Friday, 8 January 2016

30 TIP CAPAI TARGET KURUS 2016 | KURUS DENGAN MUDAH DAN PERCUMA

CARA KURUS MURAH
1.~Jangan terlalu berdiet. Lebihkan fokus kepada penjagaan kesihatan dengan automatiknya korang akan “ter”disiplin untuk jaga cara diet yang betul.

2.~Kurangkan pengambilan makanan terproses seperti makanan dalam tin atau kotak.  Elakkan makanan terproses yang mengandungi gula ringkas (gula dan tepung) dan juga makanan yang menggemukkan (coklat. kek, gula-gula, kerepek). Kerana makanan kumpulan ini melepaskan tenaga dengan cepat (fast burning) sebab tu kita akan berasa cepat lapar.


KURUS DENGAN CEPAT

3.~Buat diary comel yang boleh push korang untuk follow dengan disiplinnya berkenaan makanan yang sepatutnya diambil dalam jumlah yang banyak, jumlah yang under control atau makanan yang boleh ambik kadang-kadang atau jarang-jarang. Letak la nama comel-comel kat diari tu pastu decorate colour2 supaya hati sentiasa tertarik nak follow. Contoh, “Diary makan Husna” , “Diary Dietku” or apa-apa je lah.

4.~Kawal nafsu dan emosi makan. Kalau lepas makan dan masih nak makan cuba alihkan perhatian dari nak makan dengan buat aktiviti yang melekakan korang nak makan. Macam Husna kalau dah laptop depan mata makan pun tak ingat..

5.~Pastikan korang ambil sekurang-kurangnya 4 makanan yang berlainan warna untuk membekalkan nutrisi..pilihan 4 warna ni  minimum tau lagi banyak lagi ok..klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang DIET PELANGI

6.~Pilih sayuran dan buahan yang segar dan organik. Kerana kebanyakan sayuran dan buahan zaman sekarang ala-ala hampas nutrient je yang membesar/matang sebab sudah diracuni dengan pelbagai jenis racun serangga dan sebagainya.

7.~Kurangkan pengambilan gula dan garam yang berlebihan.

8.~Elakkan pemanis buatan. Korang boleh jugak gantikan gula dengan madu asli atau herba untuk menggantikan perasa tambahan.

9.~Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berkalori tinggi.

10.~Ambil lebih banyak kekacang seperti badam, walnut, kacang kerana ia boleh membantu menurunkan kadar kolestrol.

CARA NAK SLIMKAN BADAN

11.~Lakukan pergerakan aktif/senaman sekurang-kurangnya 12-30 minit setiap hari. Lakukan teknik 12minit senamam (PACE).

12.~ Banyakkan berjalan kaki kerana ia dapat meningkatkan kesihatan jantung dan membakar lebih banyak kalori. 

13.~Diet tinggi serat  untuk meningkatkan system pencernaan kepada lebih baik.

14.~Tingkatkan pengambilan lemak tak tepu kerana ia dapat membenatu meningkatkan jumlah kolestrol baik.

15.~Jangan pernah tinggalkan sarapan. Sarapan dapat membantu meningkatkan meabolisme, membakar kalori dan jugak boleh control rasa lapar korang semasa makan tengahari nanti.

16.~Seimbangkan pengambilan antara karbohidrat, protein, lemak,vitamin, mineral dan serat yang cukup untuk tampung keperluan tubuh.  Pengambilan karbohidrat bersama-sama protein dapat membantu keseimbangan kandungan gula dalam darah dengan cepat kerana kehadiran protein untuk membantu karbohidrat ditukarkan kepada gula seterusnya dijadikan sumber tenaga kepada kita.

17~. Elakkan perhatian dari asyik nak makan snek atau kalau teringin sangat kan, rupa dah macam ibu pregnant yang mengidam boleh la nak ambik TAPI dalam jumlah yang sangat terhad. Kiranya untuk hilangkan rasa nak tu je… control dears!!...samaada kurangkan kalori atau ambil snek tu dalam saiz yang kecil.

18~. Sebagai bonus kat diri sendiri kerana berjaya follow rules “diary comel” yang di mention awal-awal tadi tu (point nombor 3) belanjakan diri sendiri dengan fastfood yang korang suka. Hehe..niat nak reward diri sendiri takpe kot..

19~. Hentikan pengambilan minuman bersoda atau ambil sekali sehari ke, seminggu sekali ke…dah ok dah


FAVORITE PIZZA
20~. Kalau malam-malam kan waktu-waktu terpaksa stay up tu mesti lapar kan? Boleh aje nak tapau pizza tapi pastikan pizza yang sihat, topping pizza tu penuh dengan sayuran, salad atau buahan segar. Ambik yang veggies la senang citer.

21.~Pastikan anda sentiasa ada bekal protein samada minuman shake ke, protein snack ke atau apa-apa makanan yang korang ambik yang mengandungi tinggi protein.. tubuh kita almost 90% made up by protein jadi pengambilan protein yang banyak dan berkhasiat dapat membantu tubuh “berdiri” dengan sihat.

22.~Siapa sini penggemar coffee, nescafe atau teh?...haish kenapa minuman sedap macam ni tinggi caffeine, rugi je…tapi ada je kan coffee atau teh tanpa kafein…so kalau ada korang boleh ambik selepas makan malam..kalau Husna minum  teh hijau je atau seminggu sekali ambik cappuccino atau kopi pak belalang…katanya takde caffeine…(husna baca dekat kotak coffee tu la..ye ke tidak wallahua’lam tapi rasanya memang perghh!!!! sedap).




23.~Amalkan pengambilan buah sebelum makan nasi, iaitu sebelum makan tengah hari atau makan malam. Kerana pengambilan buah akan membuatkan perut kita separuh kenyang. So takde la “ter”ambik banyak nasi masa tu.. bijak tak?? Hehe

24.~Atau kalau tak nak makan buah or tak jumpa buah, minum 4-5 teguk air putih sebelum makan. Fungsi dia sama jugak untuk memberi rasa separuh kenyang kepada perut.

25.~Perbanyakkan minum air untuk melancarkan metabolism badan.

26.~Jangan tunggu sehingga lapar tahap keterlaluan baru nak makan nanti semua makanan nampak sedap dan semua makanan nak makan..hancur diet macam ni.. ni dah over gamaknya..

27.~Jangan terlalu stress nak kurus. Bila dah stress, peningkatan hormone dalam badan akan melemahkan system imunisasi badan…lagi la bersuka ria hormone stress trigger hormone lapar… tu yang ramai stress je makan, makan je stress la tu… kan?

28.~Tidur yang cukup. Kerana masa tidur la tubuh nak rehat dan nak kembalikan tenaga untuk  esok hari. Semasa tidur ni ada vitamin-vitamin bekerja untuk repair tubuh. Contohnya kolagen. Kolagen hanya diproses oleh tubuh semasa tubuh dalam keadaan fully rest..iaitu masa tidur. Sebab tu tidur yang cukup dapat menjadikan kulit lebih berseri dan cantik. Fungsi vitamin-vitamin lain cari sendiri plak…hehe

29.~Elakkan makan sambil menonton televisyen atau laptop. Sebab korang akan leka, apa yang korang tahu suap aje memanjang…masa ni dah tak sempat kira dah berapa banyak dah masuk…sah-sah ambik snek yang gula tinggi, garam tinggi, bahan perasa tinggi dan pewarna pun tinggi..betul tak?

30.~Kalau korang berpeluang untuk attend gym, better korang attend. Aktiviti gym ni bukan sahaja membentuk otot tapi awet muda. Mmg wow ler!!!

Sebenarnya kan banyak lagi nak list tapi takpela banyak-banyak pun bukan larat pun korang nak follow kan…so follow yang 30 tips ni dulu…kalau dah berjaya follow nanti tuntut hadiah dengan Husna …erk…


So until here Husna stop, apa-apa you may refer me here 011-2557 9903
Salam kasih sayang cinta menggunung tinggi untuk sahabat-sahabat sihat Husna, assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment