Wednesday, 9 December 2015

5 tip bebas jerawat dengan detok.




Seluruh organ dan sistem dalam badan kita  sentiasa berhubung dan berkaitan. Gaya hidup memainkan peranan yang besar  dalam  semua aspek kesihatan dan  kecantikan tubuh. Dengan  membersihkan badan daripada toksin/toksik sebenarnya anda membantu  semua organ-organ  berfungsi dengan harmoni dengan satu sama  lain.

Korang tau tak?
Jerawat berkait rapat dengan kesihatan usus.

Proses detoksifikasi bertujuan untuk mengehadkan bilangan toksin dalam tubuh. Toksin datang dalam pelbagai bentuk seperti asap rokok dan alkohol. Selain itu juga kita mungkin mendapat toksin dalam racun perosak dan racun rumpai yang disembur pada buah-buahan yang ditanam secara konvensional dan sayur-sayuran atau antibiotic dan hormone yang dicucuk dalam haiwan ternakan konvensional.

Oleh kerana kulit adalah organ terbesar  maka kesan toksin yang banyak akan dapat dilihat pada kulit contohnya jerawat/jeragat/ alahan/ radang kulit/ gatal-gatal dan sebaganya. Ini kerana darah membawa terlalu banyak toksin yang diedarkan kesuluruh tubuh. Jika tidak dibuang toksin makin bertambah dan akhirnya menyebabkan masalah kulit.

Dan anda pernah terfikir tak berapa banyak toksik daripada logam berat yang tidak tertapis dalam tubuh hasil daripada pemakanan contohnya fast food, keropok, perasa makanan, gula, seafood, garam berlebihan dan banyak lagi. Jika dibiarkan bertahun-tahun ia boleh menyebabkan banyak masalah kulit seperti jerawat, jeragat, radang kulit dan banyak lagi malah mungkin masalah kesihatan lainnya.

Berikut adalah beberapa tip detoks secara mudah dan semulajadi.

#1. Banyakkan minum air.
Berada dalam keadaan dehidrasi boleh menyebabkan jerawat bertambah buruk. Elakkan minum minuman kafein dan alkohol. Air merupakan bahagian penting dalam diet anda. Minum lebih banyak air akan membantu untuk mengepam lebih banyak toksin daripada badan anda, mengurangkan kembung, meningkatkan tahap kelembapan kulit di samping meningkatkan metabolisme anda.

Air memberikan anda tenaga kerana ia menghidrat sel-sel dan membolehkan organ-organ untuk berfungsi secara optimum. Ia juga menyingkirkan toksin dari badan dan menggalakkan sistem penghadaman yang sihat. Minum sekurang-kurangnya separuh daripada berat badan anda setiap hari. Air akan membantu menjaga kelembapan kulit anda kerana ia menyingkirkan toksin dalam badan. Jika anda mampu, dapatkan penapis air untuk mandi untuk menghadkan jumlah klorin pada kulit anda.

#2.Kekurangan nutrisi
Boleh mengakibatkan kesan jerawat pada kulit . Ia mungkin  kerana anda tidak mendapat cukup vitamin tertentu atau mineral daripada makanan yang anda makan  dan ini menyebabkan jerawat. Apabila tubuh kekurangan vitamin dan mineral ia akan memberi kesan kepada kulit terlebih dahulu. Kenapa? Kerana kulit merupakan organ terbesar pada tubuh kita. Manakala kulit pada wajah adalah yang paling sensitif. Oleh sebab itu kalau seseorang amal pemakanan suplimen kesan pertama yang dapat dilihat ialah perubahan pada struktur kulit muka. Dan sel-sel pada kulit muka memerlukan masa yang singkat untuk matang dan diperbaharui  iaitu sekurang-kurangnya 21 hari berbanding kulit pada bahagian lain iaitu selama 90 hingga 120 hari.  Kalau pemakanan anda sihat, usus anda sihat, kulit akan sihat.


Makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik untuk mengelakkan bahan kimia toksik. Buah-buahan dan sayuran membekalkalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan serta mampu meneutralkan atau mampu menyingkirkan toksin secara total dari tubuh.

1.Vitamin B- Sama seperti vitamin C, vitamin B berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit anda. Ia berfungsi untuk  mengusir bakteria dan membantu penghasilan atau pembentukan semula sel-sel kulit baru.
2.Vitamin C ( L- Ascorbic Acid ) adalah salah satu vitamin yang paling penting badan anda. Kulit anda memerlukan Vitamin C untuk menghasilkan kolagen. Vitamin C mampun mencerahkan, menganjalkan dan merupakan antioksidan yang luar biasa! Kehadiran asid hyaluronik membantu asid l- askorbik menembusi lapisan sel kulit dengan lebih baik dan juga membantu untuk mengekalkan kandungan air dalam kulit.

3Vitamin A dan E membantu melawan radikal bebas. Vitamin A penting untuk mengurangkan pengeluaran sebum yang
       berlebihan yang menjadi punca jerawat.
4. Vitamin D meningkatkan tindak balas insulin dan sistem imun Penemuan baru oleh Acne Specialist, Ferri menyatakan
    terdapat penemuan baru berkaitan “insulin resistance” dalam tubuh dengan masalah jerawat. Kurangkan pengambilan gula  dapat mengurangkan masalah “insulin resistence”.

**Sugar does so many nasty things in the body anyway, it may as well be avoided in order to give your body as much strength as possible to let your skin fight for itself.” 
  

5.  Majoriti individu yang mempunyai masalah jerawat biasanya kekurangan zinc dalam tubuh. Kajian membuktikan zinc amat penting untuk menghilangkan masalah jerawat serta mempercepatkan kesembuhan luka serta pendarahan. Zink penting untuk  mengawal kelenjar minyak.Kacang, biji, lobak merah, [dan] ayam adalah sumber besar zink
6.   Omega-3 asid lemak membantu  mengurangkan keradangan dan meningkatkan tahap kelembapan kulit anda - menjadikan ia sangat penting bagi mereka yang mempunyai kulit kering. Omega-3 juga akan membantu meningkatkan metabolisme anda dan menjaga kesihatan sendi.
7.  Selenium juga bertindak sebagai antioksida bagi mengurangkan keradangan serta membantu penyerapan Vitamin E oleh tubuh.


#3.Ubah lifestyle. Berhenti merokok dan hadkan pengambilan alkohol. Kurangkan pengambilan kaffein  yang kerap.  Jaga pemakanan serta hidup gaya sihat.

#4.Elakkan pendedahan kepada pencemaran/cahaya matahari/radikal bebas tanpa apa-apa perlindungan SPF pada kulit kerana ia akan mengakibatkan pengumpulan toksik dan melambatkan pertumbuhan sel anda dan juga penuaan menjadi lebih cepat. Toksin boleh mengurangkan oksigen dan kolagen dalam kulit anda.


**Adakah anda tahu bahawa 80-90% daripada penuaan adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran dan bahawa 90% daripada faktor-faktor luaran termasuk pendedahan kepada matahari?

#5.Jadikan senaman sebagai salah satu aktiviti wajib anda sekurang-kurangnya 2-4 jam seminggu. Apabila anda bersenam,bekalan/peredaran darah pada kulit anda yang akan menggalakkan sel-sel sihat kerana nutrient dapat dibawa oleh darah keseluruh tubuh. Minum air yang mencukupi dapat melancarkan lagi lagi proses penyebaran nutrient dalam darah. Selain itu air yang mencukupi dapat membantu membersihkan darah daripada toksik.



DARAH YANG AJAIB
1). Apabila gelas diisi air putih, dititiskan darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah karena darah tercampur rata tanpa diaduk.
Kesimpulan:
Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.
2). Gelas diisi air garam, dititiskan darah segar, dicampur. Tetap tidak tercampur dengan baik/rata, terlihat darah menggumpal kecil-kecil dan kental.
Kesimpulan:
Terlalu banyak makan garam, darah jadi kental, menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah, jantung harus bekerja lebih keras mengepamnya.
Boleh mengakibatkan darah tinggi dan stroke.
3). Gelas diisi minyak, dititiskan darah. Tidak mahu bercampur dan menggumpal besar.
Kesimpulan:
Terlalu banyak makan makanan berminyak tidak baik, kolesterol menyumbat pembuluh darah yang mengalir ke jantung, menyebabkan penyakit jantung yang berisiko dgn kematian .
4). Gelas diisi alkohol, dititiskan darah. Langsung bercampur, tapi lama-lama darah berubah warna menjadi coklat yang bermakna darah menjadi rosak.
..
Semasa detox, ia adalah penting untuk tidak membuat kesimpulan terlalu cepat.  Apabila badan dalam  proses penyingkiran toksin daripada pelbagai sistem anda mungkin akan  mengalami krisis pemulihan  sebelum sistem dapat berfungsi dengan  lebih sihat dan lancar. Iaitu proses penyucian dalam tubuh sedang berlangsung. Antara simpton krisis pemulihan ialah pening/muntah/sakit pada sendi/ demam dan banyak lagi bergantung kepada tindak balas tubuh masing-masing serta jumlah kandungan  toksin dalam tubuh. Hal ini  berlaku jika anda tidak pernah detok badan anda sebelum ini

 Detok dan dapatkan kulit bebas masalah dengan suplimen  istimewa dengan offer yang menggiler 

Offer menggiler.. !!!

Dapatkan koleksi set cantik sihat yang istimewa iaitu:
                                                                                                                                                                             #.ESP Soy Protein
#.Vita C Plus
#.Vita E Complex
#.B Complex
#.Vitalea with Iron Formula
#.Shaklee collagen Powder


-
dan menggiler-giler lagi dengan
Free gift
Free postage
Free herblax sample
Full health consultation
A lot of tips & guidelines
.
Dan double triple cccrazy bila y'all dapat
#.Kulit berseri-seri
#.Kulit lembap dan lembut
#.Tenaga selalu je lebih
#.Bebas jerawat & jeragat
#.Sistem penghadaman & pembuangan lancar
#.Parut makin kurang
#.Aktif dengan sendi & tulang sihat
#.Alahan pun akan hilang
#.Demam/selsema tak sekerap selalu dah
#.Selsema/demam cepat kebah/ hilang
#.Gusi dah tak berdarah lagi
#.Ulser dah segan nak jadi
#.Rambut makin lembut & cantik
#.Rambut makin tebal & bersinar
#.Kuku makin kuat dan cantik
#.Membantu menguatkan rahim bagi wanita mahu hamil
#.Pengaliran darah lebih lancar
#. Tubuh bertenaga
#.Emosi lebih stabil
#.Membantu melengkapkan jurang nutrisi
#.Kegatalan kulit kepala hilang
#.Kuli makin sekata & putih

banyak lagi kalau nak list apakata anda cuba..



No comments:

Post a Comment