Friday, 2 October 2015

SHARING II: BAGAIMANA PROSES PENUAAN BERLAKU


Assalamualaikum dan salam sihat semua












Apa itu penuaan?

Cara proses penuaan berlaku
Telomere sebagai suis utama menjana keremajaan seumur hidup. Merupakan satu bahan yang boleh didapati dalam setiap hujung gen DNA pada setiap sel yang berfungsi sebagai pengikat untuk menghalang DNA terlepas/terputus dari pintalan/ ikatannya.


Telomere adalah asas pengukuran umur secara biologi.
Kuncinya, semakin pendek telomere semakin tua umur biologi kita dan akan menyebabkan ia tidak mampu melindingi DNA dalam sel.
DNA ialah pusat segala aktiviti dalam tubuh.
Apa itu umur biologi?
Umur biologi ialah jangka hayat sel, organ, tisu atau system dalam tubuh seseorang.
Kesan pemendekan telomere ini akan menurunkan tahap kecergasan  dan akhirnya akan mempercepatkan penuaan. Bukan itu sahaja kesannya akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan secara keseluruhan.
Pemendekan telomere yang berterusan akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Apabila telomere memendek dan sudah tiada lagi maka sel tidak lagi mampu melakukan replikasi dan akan mati. Malah lebih teruk lagi jika keadaan ini berterusan jangka hayat kita juga akan menjadi pendek.
Sebab itu ia dinamakan SUIS. Lokasi on/off utama setiap permulaan aktiviti sel-sel dalam tubuh.
Ramai dari kita memahami bahawa gen hanya mengawal organ-organ asal seperti rambut, kulit, warna mata dan kuku namun hakikatnya fungsi gen adalah sangat luar biasa dan melebihi dari apa yang kita sangka, dari apa yang kita faham.
Kerana gen juga mengawal kesihatan seperti mengawal punca penyakit-penyakit kronik yang banyak dihadapi oleh generasi sekarang.

Bagaimana gen mengkpresikan keadaannya akan menentukan kesihatan kita pada masa hadapan kerana kesan dari aktiviti gen ini kesannya bukan sekarang tetapi dalam jangka masa lama.
[korang tau tak]
Sel kanser terjadi bila ekpresi sel kacau bilau atau berlaku masalah replikasi dalam sel akhirnya sel yang telah rosak terkumpul menjadi barah dan kanser. 
Sekiranya seseorang dapat mengawal ekpresi gen secara teorinya ia dapat  menghidupkan gen yang mampu memanjangkan usia dan menutup gen yang mengakibatkan penyakit kronik.
Pengambilan pemakanan tembahan yang ditemui telah membuktikan bahawa ia dapat mengawal ekpresi gen  dan menghalang pemendekan telomere.
[korang tau tak]
Mereka yang kelihatan lebih muda dari usia sebenar akan hidup lebih lama dari mereka yang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
Seseorang yang kelihatan lebih muda mempunyai telomere yang lebih panjang.
Kerana semakin pendek telomere yang semakin cepat seseorang kelihatan tua.
Kerana sel yang mempunyao telomere  lebih pendek akan bertindak perlahan dan bersifat tua serta mudah terdedah kepada penyakit-penyakit kroni spt kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya.

Bagaimana untuk mendapatkan gen yang baik.
        1. Pewarisan daripada ibubapa
        2. Kaedah pemakanan yang spesifik dengan diet lengkap
Kajian telah membuktikan bahawa seseorang yang mengamalkan pengambilan multivitamin semulajadi secara berterusan mempunyai usia DNA yang lebih muda, kuat dan mempunyai telomere 5.1% lebih panjang berbanding mereka yang tidak mengamalkan multivitamin.
 ...
alhamdulillah done second sharing. moga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment