Wednesday, 30 December 2015

DIABETES: MAGNET PENYAKIT BERBAHAYA

TIP KAWAL DIABETES | SHAKLEE BY HUSNA | CARA RAWAT DIABETES

Ialah satu penyakit di mana badan tidak dapat menghasilkan insulin, insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau insulin tidak bekerja dengan baik. Kesannya kadar gula dalam darah akan meningkat.

Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel memasuki dalam badan. Sel-sel menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dan diabetes terjadi!

Apa akan jadi bila gula dalam darah meningkat?

Dahaga berpanjangan, kerap kencing dan kerosakan buah pinggang
Saluran kapilari darah dalam buah pinggang (glomerulus) akan menjadi semakin rosak kesan terdedah kepada kandungan gula dalam darah yang tinggi dalam jangka masa yang lama. Akhirnya akan menyebabkan kerosakan buah pinggang kronik sehingga buah pinggang gagal berfungsi secara total dan anda akan berhadapan dengan proses dialysis sepanjang masa.



CARA KAWAL DIABETES SECARA MUDAH & MURAH

Tuhan dah bagi buah pinggang dengan saiznya yang “comel”, free pulak tu tapi sayang kan kalau kita tidak menghargainya seeloknya. Kalau dah rosak memang boleh di ganti tapi dengan machine yang saiznya berganda dari saiz badan sendiri. Dah la kos perubatan lebih mahal dan tersangat komplek. Betul tak?
So korang pilih…
SIMPTON DIABETES



Mudah rasa letih & tidak bermaya
Bila hormone insulin sangat kurang atau badan tak sensitive dengan paras insulin kandungan gula dalam darah tidak dapat dibawa masuk ke dalam tisu dan otot. Maksudnya badan terpaksa menjana tenaga daripada tenaga yang tersimpan di dalam lemak dan otot sahaja. Lama-kelamaan lemak dan otot makin tiada dan badan bertambah kurus.

p/s: gula juga penting untuk ditukarkan kepada karbohidrat seterusnya ditukarkan kepada tenaga. Klik sini untuk tahu macam mana gula ditukarkan kepada tenaga.

Berasa kebas pada hujung kaki dan jari tangan
Organ-organ lain yang berhubung dengan system saraf, saluran koronari jantung  dan saluran darah ke otak akan terganggu bila kandungan gula dalam darah tidak seimbang. Apabila ia mula menyerang system-sistem tersebut akan menyebabkan pesakit mengalami kebas-kebas di kaki, tangan serta anggota tubuh lain dan juga mungkin akan menyebabkan serangan jantung dan strok.


Darah ni fungsi utamanya tolong angkut oksigen dan nutrient ke segenap ruang tubuh kita tak kira celah mana pun. Cuba bagitau bahagian tubuh mana bila di toreh dengan pisau tak berdarah? Tell me dears…

So bila kandungan gula darah darah terlalu tinggi akan menyebabkan jangkitan dan darah tidak dapat mengangkut oksigen dengan lancar tu yang setiap anggota tubuh akan kebas…sebab anggota-anggita tubuh tidak dapat menerima oksigen… 


Penglihatan kabur
Saluran darah kecil dalam mata atau nama saintifiknya retinal vessels akan rosak akibat terlalu lama “direndami” gula dalam darah. Akhirnya akan merosakkan mata dan boleh menjadi buta kalau tidak bertindak dari awal.
KESAN DIABETES KEPADA MATA

Gangguan saluran darah yang berperanan sebagai transport utama bagi tubuh. Bagi penghidap diabetes yang mempunyai kandungan gula dalam darah lebih tinggi akan merosakkan saluran-saluran darah tersebut. Akhirnya setiap organ-organ yang diliputi saluran darah juga akan rosak. Yes ia macam berjangkit tau..

Luka lambat sembuh & mudah dijangkiti kuman
Apabila darah terlalu “manis” kuman lebih mudah untuk membiak. Macam gula-gula yang dibiarkan tanpa perlindungan akan menarik perhatian semut untuk datang beramai-ramai bak meraikan kenduri family..hehe
Gurauan semata, serius sangat kang tension pulak…ye dop?

Apabila anda didiagnosis diabetes, semua organ dalam badan akan cenderung untuk terdedah kepada pelbagai komplikasi penyakit berbahaya. Ini kerana seluruh badan kita diliputi jalinan saluran darah bermula dari sebesar-besar saluran darah hinggalah sekecil-kecilnya.


Jadi apa tindakan anda selain berjumpa dengan doktor anda atau melalui suntikan insulin di hospital?

Hadkan pemakanan/ control diet
Makan dengan teratur dan dalam kuantiti yang sepatutnya. Kerana apabila kita terlebih pengambilan makanan kita juga berkemungkinan untuk mengambil lebih makanan yang mempunyai kandungan tinggi gula. Jadi glukosa yang terhasil seterusnyakan memasuki aliran darah untuk diangkut kepada setiap sel-sel dalam tubuh untuk ditukarkan kepada tenaga.

Kepekatan glukosa yang tinggi akan menyebabkan pancreas akan bekerja lebih kuat untuk menghasilkan insulin. Jika kita makan tanpa pengawalan yang ketat maka proses ini berlaku setiap hari/sepanjang masa akhirnya sel-sel hilang  keupayaan untuk ransang penghasilan insulin.

SENYUM ITU PENAWAR

Ubah habit harian: Kurangkan manis dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman
Elakkan makan nasi dan minum air manis secara berselang. Habit ni sangat tidak elok. Sebaik-baiknya ambil air putih 10 minit selepas makan.  Kerana nasi tu kanji(starch) yang akan di tukarkan kepada glukosa. Jadi kalau anda makan nasi + minum air manis Cuba kira berapa banyak gula yang anda dah ambik hanya untuk sekali makan..

 Elakkan mengudap sambil menghadap tv
Sah-sah kalau dah mengudap mesti more to junk food kan? Tinggi gula, tinggi perasa tambahan, tinggi pewarna yang memang confirm tak elok untuk kesihatan. Kalau dah mata menghadap tv mestilah ralit je tangan menyuap..betul tak? So apa lagi ubah sekarang mencegah lagi murah dari mengubati.

Kawal stress sebaiknya.

Tekanan juga salah satu punca yang boleh ganggu keseimbangan pelbagai hormon dalam badan termasuk juga hormon insulin. tekanan akan menyebabkan sel-sel tubuh menjadi tidak peka dan tidak tahan terhadap hormon insulin.

EMOSI DAN PESAKIT DIABETES

Pengambilan multivitamin untuk support tubuh.
Apa pilihan suplimen anda? Sila klik gambar kat bawah tu..

http://kotakconteng.blogspot.my/2015/10/suplimen-penting-untuk-mengawal-paras.html
 ......
Kawal DIABETES dan pastikan kesiahtan berpanjangan dengan mengamalkan tambahan 8 lagi TIP GAYA HIDUP SIHAT 
cekitout sayangs!!

Salam sayang rakan sihat anda, Husna Rahman
011-2557 9903 | husnasukahijau@gmail.com 



 

No comments:

Post a Comment