin membantu menyegarkan dan menajamkan minda.


No comments:

Post a Comment