Tuesday, 6 October 2015

PETUA KETAHUI WAKTU SUBUR


#1. Perhatikan perubahan ciri-ciri lendir dalam fasa proliferative/ Perubahan  mucus serviks
Lendir ini  akan bertukar menjadi lebih jernih dan cair seperti putih telur yang masih mentah bagi memudahkan pergerakan sperma menembusinya sewaktu ia berenang memasuki ruang rahim seterusnya ke tiub fallopio dan bersedia  mensenyawakan telur.
Semakin banyak kantung telur membesar semakin banyak lendir yang keluar.
Waktu subur biasanya jatuh pada hari ke-13 atau 14 selepas hari pertama haid,lendir ini akan bertukar banyak, cair,jernih dan mudah dijalurkan. Inilah tanda-tanda jelas bahawa seseorang wanita itu dalam keadaan yang sangat subur.
Selepas telur keluar 1 atau 2 hari kemudiannya lendir ini akan menjadi kesat dan tidak jernih lagi dan serba keputihan dimana ini menunjukkan tanda bahawa hari subur telah berlalu.
Jika telur Berjaya disenyawakan,  akan berlaku peningkatan paras hormone progestron yang menyebabkan lendir ini bertukar pekat keputihan dan kental bagi menyekat pergerakan sperma-sperma baru.
Sedikit kesakitan mungkin dialami bagi sesetengah wanita dibahagian bawah abdomen kiri atau kanan sehingga boleh menjalar kebahagian pusat. Rasa kesakitan ini dipanggil “ mittelschmertz”

    #2.Keinginan seks meningkat
  Kajian membuktikan kebanyakan wanita lebih berkeinginan untuk mengadakan hubungan intim dalam tempoh subur. Biasanya ia berlaku beberapa hari  sebelum pengovulan.

     #3. Perubahan suhu tubuh basal (BBT)
     Mencatat BBT merupakan antara kaedah yang paling mudah diaplikasikan bagi mengesan ovulasi seseorang wanita yang ingin hamil. BBT akan meningkat dan kekal tinggi selepas temoh pengovulan. Peningkatan suhu ini berlaku oleh kerana kehadiran hormone progestron.Jika suhu badan meningkat itu tanda proses pengovulan sudah hampir.

      #4.Perubahan kedudukan servik
      Apabila dalam keadaan subur serviks akan lebih tinggi,lembut dan terbuka.

      #5. Payudara lembut
Perubahan hormone yang terkandung didalam tubuh dimana tubuh sedang bersediauntuk kehamilan yang mungkin terjadi.

      #6. Menjalankan ujian-ujian seprti ujian air kencing, darah, ultrasound
      Ujian air kencing
      Darah
      Ultrasound

No comments:

Post a Comment