Thursday, 8 October 2015

EMOSI DAN PENYAKIT

Terdapat 6 jenis emosi apabila dibiarkan ia adalah memudaratkan. Salah satu penyebab penyakit adalah daripada ketidakseimbangan emosi dan akan memberi kesan kepada keseimbangan hormon dalam badan. Akhirnya akan memudaratkan kesihatan jasmani.

1. Marah
Marah yang berlebihan dapat menyebabkan penyakit jantung dan pembuluh darah. Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. Persaan marah yang keterlaluan akan menyebabkan wajah memerah, jantung berdegup dnegan kencang seterusnya ia kan membebankan otak, pembuluh darah dab jantung. Oleh itu ia boleh menyebabkan terdedah kepada risiko darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat dan jantung. 

2. Takut
Takut yang berlebihan akan menyebabkan kemurungan. Para doktor berpendapat takut yang berlebihan dapat menyebabkan kerosakan sel otak hingga boleh mengakibatkan Alzeimer,Parkinson, nyanyuk dan mempercepatkan proses penuaan



3. Bimbang
Kebimbangan yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang

4.Sedih
Sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru.

5. Gembira
Kegembiraan yang keterlaluan boleh menyebabkan penyakit jantung. 
Adrenalin ialah hormon yang dihasilkan kalenjar adrenal yang terletak dibahagian atas buah pinggang. Adrenalin mempercepatkan degupan jantung dan meningkatkan kewaspadaan. Bersama-sama dengan hormon kortisol, adrenalin dapat mempercepatkan pembentukan glukosa. Adrenalin terhasil melalui orang yang gembira secara berlebihan. Dalam jangka masa panjang, situasi ini boleh menyebabkan penyakit kencing manis, ulser, jantung, lemah saraf dan otak. 

6. Malu
Malu yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati.

Maka dengan mengawal emosi badan akan bertambah sihat. Hidup hanya sekali, maka hiduplah penuh erti.

HIDUP BIAR BERPADA, TIDAK PULA BERKURANG TIDAK PULA BERLEBIH-LEBIHAN.




Tip hidup bahagia.

Perbanyakkan selawat,istighfar & ibadah 
Bersangka baik dan berharap hanyalah kepada Allah
Lazimi bersedekah kerana dengan bersedekah, penyakit dapat dicegah, penderitaan diringankan dan penyembuhan dipercepatkan.
Positifkan minda dan fikiran 

No comments:

Post a Comment