Thursday, 8 October 2015

5 CARA MUDAH LEGAKAN MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA

Sakit kepala atau migrain merupakan gejala rasa sakit pada bahagian tubuh akibat daripada tekanan, perubahan hormon dan sebagainya. 

Punca Utama Migrain

1. Makanan contohnya alkohol dan kafein yang berlebihan, makanan bertoksik, tidak sihat dan tidak segar.

2. Persekitaran & gaya hidup yang tidak sihat umpamanya merokok, terdedah kepada cahaya terang dalam jangka masa yang lama, pencemaran bunyi serta bau. Bau minyak wangi yang melampau mampu meransang hormon stress. Manakala bunyi yang bising dan pelbagai mampu mengganggu/ mencelarukan perasaan dan emosi.

3.Psikologi seperti kemurungan, tekanan, keletihan, cemas dan ketakutan. Lebih-lebih lagi jika diselubungi banyak masalah samaada ditempat kerja atau dirumah serta desakan hidup.

4.Ubat-ubatan seperti pil perancang, rawatan hormon atau ubat tidur juga boleh menggangu psychology state seseorang.

5. Gejala perubahan hormon akibat daripada haid, pertukaran masa tidur atau putus haid.


Terdapat 5 jenis migrain yang kerap dialami dalam kalangan kita:

1. Menstrual migraine- berlaku semasa haid
2. Abdominal migraine - abdominal migrain bukan sakit kepala tetapi sakit pada bahagian perut dan biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak. 
3.Ocular migraine - berlaku kesakitan pada bahagian penglihatan biasanya berlaku pada sebelah mata sahaja. Ia boleh dikesan apabila terdapat gerakan mata yang tidak normal.
4. Hemiplegic migraine - serangan pada bahagia kepala dan terasa lemah sebelah badab sehingga ada yang salah anggap terkena serangan angin ahmar/ strok
5. Basilar-type migraine - sakit pada bahagian belakang kepala, gelap mata (buta sementara), imej berlapis dan berganda, pening teruk, dengungan, percakapan menjadi tidak jelas dan rasa sakit yang mencucuk-cucuk.


5 CARA MUDAH LEGAKAN MIGRAIN & SAKIT KEPALA

Rendam tangan dalam air sejuk
Kalau anda pernah rasa sakit kesan tekanan, anda perasan tak ada rasa panas dan kebas di bahagian tertentu. Oleh itu rendaman tangan didalam air sejuk dapat membantu melegakan kesakitan dengan cepat.

Berada didalam bilik atau tempat yang gelap
Baring sekejap, tutup mata dan relakkan tubuh. Elakkan berada dalam suasana terang ataupun elakkan daripada sinaran cahaya terus.

Mengambil sedikit kafein
Kafein tidak elok diamalkan jika dalan jumlah yang berlebihan. Sedikit kafein mampu bertindak sebagai ubat penahan sakit.

Korang tau tak?
Bau kopi mampu menenangkan minda dan antistress.

Baring secara terbalik
Cuba berbaring dengan cara kepala dibawah dan kaki diatas. Ini membantu menurunkan perjalanan darah ke arah kepala. Migrain berlaku kerana kekurangan pengaliran oksigen dan darah ke bahagian kepala.  

Amal pengambilan suplimen 
Pengambilan suplimen bertindak sebagai sokongan untuk tubuh. Stress dan rasa sakit berlaku apabila rembesan hormon kortisol dan serotinin menurun mengganggu aktiviti tubuh yang lain. Suplimen dapat membantu mengawal keseimbangan hormon, memastikan keutuhan sistem imun dan menormalkan nisbah metabolisme dalam tubuh dengan membekalkan vitamin, nurient dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.



B Complex
Mengandungi Vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan kesan migrain.
B Complex berupaya meransang pengeluaran hormon serotonin di bahagian otak untuk melegakan stress, strok & depresi

Korang tau tak?
Hormon serotonin dikenali juga hormon gembira
-happyvirus-


Ostematrix
Membekalkan magnesium untuk mengawal pergerakan didalam kapilari darah, mengurangkan rasa sakit serta melegakan saraf stres yang menjadi penyebab stress & migrain.
ia juga membantu memberi kelegaan terhadap ketegangan otot, membantu tidur lena dan berkualiti.

.
.

However, when that "PAIN" came
for us, whoever experience MIGRAIN would like to say...
ve u ever understand our pain?

No comments:

Post a Comment