Saturday, 19 December 2015

3 PILIHAN DETOK ANDA.



Alhamdulillah sharing pertama buku baru Husna karangan Dr. Adi Hashman bertajuk “Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit”. Asalnya Husna baca hanya untuk tambah info tentang penjagaan kesihatan Rasullah yang sangat hikmah dan tersusun tapi bila dah baca & dihadam ilmu rasa macam kalau dapat berkongsi dengan orang ramai dan dimaanfaatkan orang lain, bayangkan berapa banyak saham akhirat dah naik..kan? Dekat belog ni Husna hanya rumuskan apa yang paling utama sahaja kalau nak lebih detail korang boleh dapatkan buku ni di kedai-kedai buku.

Bismillah..excited tau nak sharing ni.. 。◕‿◕。..lets start!!

Apakah kesalahan pertama manusia kepada Tuhan yang menciptakannya?
Ya, kisah Nabi Adam yang makan buah dari pohon terlarang, buah khuldi sehingga dilempar dari syurga ke dunia.
Cuba renungkan sekejap...

Jika diperhatikan dan difikir-fikirkan bahawa urusan makanan adalah kesalahan yang pertama sekali yang dilakukan oleh manusia, Nabi Adam.

Imam Ghazali juga menjelaskan bahawa nafsu pertama manusia adalah urusan makan & minum. Penting atau tidak tentang hal pemakanan ni?  Korang pernah dengar tak “Perut itu gudang penyakit” (Rekod oleh Muslim).

Penyakit itu bermula dari perut iaitu dari apa yang kita makan dan minum. Kan?
Saluran penghadaman manusia adalah tempat menampung dan mencerna makanan. Saluran ini merupakan organ dalamam yang terbesar dan terberat di dalam tubuh manusia. Sistem saluran penghadaman bekerja tanpa henti 24/7. Gerakan pengecutan & pengembangan (peristalsis) oleh usus berlaku 24 jam sehari . Tanpa henti tanpa rehat.

Fungsi utama saluran penghadaman adalah untuk mencerna dengan cara merembes,mengaduk, mendorong dan mengayunkan bahan-bahan makanan. Selepas itu ia akan mencampurkan makanan terproses ini dengan enzim-enzim penghadaman bagi pemecahan makanan sehingga hancur sepenuhnya.

Proses ini sangat penting supaya molekul-molekul zat makanan dapat diserap masuk kedalam plasma darah kemudian diedarkan sehingga ke setiap rangkaian sel tubuh. Zat-zat yang terserap ini akan digunakan sebagai sumber tenaga bagi menggantikan sel-sel yang rosak dan juga bertindak sebagai komponen pertahanan utama serta sebagai bahan binaan bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat.

Namun adakah kita pernah memerhati dengan teliti tentang apa yang telah kita masukkan kedalam  saluran penghadaman kita?

Makanan yang lembik, liat,pejall, keras, manis, masin,pahit, masam,panas, sejuk, suam dan sebagainya. Kita makan tanpa memikirkan apa yang kita telah masukkan kedalam sistem penghadaman kita dan apa yang penting kita hanya tahu makanan itu best, lazat dan menyelerakan. Lebih dahsyat lagi kebanyakan dari kita makan bukan kerana niat mahu memenuhi keperluan harian tubuh tetapi mahu memenuhi kepuasan dalam diri semasa menghadapi tekanan, stress atau rasa bosan. Atau sebab hobi yang suka makan dan mengunyah.

Dan akhirnya tanpa sedar kita telah masukkan sekali dengan toksik dan racun bersama-sama makanan. Makanan yang bercampur pewarna dan perasa tambahan merupakan sumber utama toksik dalam badan. Selain akibat pencemaran dan racun dari buah atau sayuran. Namun saluran penghadaman kita bertindak menampung semua apa yang telah kita masukkan. Tanpa menapis racun atau nutrient. Fungsi organ penghadaman dan pencernaan kita adalah melakukan detoksifikasi. Detoksifikasi ialah proses menetralkan keracunan dalam tubuh.

Proses detoksifikasi ini sangat penting untuk memastikan tubuh bebas bahan racun yang boleh mengganggu atau merencatkan aktiviti organ yang lain. Sebagai contoh,masalah kulit, keradangan, sakit kepala merupakan kesan penyebaran toksik oleh darah. Saluran penghadaman yang bersih akan membantu penyebaran nutrient yang baik oleh saluran darah.

Pernah tak korang tertanya-tanya “khabar”saluran penghadaman dan keadaan usus kita? Bersihkah atau tebal dengan palitan racun dan bahan toksik disepanjang saluran penghadaman dan dinding perut (usus)?

Tu yang perut buncit dan tak kempis sampai sudah. Kerana tebal dengan bahan kotoran yang tak dapat dikeluarkan dan terus melekat dan terkumpul di dinding perut sehingga ia menjadi sarang penyakit.

Oleh itu cuba detok perut dan usus korang sekurang-kurangnya sekali seminggu. Samaada korang nak detoks dengan cara minum jus detoks atau melalui bantuan suplimen itu pilihan anda. Kunci utama ialah korang wajib konsisten!!.. kalau buat ikut mood jangan salahkan jenis jus atau produk yang anda makan sebaliknya salahkan diri sendiri yang kurang komitmen tentang penjagaan tubuh sendiri.. fahamkan?

So kat sini Husna senaraikan suplimen yang khusus untuk detoks, ia lebih senang untuk ajar diri korang lebih konsisten dan mendapat hasil yang wow! Insyaallah.

    DTX COMPLEX –Pakar detoks hati 
        HERBLAX-Pakar detoks usus besar
  ALFALFA COMPLEX – Pakar detoks tubuh secara keseluruhan

Adalah lebih baik untuk anda ambil ketiga-tiga pakar detoks ini tapi korang juga punya pilihan untuk memilih apa yang terbaik untuk tubuh korang.














DTX COMPLEX
#.metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Jadi hati membantu mengawal metabolisme protein.
#.hati merupakan organ paling penting dalam tubuh kita. Ia juga dikenali sebagai “industri pemprosesan” dalam tubuh manusia yang menjalankan fungsi-fungsi kritikal.













HERBLAX
#.membantu pembersihan najis yang tersekat
#.meransang usus untuk percepatkan pembersihan usus secara lembut.















ALFALFA COMPLEX
#.membantu detok darah, hati dan usus
#.alfalfa ni bersifat alkali. Jadi ia sangat berkesan untuk mengembalikan kenormalan badan yang berasid
#.membantu membuang toksin daripada badan
#.membersihkan hati, kolon dan darah sebagai medium penting untuk penyebaran darah yang bersih ke seluruh tubuh
#. bila penyebaran darah lebih bersih ia bermaksud penyebaran nutrient menjadi lebih efisien dan menyeluruh kepada kulit jadi kulit dan otot lebih cantik
#.baik untuk perubahan patologi didalam usus dan perut dengan memperbaiki saluran penghadaman
#.elak daripada serangan gastrik, kembung, hyperacidity,hepatitis dan sembelit


Badan anda berhak ke atas diri anda! Bekalkan yang terbaik untuk anda dan tubuh anda. Badan itu amanah tau.
 Have fun reading & moga-moga ia bermanfaat untuk ramai orang. Insyaallah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8e4e619504f3e75cf30e5f0d87f4e37b

No comments:

Post a Comment