Wednesday, 4 November 2015

4 LANGKAH MEMBINA TUBUH SEMPURNA

SEL YANG LEBIH SIHAT MENJAMIN TUBUH YANG SIHAT




Sekiranya sebuah bangunan yang dibina terdiri daripada susunan ribuan batu bata, maka tubuh badan manusia dan hidupan lain juga terbina daripada susunan jutaan sel. Dianggarkan terdapat kira-kira 75 trilion (atau 75,000,000,000,000) sel yang terdapat pada tubuh badan seorang manusia dewasa.
Kita sebagai manusia basically forming start from 



cell ⇝tisu organ  sistem⇝organisma (kita)




Apabila pembentukan sel dalam badan lancar, sihat dan stabil makanya overally tubuh kita akan sihat, cantik malah bebas gejala penyakit. Kulit cantik, sistem sihat (sistem perkumuhan, sistem penghadaman, dll), peredaran darah sempurna, rambut bersinar, kuku kuat, otot dan banyak lagi kebaikannya.

Kuncinya terletak kepada SEL. Kita hidup memerlukan makanan begitu juga sel memerlukan makanan untuk memastikan pembentukan sel yang sihat, lancar, tersusun dan bertenaga.

Sebagai contoh Husna terangkan supaya korang nampak apa perbezaan dan kesan pembentukan sel yang sihat dan lancar dengan pembentukan sel yang bermasalah dan tidak sihat.

Sel normal vs Sel Kanser





1.Bina sel Protein
Protein adalah nutrien yang paling penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dikatakan sebahagian daripada setiap sel hidup yang memainkan peranan penting dalam badan - daripada pembinaan tisu badan serta menghasilkan hormon penting. Pengambilan protein yang mencukupi dalam diet adalah penting untuk setiap lapisan umur terutamanya apabila usia semakin tua supaya badan kita mempunyai asid amino yang diperlukan untuk berfungsi dengan betul.  Penyelidikan baru menunjukkan bahawa orang dewasa yang lebih tua memerlukan protein lebih daripada cadangan semasa untuk membantu mengoptimumkan kesihatan mereka dan melindungi jisim otot tanpa lemak mereka.

Apa itu Protein ?
Protein merupakan makronutrien penting yang digunakan oleh badan untuk membina, memperbaiki dan mengekalkan tisu yang sihat. Protein adalah sebahagian daripada setiap sel , tisu dan organ dalam badan kita. Protein terdiri daripada asid amino, pengumpulan pelbagai jenis membentuk blok binaan protein. Ada 20 asid amino yang berbeza yang diperlukan oleh badan. Asid amino bergabung membentuk protein. Lapan asid amino adalah dianggap asid amino penting kerana mereka tidak dibuat oleh badan dan oleh itu mesti diperolehi daripada makanan. 12 asid amino dibuat oleh badan dan dianggap asid amino nonessential (tidak penting).

Protein dalam badan kita sentiasa rosak dan perlu diganti. Badan tidak menyimpan asid amino sepert karbohidrat dan lemak oleh itu badan memerlukan bekalan harian asid amino untuk membuat serta menghasilkan protein baru. Protein dalam makanan yang kita makan dicerna menjadi asid amino yang boleh digunakan untuk menggantikan protein dalam badan kita.


Peranan Protein dalam Badan?

Protein merupakan sebahagian nutrien yang amat diperlukan oleh tubuh. Protein melaksanakan banyak fungsi dalam badan. Pengambilan diet protein yang mencukupi adalah penting untuk membina , menyelenggara dan membaik pulih tisu badan. Begitu juga komponen struktur badan yang lain  seperti kulit, otot, tulang dan organ-organ terdiri sebahagian besar oleh protein.

Selain itu  hormon dan enzim yang berfungsi untuk mengawal proses badan dan tindak balas kimia juga diperbuat daripada protein. Protein juga digunakan untuk menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Jika seseorang itu tidak mengambil karbohidrat dan lemak yang cukup protein juga boleh membekalkan badan anda dengan tenaga.

Terdapat beberapa jenis protein dalam diet kita - protein lengkap dan tidak lengkap.

Korang tau tak?
Kualiti protein ditentukan oleh komposisi asid amino. Sumber protein lengkap menyediakan semua asid amino penting untuk tubuh. Protein lengkap datang dari sumber haiwan (seperti telur, susu, daging, ayam dan ikan) dan makanan yang dibuat dari soya (misalnya tauhu dan tempe ).

Sumber protein yang tidak lengkap berlaku apabila salah satu komponen amino asid  yang rendah dalam satu atau lebih daripada asid amino penting.

Kira-kira 75 % daripada protein yang kita makan dalam diet kita hendaklah lengkap atau merupakan protein yang berkualiti tinggi.

Kebanyakan protein tumbuhan (contohnya kekacang dan kacang) adalah protein tidak lengkap kerana ia tidak mengandungi semua asid amino penting. Protein tidak lengkap boleh digabungkan (seperti kacang dan beras , susu, dan bijirin ) untuk mendapatkan protein yang berkualiti yang mencukupi untuk dianggap lengkap.






ESP - SOY PROTEIN ISOLATE POWDER


Sumber potein yang berasaskan soya ini  istimewa. Kenapa istimewa?

1. Sebab ia NON-GMO. Pentingnya untuk anda pastikan soya yang anda amal adalah NON-GMO yang bermaksudnya genetik asalnya tidak diubah. Maksudnya, yang ASLI, SEMULAJADI & SELAMAT. Bebas dari unsur perubahan genetik yang memberi kesan tidak elok kepada kesihatan. 

2. Sebab ia menyediakan keseluruhan sumber amino asid lengkap (Essential Amino Acid)  yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 

3. Sangat fleksibel yang sesuai untuk yang nak kurus dan yang nak kulit, cantik,halus,licin, putih dan bersinar. Ia mampu menguruskan kerana memberi kekenyangan dalam tempoh yang lama dan juga mampu membekalkan tenaga berlebihan. Selain itu ESP ni mampu cantikkan kulit. Bagaimana? Kan ke dah mention kat atas tu pembentukan sel yang sihat menjamin kulit yang cantik dan sihat. 

4. Membantu melancarkan sistem pembuangan. Apabila cukup nutrient, usus, perut, sistem penghadaman akan bekerja dengan sempurna. Makanya sistem pembuangan dalam tubuh juga menjadi lancar. Takde lagi masalah susah membuang atau jarang membuang.

Korang tau tak?
Bila jarang membuang semakin banyak toksik tersimpan dalam darah. Bila darah tak berapa nak bersih kesannya kulit juga tidak "bersih" dan cantik. Ini kerana darah tidak mampu membawa nutrient yang sepatutnya dibawa ke seluruh tubuh contohnya kulit. Sebaliknya darah membawa toksik instead of nutrient..faham ke tak?..darah fungsinya untuk mengankut atau menyebarkan segala zat, nutrient, mineral dan oksigen ke seluruh tubuh so fungsi tubuh lebih lancar kerana menerima "makanan" masing-masing. 

5. Sangat sesuai untuk semua lapisan umur dan generasi. Kanak-kanak, dewasa, orang tua, lelaki, wanita, ibu mengandung, ibu menyusu, aktif bersukan, sibuk bekerja.

.

NEXT STEP KITA DISCUSS LEPAS NI PLAK....FIRST HADAM DULU KEPENTINGAPROTEIN UNTUK MEMBINA SEL SIHAT YE...
.
^_^

No comments:

Post a Comment