Tuesday, 6 October 2015

KITARAN HAID TENTUKAN WAKTU SUBUR


Umum tahu bahawa kitaran haid normal ialah setiap 28 hari. Namun hakikatnya kitaran haid yang lazim adalah antara 25 hingga 35 hari.
Seawal hari pertama haid, sekumpulan telur baru (8-15 telur) telah memulakan proses pembesaran. Dalam kalangan wanita subur, hanya satu telur akan terus membesar dan meneruskan ovulasi. Telur-telur yang lemah/ tidak sihat akan mengalah dan tidak akan menjadi.Bagi wanita yang tidak subur pula tiada satu pun telur yang membesar dan meneruskan ovulasi sebaliknya semuanya disingkirkan.
Pada masa yang sama fasa proliferative di mana lapisan endometrium dibahagian paling dalam dinding rahim akan menebal kesan ransangan hormone estrogen.
Setelah ovulasi hormon progestron yang dihasilkan oleh kantung luteal, ovari akan mematangkan lapisan endometrium  sebagai persedian menerima kehadiran embrio. Jika tidak hamil ia akan gugur sebagai haid.
Tempoh fasa proliferative tidak semestinya sama bagi setiap wanita subur. Namun tempoh fasa luteal biasanya sama iaitu 14 hari. Setelah 14 hari berlaku ovulasi,tempoh luteal tamat dan wanita akan haid jika tidak hamil.
Maksudnya disini waktu subur dikira sekitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya.
Waktu ovulasi ialah waktu paling subur.

Kalendar kitaran haid: ketahui waktu paling subur

PALING SUBUR
Dari 72 jam (3 hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi.
Namun, jika spema  ada di dalam tiub fallopio dari 72 jam sebelum ovulasi pun persenyawaan  masih boleh berlaku kerana jika hayat spema masih ada pada waktu ini.

SUBUR
Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi.

PALING KURANG SUBUR
Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi




No comments:

Post a Comment