Tuesday, 22 December 2015

CARA DIET TERBAIK

Previous entry Husna ada bincangkan tentang 3 Langkah penting turunkan berat badan secara ringkas, so sekarang kita diskus lebih dalam lagi bagaimana 3 langkah ni boleh push anda untuk kurus dengan mudah dan praktikal.

3 langkah penting untuk turunkan berat badan. 

Jaga pemakanan-
*makan apa yang tubuh perlu
*minum air yang banyak 
Pengambilan suplimen untuk menyokong impian diet anda serta membantu tubuh lebih bersedia untuk menerima perubahan berat badan  
Exercise –"body control” & “mind control”

#1. JAGA PEMAKANAN
Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Husna pasti ramai yang biasa dengar tapi berapa ramai yang cuba untuk amal konsep ni..fikir-fikirkan..

Kajian menunjukkan berat badan dapat diturunkan dengan memastikan pemakanan seimbang dan bukan secara berpantang. Nabi juga telah mengingatkan kita bahawa, :Penyebab utama timbunya penyakit adalah memakan satu makanan melebihi makanan yang lainnya. Pemakanan seimbang adalah asas utama kesihatan.

Makan apa yang tubuh perlukan bukan apa yang mata tengok mulut terliur. Fahamkan?
Apa yang perlu kita makan untuk bekalkan tenaga?
Apa yang perlu kita makan untuk kekal cergas dan sihat?

Semua ni penting untuk anda jawab supaya anda ada goal/panduan untuk tidak “hentam” apa sahaja yang ada depan mata, untuk anda kawal berat badan anda serta untuk anda moniter tahap kesihatan tubuh anda.


SARAPAN:
Makan makanan berkalori tinggi untuk membekalkan tenaga sebelum meneruskan aktiviti seperti makanan tinggi protein dan karbohidrat.
MAKAN TENGAH HARI:
Kurangkan kuantiti makanan
Imbangkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Buahan dan sayuran membekalkan vitamin, antioksida, zat dan nutrient untuk     tubuh
MAKAN MALAM:
Kurangkan kuantiti makanan berat

Klik sini untuk melihat cadangan resepi




Untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat prinsip asas penurunan berat badan yang paling berkesan ialah dengan mengawal pengambilan kalori. Mengawal tidak bermakna anda tidak mengambilnya langsung tau  sebab tubuh kita masih memerlukan tenaga dan nutrient untuk  terus berfungsi dengan baik.

#.Elakkan pengambilan minuman manis yang berlebihan
#.Gantikan snek dengan buah-buahan

Semalan pun Husna ada terbaca di akhbar Sinar Harian, ada sesetengah orang yang berusaha menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori tetapi masih belum mencapai berat ideal. Kenapa ya? jangan bimbang Pakar Pemakanan Hospital Beacon jawab itu perkara biasa sepanjang proses penurunan  berat badan sebab mtabolisme menjadi perlahan setelah badan kehilangan otot. Apa yang korang harus lakukan ialah teruskan juga diet anda.  Lebih senang faham macam ni, masa tu proses badan kita nak sesuaikan diri dengan perubahan berat badan dan itu tanda positive.. so dont worry-worry ye  dears..


70% komposisi tubuh kita adalah air dan merupakan komponen terbesar bagi semua makhluk yang hidup. Korang pernah alami tak, tak makan sehari still boleh go on dengan aktiviti seharian Cuma sedikit letih tapi kalai sehari tak minum air agak-agak apa yang kita rasa? Cuba korang tak minumair sehari/24 jam..tengok apa jadi..pastu korang share sini..hehe

Letak air depan mata, rasa lapar je minum air, lapar lagi minum air lagi..korang dah dapat 2 in 1 benefit tau kalau konsisten buat macam ni… kerana selain dapat menurunkan berat badan dengan cepat ia juga dapat menggalakkan diri anda supaya minum air dengan cukup.

Air akan membuatkan kita separuh kenyang kerana air juga terdiri daripada garam dan mineral yang mampu membuatkan perut kita rasa kenyang dan penuh. Penyahidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh akan menjejaskan banyak fungsi system dalam badan dan lebih teruk lagi ia boleh mengganggu kestabilan hormone oleh badan. Next entry kita discuss perkaitan hormone dan berat badan.

Apa kesan kekurangan air dalam tubuh?
~Lemah badan
~Rasa mengantuk berterusan
~Rasa nak makan makanan manis je
~Mengganggu proses metabolism badan
~Mengganggu pertumbuhan semula sel-sel badan yang sihat
~Toksik berkumpul dalam badan
~Mendorong kepada banyak penyakit contoh kegemukan, batu karang, kencing manis dan sebagainya.

Kurangkan pengambilan air sejuk kerana ia boleh mengganggu fungsi-fungsi enzim dalam system pencernaan. Ia akan melambatkan system pencernaan dan mengganggu system pernafasan. Husna kenal seorang hafiz al-quran, insane istimewa ni memang sangat berpantang minum air sejuk dan Husna pernah tanya sebabnya “air sejuk akan mengganggu system pernafasan jadi bila “berlagu” bacaan alquran ia akan sedikit terganggu panjang dan pendeknya pernafasan”.

Dan rasanya Husna pernah jugak tengok interview Dato’ Siti Nurhaliza dan penyanyi nasyid lain mereka cenderung berpantang minum air sejuk/ hadkan pengambilan air sejuk dan makanan pedas kerana ia akan mengganggu kualiti pernafasan semasa menyanyi.

Rasanya dah banyak sangat info setakat ni..ehew..tambah sikit je lagi xtra info diet..check it out dears

Xtra info diet:
Jangan pernah tinggalkan makan malam. Ini kerana tabiat meninggalkan makan malam akan mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang  nyenyak serta tidak elok untuk tubuh bila tidur dalam keadaan lapar.  

Amalkan 2 gelas air putih sebelum makan kerana ia dapat membantu mengurangkan sehingga 60 kalori setiap kali anda makan

 Until we meet again for next entry
Salam sayang Husna Rahman
 011-2557 9903




No comments:

Post a Comment