Wednesday, 9 December 2015

5 AMALAN PENTING SEBELUM HAMIL


1.**Pengambilan asid folik-
Jika anda sudah bersedia dan semamangnya merancang untuk hamilnbakal ibu perlu membekalkan diri dengan pengambilan asid folik 400mcg setiap hari.  Seelok-eloknya suplimen asid folik ini diambil setiap bulan sebelum hamil dan sepanjang 12 minggu pertama kehamilan untuk mencegah daripada masalah spina bifida dan ketaksempurnaan tempurung kepala bayi. Pengambilan asid folik sebelum hamil amat penting untuk mempersiapkan tubuh bagi menerima kehadiran bayi serta membenarkan pembentukan tulang belakang bayi berjalan lancar.

2.**Elakkan makanan bergula dan berkarbohidrat – Untuk mengelakkan proses penghasilan telur wanita terganggu

3.**Lakukan senaman- Membantu meransang hormon yang berkaitan kehamilan kerana bakal ibu perlu memastikan tubuh berada pada tahap paling cergas, sihat dan tubuh bersedia untuk menerima beban baru apabila hamil.

4.**Perbanyakkan sayuran dan buahan- Untuk membekalkan nutrisi penuh bagi pembentukan sel-sel baru yang kuat dan sihat.Makanan yang diambil dikatakan ideal apabila hanya 30% dimasak. Selebihnya 70% dimakan dalam bentuk mentah seperti sayuran dan buaha segar.

5.**Masukkan senarai pengambilan suplimen dalam misi hamil anda- Untuk menyokong tubuh yang bakal menerima satu beban baru selepas ini.  



DOA:
“Wahai Tuhanku kurniakanlah kepadakundari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan”

Sumber: kompilasi majalah pa&ma




Klik disini untuk mengetahui apa suplimen/vitamin penting untuk bakal ibu. 


No comments:

Post a Comment